OFFSHOREMAN

WORK.ENERGY.POWER

Archive for the ‘Politic’ Category

Kronologi ADUN melompat parti (Siri 1)

Posted by offshoreman on May 16, 2008

Umno pernah beli Adun PAS, tumbangkan kerajaan di Terengganu

PENGKALAN CHEPA, 15 Mei – Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) merupakan parti politik pertama yang menghianati demokrasi dengan mengamalkan sogokan wang.

Katanya, parti tersebut tidak perlu menggelabah sekiranya orang lain (pembangkang) juga cuba melaksanakan perkara yang serupa.

Beliau diminta mengulas kenyataan anggota Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dikatakan ditawarkan dengan harga yang tinggi sehingga boleh menampung tiga generasi sekiranya melompat parti.

Menurut Dahlan, jumlah sebenar yang ditawarkan oleh utusan khas hantar untuk bertemunya sebelum ini hanya akan didedahkan apabila tiba masa yang sesuai.

Sebelum itu Menteri Besar menyampaikan saguhati kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM, STAM dan STPM di Pusat Tarbiah Islamiah (Putik) di sini, petang tadi.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, Umno sebenarnya menjadi guru dalam semua kerja jahat termasuk membeli undi, menyogot wang termasuk membeli wakil rakyat untuk mendapatkan kemenangan.

Inilah bahananya Umno, dia buang najis, lepas tu dia suruh orang lain basuh, mana boleh, padan dengan muka Umno, tak perlu pertikai lagi la (beli Adun), sebab dia selama ni yang mengajar orang lain, ujarnya.

Menurutnya kerajaan Terengganu pernah jatuh ketika di bawah kerajaan PAS yang diterajui Allahyarham Daud Samad kerana Umno menggunakan kaedah itu untuk menawan negeri berkenaan.

Kerajaan Kelantan yang jatuh pada tahun 1978 juga kerana Umno menculik seorang wakil rakyat PAS ketika itu, Haji Omar untuk tujuan menumbangkan kerajaan PAS, katanya.

Selain itu tiga Adun PAS yang menang pada pilihan raya umum 2004 turut ditawarkan dengan harga yang cukup tinggi tujuan untuk melompat parti kepada BN.

Beliau mendakwa wakil rakyat terbabit ditawarkan hingga RM5 juta. Siapa yang melakukan semua itu kalau bukan Umno.

Jadi Umno kena faham apa yang berlaku jangan marah sebab mereka sendiri yang mengajar (memulakannya), jadi jangan marahlah, padan muka dia (Umno),tambahnya.

Ditanya pejabat DAP di Perak yang dibom dengan petrol malam semalam katanya tindakan itu dilakukan oleh mereka yang kecewa.

Kalau beriman, mereka akan bertindak mengikut cara Islam, sebaliknya bagi yang tidak berpandukan ajaran Islam akan melalukannya begitu.

Bagi orang yang kecewa tidak boleh berhujah dengan dalil atau kebenaran, dia akan melepaskan geram atau kecewanya dengan bom. Ini semuanya tak betul,ujarnya. – mj

Posted in Politic | Leave a Comment »

“AGENDA PEMUDA – Berani & Benar; oleh YB Mohd Zaki Ibrahim”

Posted by offshoreman on January 29, 2008

 http://epemudapas.wordpress.com/

Mohd Zaki Ibrahim, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan dalam kenyataannya sempena tahun baru 2008 menyifatkan tahun 2007 adalah tahun keganasan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO.

“Insiden polis menggunakan peluru hidup di Batu Buruk, provokasi FRU di perhimpunan 100,000 BERSIH, himpunan peguam dan Hindraf adalah contoh sikap ganas dan tidak bertamadun mereka,” katanya.

Katanya lagi polis dan FRU tidak akan bertindak melainkan isyarat daripada pihak pemerintah.

“Rekod keganasan UMNO dan Barisan Nasional 2007 diburukkan lagi dengan insiden perlakuan ganas wakil mereka dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan baru-baru ini yang bukan sahaja tidak mematuhi arahan speaker, malah bertindak untuk mencederakan saya,” katanya lagi.

Manakala 11 Disember lalu, polis sekali lagi dipergunakan untuk menahan 12 pimpinan pembangkang termasuk Mohd Sabu Naib Presiden PAS dan Dato’ Mustafa Ali Pengarah Pilihanraya PAS dengan cara paling tidak bermoral.

Sementara ini Zaki juga merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan negeri Kelantan yang diterajui oleh PAS di atas usaha berterusan memperkasakan program kebajikan kepada rakyat.

“Takaful Kiflah adalah tanda cakno kerajaan negeri kepada warga emas sehingga ia menimbulkan keresahan dan iri hati pihak UMNO,” katanya.

Beliau juga turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Unit Amal Kelantan yang telah mempamerkan kerja kebajikan dalam menyelamat dan membersihkan kediaman mangsa banjir baru-baru ini.

“Mereka ini bekerja dan berkhidmat tanpa mengira sejuk atau panas dan tentu sahaja niat mereka adalah semata-mata di atas rasa kemanusiaan yang tinggi,” ujarnya.

Akhirnya Zaki menyeru seluruh jentera pemuda PAS Kelantan memobilasikan semaksima mungkin segala persiapan untuk berdepan dengan pilihanraya ke 12.

Katanya, “Kita berharap dengan kekuatan jentera pemuda, bukan sahaja dapat mempertahankan kemenangan di Kelantan tetapi kita bertekad untuk mengembalikan majoriti dua pertiga DUN Kelantan.”

Petikan diambil daripada sebaran helaian pamplet di Kuliah Jumaat Markas PAS Kota Bharu, Januari 11, 2008 lalu.

Untuk berita terkini sila lawati laman web http://www.malaysiakini.com

Posted in Politic | Leave a Comment »

Di Taklimat Khas Abdullah Ramai AJK UMNO Belah?

Posted by offshoreman on January 24, 2008

http://www.kuda-kepang.blogspot.com/

Pada 22 Januari 2008, saya duduk di kedai kopi riverside, PWTC, Kuala Lumpur, sejak jam 3.00 hingga 5.00 petang. Suasana hingar bangar. Ada kelompok yang membedal Presiden UMNO habis-habisan. Ada pula yang mengutuk menantu Presiden UMNO dengan suara lantang.

Mereka semua warga UMNO. Sebilangan besarnya memakai lencana Taklimat Khas Presiden. Pada ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sedang menyampaikan taklimatnya. Tetapi, ramai pula peserta taklimat itu memilih untuk keluar daripada dewan dan melanggani riverside untuk minum teh tarik dan makan goreng pisang.

Di antara mereka yang enggan mendengar taklimat Abdullah adalah beberapa ketuan UMNO bahagian, AJK UMNO bahagian, AJK Pemuda UMNO Bahagian, Timbalan Menteri, ADUN, beberapa orang setiausaha menteri, dan beberapa orang besar daripada bahagian khas Kementerian Penerangan.

Saya bertanya kepada beberapa orang daripada mereka, mengapa tidak mendengar taklimat Abdullah. Jawab mereka: isi taklimatnya sama sahaja. Asyik-asyik kisah modal insan, harga barang terkawal dan lain-lainnya. Membosankan!

Kesemua mereka yang meninggalkan dewan menjinjing satu beg kertas kecil berlambangkan UMNO. Di dalamnya ada beberapa risalah – mengenai RMK9, fitnah-fitnah pembangkang dan pemilik portal berita internet, serta ucapan-ucapan semasa Perhimpunan Agung UMNO November 2007.

Sewaktu berjalan dari PWTC menuju ke Hotel Sari Pacific, saya terserempak ramai perwakilan yang sudah lanjut usia, lelaki dan wanita. Saya terdengar rungutan mereka.

Antara rungutan yang menarik pendengaran saya adalah: “Panggil orang datang dari jauh, makan pun tak tentu hala, hujung-hujung ucapan Presiden baru ada sikit cerita pilihan raya.”

Seorang ahli parlimen pula terlepas cakap sesama sendiri begini: “Same old story. Wasting my time.” Maksudnya: cerita lama juga. Buang masa aku aje..

Saya tidak akan mentafsirkan kisah di atas mengikut persepsi saya sendiri. Tetapi, satu petanda yang agak jelas ialah, Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 mungkin tidak diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Sebab itulah agaknya Abdullah dipetik oleh Bernama sebagai berkata bahawa “masih ada lagi sedikit-sebanyak yang perlu dibaiki. Ikut laporan di tempat-tempat yang tertentu, bagi negeri-negeri yang tertentu, tak payah saya sebut negeri mana…ini perlu kita beri perhatian.”

Dalam pada itu, ada pula sumber-sumber memberitahu saya bahawa surat Abdullah untuk memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen dikatakan sudah tiba ke Istana Negara!

untuk berita terkini sila lawati laman web http://www.malaysiakini.com

Posted in Politic | Leave a Comment »

PRU12 Tak Akan Diadakan Dalam Tempoh Terdekat Ini?

Posted by offshoreman on January 18, 2008

Pilihan Raya Umum (PRU) KE-12 mungkin tidak akan diadakan dalam tempoh terdekat sebagaimana yang hangat dispekulasikan oleh banyak pihak ketika ini, demikian kata sumber-sumber kepada blog ini hari ini.Apabila ditanya sama ada ini akibat kemelut di dalam UMNO, sumber-sumber itu hanya menegaskan: “sebabnya bukan kerana UMNO.”“Segala-galanya bergantung kepada pertemuan khas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan kira-kira 4000 pemimpin UMNO dari seluruh negara Isnin ini,” tambahnya.

Apa yang dinyatakan oleh sumber-sumber di atas mungkin merupakan satu taktik untuk mengelirukan pihak pembangkang. Bagaimanapun, sumber-sumber kerajaan pula yakin PRU12 akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Kuala Lumpur Khamis, 17 Januari 2008, Abdullah dipetik sebagai berkata bahawa beliau berpuas hati dengan persediaan yang dibuat oleh semua Badan Perhubungan UMNO Negeri bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Namun, katanya, masih ada banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian dalam menghadapi PRU12. Lantas, adakah hakikat “masih banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian” ini yang menyebabkan PRU12 mungkin tidak diadakan sebagaimana yang diura-urakan?

Kita tunggu sama ada kenyataan sumber-sumber di atas benar. Kita juga tunggu sama ada Abdullah akan menghuraikan dalam pertemuannya dengan warga UMNO Isnin ini apakah perkara yang masih belum beres.

untuk berita terkini sila lawati laman web http://www.malaysiakini.com

Posted in Politic | Leave a Comment »

Awas: UMNO Dah Mulakan Kempen Takluk Kelantan !!

Posted by offshoreman on January 11, 2008

 Petikan dari: http://cucumatkilau.blogdrive.com/

Terbukti kini, ! antara tugas-tugas utama Si Rashit SPR ini setelah beliau disambung perkhidmatannya setahun lagi ialah mengembalikan semula Kelantan kepada kerajaan Barisan Nasional. Perkara ini bukan omongan kosong, dari jauh dapat dilihat akan percaturan yang sedang puak-puak UMNO/BN ini rancang. Semalam seorang lagi pemimpin kanan UMNO yang paling “Sensasi” dengan kes Altantunyanya telah datang bertandang ke Kelantan. Program pemimpin bersama rakyat yang diadakan bagi meraikan Najib itu jelas sekali untuk kepentingan politik parti karat itu. UMNO, sebenarnya terdesak untuk menakluki Kelantan. Lantaran itu, berbagai helah dan tipu daya telah dilakukan untuk mengubah minda dan persepsi rakyat Kelantan agar “Kembali Ke Pangkuan UMNO/BN” jika ingin melihat negeri itu maju seiring dengan negeri BN yang lain di negara ini. Kononnya negeri Kelantan akan terus mundur dibawah pentadbiran kerajaan PAS.

Sungguh lucu dan memualkan kenyataan Najib itu. Adalah lebih elok beliau berkempen di kampung halamannya di Pekan, Pahang daripada terhegeh-hegeh mencari publisiti murahan di negeri “Serambi Mekah” itu. Di Parlimen Pekan pun beliau terpaksa meminta jasa baik SPR memasukkan Kem Tentera Batu 10, yang jelas duduknya dalam daerah Kuantan dan Parlimen Paya Besar untuk dipindahkan ke Parlimen Pekan. Walhal, semua orang tahu Kem Tentera Batu 10 duduknya di Kuantan. Punyalah BANGANG SPR dan Najib ini, dibuatnya persempadanan semula dan diwujudkan satu kerusi DUN Baru yang diberi nama DUN Pulau Manis. Semua ini atas ilham si Rashit SPR yang tidak boleh diharapkan itu. Maka, menang besarlah Najib dalam pilihanraya umum 2004 yang lalu. Beliau mungkin fobia akibat kekalahan “Sebelum UNDI POS datang bagi memenangkannya”, semasa pilihanraya umum 1998 dulu.

Melihat kepada “Track Record” ini, sepatutnya Najib tidak boleh berlagak sombong. Rakyat hanya mengenang jasa ayahandanya Tun Razak. Tambahan pula Cucu yang berasal daripada anak peneroka Felda di wilayah Jengka, Pahang. Allahyarham Tun Razak telah mengembalikan harapan keluarga Cucu untuk mengecapai kehidupan yang lebih selesa di muka bumi. Jasanya akan tetap dikenang sehingga ke akhir hayat. Tetapi bukan Najib, apa jasa yang telah beliau lakukan? Beliau hanya boleh berbangga menghabiskan wang Felda semata-mata. Maklumlah, beliau kini dilantink untuk menjaga kepentingan Felda. Tapi, nasib generasi kedua Felda terus tidak terbela dan terbiar. Masalah gejala sosial dikalangan anak-anak Felda kian meruncing. Semua ini tidak difikirkan oleh Najib. Apa yang penting ialah bisnes, bagaimana untuk membawa Felda menjadi sebuah badan korporat yang paling berwibawa.

Berbalik kepada isu Kelantan Darul Naim ini. Sebelum ini kita digemparkan dengan sikap keterbukaan yang dihulurkan oleh kerajaan pusat apabila turut mengundang Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz ke majlis perlancaran Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER). Bukan sahaja TG Nik Aziz diundang malahan diberi peluang untuk membuat ucapan selaku tuan rumah. Biarpun ucapan tersebut tidak disairkan oleh media arus perdana, namun bagi sekalaian hamba rakyat yang mempunyai internet dapat mengikutinya dengan jelas sekali. Dari rakaman tersebut, jelas sekali Menteri Besar Kelantan itu mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan pusat kerana sudah lebih 17 tahun memerintah, itulah satu-satunya program yang mana beliau dapat berada satu pentas dan satu bumbung dengan Perdana Menteri serta para pemimpin kanan kerajaan Barisan Nasional. Sebelum itu, jangankan untuk duduk sekali malahan diundang pun tidak. Beliau juga berbangga kerana dapat diberi peluang berucap pada majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah Badawi.

Maka keesokkan harinya tersebarlah gambar keintiman Pak Lah yang memimpin TG Nik Aziz menuruni tangga pentas pelancarana ECER tersebut. Heboh satu Malaysia mengatakan bahawa kerajaan pimpinan Pak Lah kini sudah mula berlembut dengan kerajaan PAS pimpinan TG Nik Aziz. Hingga ada yang mengandaikan jika perkara ini berlaku dan berterusan nescaya sillaturahim antara sesama parti Melayu Islam di negara ini dapat dirapatkan kembali. Inilah yang kita harap dan impikan sejak sekian lama. Bahkan pemimpin PAS itu juga ada menyebut bahawa PAS menentang UMNO bukan kerana UMNOnya, tetapi kerana UMNO tidak melaksanakan syariat dan undang-undang Islam di negara ini. Andainya UMNO melaksanakan segala syariat dan undang-undang Hudud dalam pemerintahannya maka sudah pasti PAS akan dibubarkan. Ini jelas sebenarnya. Namun apa yang berlaku sebaliknya justeru itulah PAS terus berjuang menentang UMNO hingga ke hari ini.

Soal pembangunan terus dijadikan alasan untuk UMNO/BN memerintah Kelantan. Kononnya rakyat Kelantan terus teraniaya dibawa kepimpinan tidak berwibawa kerajaan PAS hari ini. Soalnya jika kita ingin buat kajian jika Kelantan tidak maju dan membangun kenapa syarikat penerbangan tambah murah AirAsia memilih Kelantan sebagai destinasi mereka dan bukannya ke Kuantan, Pahang. Ini bermakna, pasaran pelancongan domestik dan antarabangsa lebih banyak tertumpu ke Kelantan. Di Kelantan mereka ada Pasar Siti Khadijah, Pengkalan Kubur, Rantau Panjang serta banyak lagi pusat-pusat membeli belah harga patut yang disediakan. Di Pahang, kalau pelancong datang, mana mereka hendak tuju untuk membeli belah? Kuantan Parade? Megamall? atau ke mana?. Kita juga harus berbangga kerana pusat membeli belah terkemuka di Kota Bharu iaitu KB Mall telah dipilih memwakili Malaysia dalam satu pertandingan pusat membeli-belah antarabangsa. Ini semuanya apa? Juga jika dilihat kepada pembangunan bidang perhotelan dan sebagainya, kita dapat lihat tersergam indah hotel-hotel seperti Renainssance dan lain-lain lagi. Hotel yang bercirikan budaya lebih menarik dari apa yang ada di Kuantan, dimana kebanyakkan hotelnya dalah berbentuk kotak-kotak kiub semata-mata.

Terbaru laporan akhbar hari ini dimana kumpulan pasaraya besar TESCO berhasrat membuka cawangannya di pantai timur, dan lokasi pilihan mereka ialah Kota Bharu, Kelantan. Kenapa tidak di Pahang? Apakah bukti semua ini. Bukankah ini menunjukkan kepada kita satu isyarat yang jelas bahawa mereka melihat Kelantan adalah sebuah negeri membangun yang boleh menarik pasaran pelanggan yang besar. Kepercayaan inilah yang menjadikan mereka berminat untuk mengadakan kerjasama serta melebarkan sayap perniagaan ke negeri serambi Mekah itu. Jika Kelantan diperintah oleh kerajaan yang tidak berwibawa, adakah para pelabur ini akan melabur di negeri tersebut. Ini belum termasuk lagi kita lihat syarikat-syarikat Melayu yang menjual kereta mewah, kedai tayar, kedai buku, gedung dan pasaraya serta permacam-macam lagi jenis perniagaan. Ia jauh berbeza dengan negeri yang diperintah oleh UMNO/BN dimana, jumlah perniagaan yang dimiliki oleh orang Melayu terlalu sedikit bahkan tiada langsung di sesetengah tempat. Apa yang dilihat ialah jenis perniagaan yang hanya dimonopoli oleh kaum lain terutamanya Cina. Apakah UMNO/BN ingin jadikan negeri Kelantan seperti itu? Berbanggalah kita mempunyai sebuah kerajaan Islam yang benar-benar melaksanakan tanggungjawab mereka. Sesungguhnya ini tidak berlaku di tempat lain termasuklah di Kuantan tempat tinggal Cucu ini.

Bagai ada satu perjanjian antara Si Rashit SPR dengan Kerajaan UMNO/BN ini. Dimana kemungkinan besar bagi mengenangkan jasa terakhir beliau, Rashit perlu pastikan Kelantan jatuh semula ke tangan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang. Ini jelas dapat dilihat menerusi limpahan pembangunan yang terus dibawa ke Kelantan. Bermula dengan Pak Lah, kini Najib pula terus bertandang ke Kelantan untuk mencanangkan sebuah pembangunan ala UMNO di negeri tersebut. Mereka yakin, kerana strategi penipuan mereka terdahulu berjaya mengurangkan kerusi DUN di Kelantan. Bahkan mereka hampir-hampir berjaya membentuk kerajaan di sana. Mujurlah, berkat doa alim ulamak akhirnya kerajaan PAS berjaya juga menguasai pemerintahan negeri Kelantan. Sesungguhnya kejadian ini sungguh dramatik. Media massa yang mengulas tentang pilihanraya di Kelantan, bagaikan terlalu taksub menyangkan BN menang di Kelantan. Namun akhirnya PAS juga yang berjaya mengekalkan kuasa. Inilah hakikatnya senario politik di Kelantan.

Orang-orang seperti Annuar Musa, Tok Pa, Awang Adek dan lain-lain lagi sudah pasti menanti peluang untuk menyerang. Jawatan Menteri Besar bakal dalam genggaman mereka. Kejayaan Idris Jusoh di Trengganu dijadikan tauladan. Maka mereka akan melakukan apa sahaja kali ini termasuklah desas desus mengatakan mereka akan memunggah pengundi hantu dari selatan Thailand. Percaya atau tidak, kemungkinan itu tidak mustahil. Baru-baru ini mereka merasmikan jambatan baru yang menghubungkan Malaysia dengan Thailand. Sayugia diingatkan, jambatan baru ini mungkin akan menjadi ‘Jalan Kereta Maut” untuk kerajaan Kelantan seperti di Burma dulu. Jambatan ini bakal memudahkan lagi mereka memunggah ribuan warga Thailand untuk bermastautain dan mengundi di Kelantan nanti. Maka, sesuatu perlua dilakukan bagi menggelakkan perkara ini terus berlaku.

Semalam, sekali lagi Najib mengadakan kempen di Kelantan. Anehnya jikasemasa ECER TG Nik Aziz dijemput. Namun kini tiada lagi kelibat menteri besar itu. Bak kata TG Nik Aziz, mereka ini BIADAP kerana masuk kerumah tanpa memberi salam terlebih dahulu. Bukan sahaja tidak menghormati tuan rumah malahan pula menggunakan segala kemudahan didalam rumah untuk kepentingan peribadi mereka. Najib dengan lantang dan bongkaknya berkata kini tibalah masanya kerajaan PAS di Kelantan dikapankan. Kononnya selepas 18 tahun memerintah, negeri ini terus mundur. Rakyat terpaksa berhijrah ke negeri lain untuk mencari sesuap nasi. Maka tahun 2008 bakal memberi sinar baru untuk mengembalikan semula Kelantan kepada kerajaan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang. Kenyataan bongkak ini jelas menggambarkan bahawa mereka benar-benar terdesak untuk menakluki negeri Kelantan. Mungkinkah agaknya kerana mereka terdengar penemuan telaga minyak di negeri serambi Mekah itu. Sama-samalah kita tunggu apakah lagi yang bakal dilakukan oleh mereka selepas ini.

Buat diri Najib, eloklah beliau melihat apa yang berlaku di Pahang terlebih dahulu sebelum berkokok di negeri orang. najib harus ingat Allah baru sahaja menurunkan bala kepada negeri Pahang. Banjir luar biasa sehingga menenggelamkan kampung halamannya di Pekan sebenarnya harus di jadikan ikhtibar. Biarpun mereka cuba meletupkan beting pasir di muara Sg.Pahang dengan Bom C4 namun segalanya tidak berjaya dilakukan. Katan orang Pekan, bom C4 hanya sesuai digunakan untuk meletupkan Altantunya semata-mata tapi bukannya beting pasir di Pekan. Akhirnya Pekan terus digenangi air bah. Itu pun Najib masih mahu berkokok lagi. Ini belum lagi termasuk gegaran gempa bumi yang juga melanda di negeri ini. Kes ini bakal Cucu ulas dalam artikel akan datang. Semoga negeri Kelantan akan terus membangun bersama Islam hari ini, esok dan selama-lamanya.

Salah satu sedutan ucapan Najib yang sungguh meloyakan

[Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat Kelantan perlu menilai pemerintahan kerajaan Pas selama 17 tahun yang ternyata gagal membela umat Islam di negeri itu. Najib berkata, di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, BN bukan saja mewujudkan kemudahan beribadat, tetapi berjaya mempertahankan akidah Islam itu sendiri. "Umno sendiri menjadi benteng kepada akidah Islam di tanah air ini. Kita tidak perlu kepada slogan atau sepanduk membangun bersama Islam. Umno parti yang sudah menjadi pejuang, benteng dan pembela agama dan umat Islam.]

(Mereka boleh merancang apa sahaja, namun ingatlah segala-galanya hanya Allah yang menentukan. Justeru itu masrilah sama-sama kita berdoa agar kepimpinan ulamak di Kelantan akan terus dikekalkan agar ia menjadi contoh sebuah negeri Islam yang tulin suatu hari nanti. Buat jentera pilihanraya PAS berhati-hatilah dengan strategi yang sedang dirancangkan oleh mereka bagi menjatuhkan PAS di negeri itu.)

Posted in Politic | Leave a Comment »

Demi Memenuhi Syarat R.A.H.M.A.N.

Posted by offshoreman on January 9, 2008

Politik di Malaysia ini ada satu mitos yang mana nama Perdana Menteri-Perdana Menterinya perlu mengikut satu susunan abjad dalam nama Perdana Menteri yang pertama Tunku Abdul Rahman. Susunan itu adalah R.A.H.M.A.N.

R
untuk Rahman atau Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. A untuk Abdul ia-itu Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak. H untuk Hussein, ia-itu Tun Hussein Onn. M untuk Mahathir ia-itu Tun Dr Mahathir Mohamed.

A
jelas sekali adalah Perdana Menteri sekarang Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pada satu masa dijangkakan M untuk Tun Musa Hitam yang bakal menggantikan Dr Mahathir dan mitos RAHMAN ini dijangkan tidak akan berlaku. Bagai dikehendaki tuhan, Musa telah meletakkan jawatan dan diganti oleh Tun Abdul Ghaffar. Mitos itu dikatakan akan jadi juga. Kemudiannya Tun Abdul Ghaffar bin Baba ditewaskan Anwar sebelum pemilihan UMNO dan Anwar Ibrahim bakal mengisi untuk abjad A. Tetapi tidak menjadi juga …

Maka N ini membawa pelbagai misteri. Siapakah bakal menjadi Perdana Menteri selepas Abdullah Ahmad Badawi? Kalau dilihat nama pendik Timbalan Perdana Menteri, tentu sekali Najib atau Dato Mohd Najib yang paling bermungkinan. Ada kata jangan diketepikan Nazri atau Dato Nazri Tun Aziz. Kemungkinan besar masih Najib.

Zaman-zaman lepas gandingan formula PM-TPM yang menjadi dan kekal adalah gandingan seorang agresif dan seorang pelembut. Abdullah orangnya pelembut dan Najib seorang yang agresif. Keadaan kini berlainan sedikit kerana dia telah mengambil seorang muda yang agresif dan bercita-cita tinggi.

Kemungkinan dia boleh menjadi pesaing untuk memenuhi syarat huruf N. Masaalahnya namanya bukan bermula dari N. Sangking (cakap Jawa untuk kesungguhan) hendak sangat jadi PM sebelum 40, katanya dia sanggup tukar dari suku kaum dari Minangkabau ke Jawa untuk membolehkan ia menjadi Perdana Menteri. Nama kawasan tempat asal bapanya pun sudah ditukarkan menjadi Kampung Parit Jawa, Rembau.

Orang muda Jowo itu tidak lain dan tidak bukan adalah Ngairy Jamaluddin.

Posted in Politic | Leave a Comment »

Minyak oh Minyak…..Renungkanlah

Posted by offshoreman on January 2, 2008

Semasa membuat lawatan ke Tuaran semalam Dato Sri Najib sekali lagi membidas pembangkang yg berjanji akan menurun kan harga minyak sekira nya mereka memerintah negara. Kenaikan harga minyak adalah berpandu kpd harga global, jika tinggi kenaikan nya diperingkat global maka harga nya akan turut peningkat di pasaran tempatan.

(Kalau berpandu kepada harga Global kenapa negara Minyak seperti di negara-negara arab tidak naikkan harga minyak?Kenapa Brunei jiran kita minyak masih murah?Kenapa bila harga minyak global turun, Malaysia tidak menurunkan harga minyak?Alangkah beruntung menjadi seorang Menteri yang tidak pernah merasai susah.Yang tidak pernah mahu menyelami perasaan orang-orang kampung) 

Bagi tahun kewangan petronas berakhir pd mac 2007, keuntungan sebelum cukai adalah sebanyak RM 76.3 bilion. Dari hasil itu RM 48.3 bilion disumbangkan Petronas kepada kerajaan dalam bentuk cukai, dividen, royalti dan eksport duti. Mmg keuntungan Petronas agak besar, tetapi dgn sumber itu juga lah kjaan menjalankan pembangunan negara. Kjaan tidak boleh mengorban kan seluruh hasil minyak semata2 sebagai subsidi minyak. Kjaan juga perlu memikir kan pembangunan2 lain demi untuk pembangunan negara yg berterusan. Ketika berucap di majlis berkenaan najib juga menegas kan, mungkin daripada satu aspek, sememangnya hasil keuntungan Petronas ekoran kenaikan harga minyak mentah boleh digunakan bagi menambah subsidi petroleum tetapi ianya akan mengurangkan pula agihan perbelanjaan pembangunan negara. “Memang boleh kita turunkan harga minyak, dengan syarat jangan buat jalan raya, jangan buat sekolah, jangan buat universiti. Semua hasil digunakan untuk turunkan harga minyak… akhirnya kerajaan akan jadi bengkrap. “

(Kalau semua duit hasil dari Petronas digunakan untuk pembangunan, senaraikanlah jenis pembangunan yang dibuat menggunakan duit itu.Kenapa duit Petronas untuk pembangunan?Kalau duit ini untuk pembangunan, dimana duit cukai yang rakyat bayar?Cuba kamu fikirkan kalau Malaysia tiada hasil minyak, siapa yang akan bagi duit untuk pembangunan yang dikatakan itu?dari mana sumber duit???Cuba senaraikan tanggungjawab sesebuah kerajaan. Bukankah keperluan rakyat seperti jalanraya,sekolah dah sebagainya sesebuah kerajaan yg memerintah perlu sediakan? Bukan duit dari hasil Petronas.Kenapa seorang Menteri berfikiran seperti ini?Kenapa rakyat Malaysia mudah tertipu?)

Oleh itu, janganlah lagi memperbodohkan rakyat dengan isu minyak ini, rakyat kini tahu dan sedar siapa yang betul dan siapa yang tidak kerana dalam keadaan harga minyak yang tinggi sekarang, kerajaan masih mempertahankan harga minyak negara sebagai yang terendah berbanding negara-negara lain,”. Apa pun sebagai rakyat biasa , kita juga berharap agar jika berlaku kenaikan minyak, kjaan perlu memikir kan cara agar kenaikan itu tidak akan membeban kan rakyat.

(Siapa yg kena tipu dalam soal ini???Siapa yg menjadi PENIPU?Bukankah rakyat Malaysia yg diperbodohkan oleh Menteri ini?Adakan kenaikan harga ini tak membebankan rakyat?Tiada caranya lagi wahai Menteri Lindungan Bulan.Kesan dari harga minyaklah semua barang keperluan turut naik.)

Kepada rakyat Malaysia…renung-renungkan lah…..

Posted in Politic | Leave a Comment »

Surat untuk Dewan Bahasa (Siapa Madame Dotty?)

Posted by offshoreman on January 2, 2008

Oleh:Hishamuddin Rais
Posted by Raja Petra   (http://malaysia-today.net/2008/)
Tuesday, 25 December 2007
Saya amat pilu apabila DBP dituduh mandul. Untuk menangkis tuduhan gedebe itu, saya sebagai pencomeh Bahasa Melayu di sini ingin menambahkan lagi perbendaharaan kata bangsa saya. Takbir!Saya terbaca satu berita yang amat memilukan. Berita ini berpunca dari bangunan parlimen. Seorang gedebe dalam parlimen telah menuduh Dewan Bahasa Pustaka telah mandul. Mandul ertinya tidak berkeupayaan untuk beranak. Tidak beranak tidak bermakna tidak ada ronggi ponggi. Malah lembaga-lembaga yang berkanun dan kurang berkanun banyak juga yang jatuh mandul, terutama jika lembaga itu sarang Melayu. Lembaga yang menjadi sarang Melayu ini memang banyak mandulnya tapi hebat ronggi pongginya di dalam nya.

Bahasa adalah sesuatu yang hidup, bernafas dan terus bernyawa dan beronggi ponggi. Ertinya bahasa akan terus bertokok tambah melahirkan anak dan cucu-cicit yang baru. Ada anak haram, ada anak luar nikah, ada anak pungut atau anak tut dari pelbagai bangsa. Hari ini perkataan pautan tidak ada sangkutan lagi dengan pokok. Konekted tidak ada sangkut paut dengan ‘bende’ itu. Download bukan meletakkan beban kerana kerana beban itu berat. Semua ini adalah contoh-contoh perkataan baru yang memasuki kamus Melayu.

Saya amat pilu apabila DBP dituduh mandul. Untuk menangkis tuduhan gedebe itu, saya sebagai pencomeh Bahasa Melayu di sini ingin menambahkan lagi perbendaharaan kata bangsa saya. Takbir!

MENDOLAH – perkataan ini bukan berasal dari daulat. Daulat berasal dari bahasa Tok Arab yang memberi erti ‘state’. Mendolah – ertinya tidur ketika bekerja. Ini samalah dengan bidalan ‘curi tulang’. Perkataan mendolah tidak boleh digunakan ketika kita tidur dan beronggi ponggi dengan suami/gundek/gro/isteri/perempuan simpanan atau isteri baru. Tetapi tidak salah digunakan ketika menonton filem atau tv.

CONTOH AYAT: Rakyat Malaysia banyak mendolah ketika menonton tv Malaysia terutama apabila mereka menonton rancangan seram Forum Perdana. Ada juga yang mendolah ketika menonton rancangan komidi Berita. Ketika saya di sekolah dahulu jika guru saya membosankan maka saya akan mendolah. Hari ini ramai jamaah yang mendolah ketika mendengar khutbah Jumaat dari Tok Imam kaki bodek.

MENAAJIBKAN – perkataan ini ada bertalian dan berakar umbi dari perkataan takjub yang berasal dari perkataan Sanskrit. Menaajibkan memberi makna hairan lagi menghairankan.

CONTOH AYAT: Cukup menaajibkan apabila nama Altantuya seorang model dari Mongolia hilang dari senarai nama pelawat yang masuk di lapangan terbang KLIA. Lebih menaajibkan lagi ialah model ini kemudian ditembak mati. Mayatnya dengan naajib sekali telah diledakan dengan bom C4. Rakyat tertanya-tanya apakah ada anak yang menaajibkan dalam perut model itu. Rakyat menjadi cukup naajib apabila mahkamah diberitahu bahawa model ini pernah makan malam dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Apabila media luar negara memburu menteri berkenaan beliau telah menaajibkan diri.

PAATAIL – Perkataan ini bermakna saekor barua muda. Jangan silap dengan perkataan Inggeris – Pa tail yang bermakna ekor bapak beruang. Juga jangan tersilap dengan Patil yang bererti orang India yang masuk kawasan Felda menjual kerusi meja.

CONTOH AYAT: Abdel Ghaani adalah seekor pelajar tercorot dan amat bengap lagi poyo dalam fakulti undang-undang di Universiti Malaya. Ghaani tidak ada pilihan melainkan menjadi paatail kepada kawan sekelas yang lebih bijak. Kawan-kawan mempaatailkan Ghaani dengan menyuruh dia menjadi tukang sapu papan hitam. Ghaani juga tahu mukanya yang bulat dan hidungnya kemik menjadikan dia bahan ketawa di fakulti. Malah ada yang menganggap Ghaani sebagai seekor tukang sapu dari Indon. Ghaani pernah beberapa kali dihalang olih Pak Guard di pintu masuk UM kerana dianggap sebagai seorang lembu. Ghaani sedar untuk cari makan dia hanya boleh menjadi paatail. Dia terus mempaatailkan dirinya kepada Mahafiraun. Hari ini Abdel Ghaani adalah contoh seekor paatail yang terbaik untuk menjadi ikutan sesiapa yang bebal.

NAZZRI : Bunyi perkataan nazzri ini sama macam NAZZI – parti politik Hitler. Nazzri bermakna seekor manusia yang menyalak kuat seperti Routweiler.

CONTOH AYAT : Apabila seseorang itu kurang ilmu pengetahuan maka dia akan bernazzri. Lebih kosong di antara dua telinganya maka lebih bernazzrilah insan itu. Seperti nazzri menyalak bukit ialah perumpamaan moden. Tetapi awas ada sedikit perbezaan dengan nazzri menyalak bukit dengan anjing menyalak bukit. Dalam perkataan nazzri ada unsur bodek. Unsur bodek tidak wujud dalam anjing menyalak bukit.

RASHEED – Perkataan ini juga membawa makna seekor barua. Berbeza dengan perkataan paatail kerana rasheed membawa makna saekor barua tua yang penuh dengan tipu helah.

CONTOH AYAT : Abdeel pun merasheedkan dirinya kerana dia menyedari tanpa merasheedkan dirinya tidak mungkin dia mendapat kerja sebagai penjaga tandas. Rasheed ini juga sedar orang ramai memandang hina terhadap dirinya tetapi kerana ingin mencari makan maka dia pun menjadi barua yang paling rasheed sekali.

AZZLINA – Perkataan ini bermakna muka purtan tembam yang menakutkan.

CONTOH AYAT : Muka purtan itu cukup azzlina. Apabila kanak-kanak ternampak purtan yang azzlina ini kanak-kanak akan menangis dan lari ketakutan. Cara purtan azzlina menyelesaikan masalah ini ialah dengan membuat blog dan meletakkan gambar azzlinanya yang telah di photoshop.

TOYO – Perkataan ini bermakna merepair muka yang hodoh dengan mengunakan sabit.

CONTOH AYAT : Saekor buruh dari pulau Jawa telah jatuh ke dalam loji tahi. Mukanya menjadi hodoh kerana dimakan oleh ulat tahi. Dalam keadaan darurat, kerana loji tahi ini jauh dalam kampung di Kuala Selangor maka mukanya Jawa ini telah ditoyokan oleh doktor dari jabatan haiwan. Awas mentoyokan muka tidak dianggap sah untuk ke masjid, kuil, gereja atau untuk menjadi Ketua Pemuda Umno.

LINGAM – Lingam dalam bahasa sanskrit ialah kontol/pelir. Lingam di sini bermakna biawak hitam. Satu jenis biawak yang lidahnya bercabang tiga. Biawak jenis ini banyak hidup berkembang di zaman pemerintahan Mahafiraun.

CONTOH AYAT : Anwar Ibrahim telah menangkap seekor lingam yang cukup legam. Apabila leher lingam ini di ikat maka berbuih-buih mulutnya dari dari lehernya keluar bunyi – korek, korek korek.

CONTOH LATIHAN PENGUAAN PERKATAAN BARU:

Di kota Paris dalam bilik hotel di Avenue des Champs-Élysées, Altantuya seorang model dari Mongolia telah melihat longokan dolar yang menaajibkan. Dolar ini adalah sebagai upah membeli kapal selam. Naajib sebagai tanda terima kasih telah memberikan lingamnya kepada Altantuya. Pada ketika itu muka lingam ini amat azzlina sekali hingga menakutkan Altantuya. Lingam ini menjalar liar sambil berdengkur… korek… korek… korek.

Tiba-tiba seekor paatail muncul membuka pintu bilik kerana terdengar bunyi dengkuran lingam. Paatail ini dengan penuh naajib telah cuba menyelamatkan lingam naajib dari terus menjalar ke bawah katil dan masuk ke dalam gown Prada Altantuya. Si paatail ini bergegas cuba menyelamatkan lingam naajib. Altantuya cukup naajib sekali kerana lingam ini hilang di bawah katilnya.

Paatail mengambil talipon kamar dan memanggil seekor rasheed tua untuk membantu mencari lingam. Rasheed tua yang sedang mendolah di pejabat telah bergegas bangun. Dengan tergesa-gesa rasheed tua datang dengan seekor nazzri yang menghidu sambil menyalak-nyalak mencari lingam naajib. Dua ekor barua – rasheed dan paatail – menjengokkan muka ke bawah katil. Tanpa disedari lingam yang lidah bercabang tiga telah telah mencakar muka paatail dan rasheed. Nazzri yang menyalak telah menerkam lingam tetapi lingam telah juga mencakar muka nazzri.

Akibat dari cakaran lingam muka rasheed, paatail dan nazzri menjadi azzlina. Apabila muka-muka yang azzlina ini dilihat oleh Altantuya, dia menjerit takut. Jeritan Altantuya ini telah mengejutkan ramai penghuni hotel.

Salah seorang penghuni hotel ialah Madame Dotty yang baru saja mentoyokan mukanya. Madame Dotty dengan marah telah bergegas masuk ke bilik Altantuya. Madame Dotty cukup naajib lagi marah apabila melihat lingam naajib sedang menjalar liar.

Semua di dalam bilik hotel cukup naajib apabila melihat muka Madame Dotty yang baru ditoyokan. Muka Madame Dotty yang azzlina itu cukup naajib lagi menaajibkan. Mereka semua menjerit takut dengan nazzrinya sekali.

Madame Dotty tidak naajib walau sedetik pun kerana dia mengenali lingam yang legam ini. Madame Dotty mengambil lingam dan meletakan di atas pangkuannya. Lingam terus berdengkur …… korek… korek… korek.

PERKATAN LAIN YANG BARU UNTUK DEWAN BAHASA PUSTAKA

Ronggi ponggi – bersegama atau mengentot

Purtan – perempuan jantan

Pencomeh – penyokong

Mahafiraun – tak perkataan ini pun sudah lupa!

Poyo Belia 5B – bangang, bahlul, bodoh, bengong, be

Siapa pula Madame Dotty?

Posted in Politic | Leave a Comment »

TAHUN 2008 : TIDAK MENJANJIKAN KEMANISAN

Posted by offshoreman on January 2, 2008

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm,wrt.

Bahagian 1

Tahun 2008 akan menjelang dalam tempoh 2 hari lagi. 2008 tidak akan menjanji apa-apa untuk rakyat. Rakyat pada keseluruhannya akan menerima nasib lebih malang lagi di bawah pentadbiran UMNO. Walaupun, Najib Tun Razak ketika merasmikan persidangan tahunan Parti Bersatu Sabah pada 29 Disember kelmarin, menyatakan bahawa hanya BN [baca: UMNO] sahaja yang boleh membawa kebahagiaan [kemakmuran] kepada rakyat. Namun, bagi rakyat yang celik mata hati boleh membuat penilaian terhadap UMNO/BN [dulu Perikatan] yang telah memerintah lebih daripada 50 tahun. Cakap soal dasar apa pun yang dirangka dan dilaksanakan oleh UMNO semuanya mengalami KEGAGALAN. Dalam tulisan ini saya ambil dua contoh sahaja sebagai renungan rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu.

Contoh paling menghiris perasaan orang Melayu [membawa maksud bumiputra lain juga] ialah : Pertama, kegagalan Dasar Ekonomi Baru [DEB]. Setelah lebih 30 tahun DEB dilaksanakan, ekuiti bumiputra hanya mencapai sekitar 18%, tidak menepati sasarang yang ditetapkan sebanyak 30%. Kalau dulu, British atau pelabur asing yang menguasai ekonomi Malaysia, tetapi sekarang kaum Cina yang menguasai sepenuhnya ekonomi Malaysia.

Berapa banyak harta dan nilai perniagaan yang dimiliki oleh orang Melayu di seluruh bandar-bandar besar di Malaysia, khususnya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang [tempat PM sendiri], Johor Bahru [negeri UMNO] dan Ipoh?

Adalah diharapkan Najib dan wakil-wakil rakyat UMNO tolong jawab perkara ini. Jangan menjerit-jerit tidak tentu pasal macam orang gila dirasuk syaitan. Cerminkan diri dulu apabila bercakap mengenai perkembangan ekonomi orang Melayu dan bumiputra lainnya. Kegagalannya adalah berpunca daripada perbuatan kianat para pemimpin UMNO terhadap bangsa Melayu.

Ya, memang benar ada orang Melayu yang menjadi kaya raya melalui DEB, tetapi berapa kerat sahaja orang Melayu yang berjaya. Yang berjaya ialah orang Melayu yang menjadi UMNOPUTRA, yang ada kuasa, yang ada jalinan hubungan kekeluargaan dan yang ada hubungan politik untuk perniagaan. Majoriti orang Melayu masih miskin dan terpinggir daripada arus pembangunan mega di Malaysia.

Para pimpinan UMNO tidak pernah malu kepada rakyat, mereka semuanya terdiri daripada muka-muka tembok. Sudah 50 tahun merdeka, mereka masih lagi bercakap mengenai kemiskinan Melayu. Semakin banyak mereka bercakap mengenai kemiskinan Melayu, maka semakin banyak penyelewengan yang mereka lakukan akan terdedah. Radzi Sheik Ahmad, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan juga Setiausaha Agung UMNO dalam Berita Perdana RTM pada 29 Disember kelmarin umpamanya sanggop mengarahkan MB Perlis, Shahidan Kassim secara terbuka supaya ditukarkan [atau diberhentikan?].

Shahidan merupakan salah seorang daripada golongan elit politik UMNO yang hidup penuh dengan kemewahan. Ramai lagi para pemimpin UMNO yang sejenama dengan Shahidan yang hidup penuh dengan kepura-puraan yang kononnya merekalah pembela nasib Melayu, tetapi hakikat yang sebenarnya merekalah merupakan orang paling ke hadapan yang merembat [merompak] harta rakyat, pantang ada ruang sedikit. Mereka adalah perasuah dan penyanggak terhormat yang tidak lut dengan undang-undang yang sedia ada. Malas hendak sebut nama-nama pemimpin UMNO/BN yang serupa dengan Shahidan, semua rakyat sudah tahu dari Perlis sampailah ke Sabah.

Kedua, UMNO menjadi pengkianat terhadap dominasi politik Melayu-Islam di dalam negara ini. Kedudukan kuasa politik Melayu-Islam semakin mengecil berbanding dominannya politik Melayu di awal kemerdekaan dahulu sudah hilang. UMNO terpaksa menagih simpati daripada kaum-kaum lain untuk terus berkuasa. Akibatnya maruah Melayu-Islam tercabar, UMNO menjadi penakut dan dayus terhadap kelantangan suara bukan Melayu. UMNO hanya berani bertindak terhadap sesama bangsa dan seagama [rujuk kes isu babi di Bukit Beruang di Melaka dan isu Hindraf dengan isu di Batu Buruk serta penangkapan secara borong terhadap para pimpin PAS dan PKR]. Kuasa politik tawar-menawar dikalangan anggota BN telah hilang daripada tangan UMNO. Kuasa ini telah mulai ditentukan oleh kerabat UMNO dalam BN yang bukan Melayu. Jadi, survival masa depan bangsa Melayu dan agama berada dalam sangat merbahaya, sekiranya UMNO tetap diberi mandat untuk terus memeritah.

Najib ketika berucap di Sabah menyatakan bahawa BN adalah pembela rakyat miskin. Tahun 2008 kerajaan telah membayangkan harga runcit petrol, gas memasak dan tarif elektrik [mungkin tarif air juga] akan dinaikkan. Kenaikan bahan-bahan ini akan menaikkan kos sara hidup rakyat, khususnya rakyat miskin. Bagi golongan berkuasa dalam elit politik UMNO yang memiliki kekayaan mengunung tidak akan merasainya, tetapi bagaimana kehidupan rakyat marhaen, masyarakat petani, nelayan, buruh, yang berkerja sendiri dan yang bergaji tetap. Semuanya ini memeritkan kehidupan rakyat. Dapatkah mereka mengecapi kebahagian seperti yang diucapkan oleh Najib itu?

Pemimpin [mesti UMNOlah] masih lagi meniupkan kata-kata semangat agar rakyat bersabar, berhemah dalam perbelanjaan, senantiasa mengamalkan hidup sederhana dan tidak berboros berbelanja. Hakikatnya, sebenarnya siapa yang boros dalam perbelanjaan ini?

Siapa yang beli jet mewah bernilai RM200 juta, sedangkan kita suda hada 4 buah jet eklusif yang bersiap sedia untuk membawa pemimpin ke seluruh dunia?

Siapa yang berbelanja mengubahsuai rumah rasmi menelan belajan RM20 juta dan satu lagi hampir RM14 juta?

Siapa yang suka berbelanja boros di luar negara?

Siapakah yang sanggop menghabiskan duit beribu ringgit sekadar hendah bermegah membeli sebuah nombor plat kereta mewah?

Siapakah yang sanggop berkelahi dengan pegawai kerajaan bukan dasar kepentingan rakyat, tetapi hanya sekadar sebuah kereta mercedes?

Adakah semua ini dilakukan oleh rakyat marean, wahai Najib?

Kalau engkau anak jantan berbinkan Tun Razak, tolong jawab persoalan di atas secara jujur dan iklas. Jangan ashik melalak tidak tentu pasal. Hentikan sandirawa untuk memperbodohkan rakyat yang telah berjaya dikelabukan oleh maklumat senget sebelah oleh gara-gara kerajaan naungan engkau itu. Ingat, bukan semua rakyat menjadi tunggul kayu mati, hanya ahli UMNO, golongan pengampu dan golongan oportunist yang mampu engkau dan golongan engkau boleh diperbodohkan dan boleh diperlembukan.

Bahagian 2

Adalah lebih eluk kita baca tulisan saudara Amin Iskandar yang bertajuk : “Selamat Tinggal 2007” yang disiarkan oleh Malaysiakini.com http://www.malaysiakini.com/columns/76398

Tinggal beberapa hari lagi kita akan meninggalkan 2007. Ia mungkin adalah tahun yang paling bermakna bagi sesetengah pihak dan mungkin juga yang paling malang bagi pihak yang lain.

Ramai juga yang tidak sanggup untuk meninggalkan 2007 kerana “bencana” yang bakal berlaku pada tahun 2008. “Bencana” yang dimaksudkan ialah khabar angin tentang kenaikan harga minyak. Kerajaan dikatakan bakal menaikkan harga minyak pada tahun 2008. Kemungkinan besar harga minyak di Malaysia akan dinaikkan selepas pilihanraya umum ke-12.
Asas kepada kenaikan harga ini sangat kukuh memandangkan harga minyak dunia sekarang ialah AS93.14 setong (harga pada Hari Natal, 25 Disember 2007) dan dijangka mencapai AS100 setong dalam jangkamasa terdekat. Peperangan dan krisis politik yang berlaku di Timur Tengah tidak memungkinkan akan berakhir dalam jangkamasa terdekat ini.
Sebab itu ramai yang sudah mula gusar menghitung hari-hari akhir 2007. Contohnya peniaga-peniaga di Medan Selera Taman Melawati, Kuala Lumpur. Seorang teman lama yang membantu keluarganya mengusahakan sebuah kedai makan di medan selera tersebut merungut tentang masa depan perniagaan mereka.
Dengan kenaikan harga barang yang mendadak dan pelanggan yang semakin berkurangan, amat perit sekali untuk mereka terus berniaga.Untuk menaikkan harga makanan, mereka serba salah dan takut dimarah oleh pelanggan.
Akhirnya merekalah yang menanggung kerugian dari hari ke hari. Bapa teman saya memberitahu saya, jika harga minyak dinaikkan lagi pada tahun hadapan, mereka akan menanggung kos yang lebih besar lagi akibat daripada harga barang-barang mentah yang akan naik seiring dengan kenaikkan harga minyak. Jika itu berlaku, kemungkinan mereka akan menutup kedai dan pulang ke kampung.
Ini adalah salah satu contoh sahaja. Sudah pasti ramai peniaga-peniaga kecil yang mengalami nasib yang sama. Mereka-mereka ini tidak didokong oleh kekuatan modal yang besar seperti McDonalds, Kentucky Fried Chicken, Burger King dan lain-lain.
Dari segi demokrasi, 2007 boleh dikatakan sebagai tahun-tahun gelap demokrasi di Malaysia. 2007 ditutup oleh pemerintah Malaysia dengan memberikan ’signal’ bahawa demokrasi akan mati.
Blogger ditahan
Insiden terbaru yang berlaku ialah pada 24 Disember 2007, sehari sebelum Hari Natal dirayakan. Seorang blogger yang menggunakan nama samaran Cucu Mat Kilau telah ditahan oleh polis yang berpakaian preman sewaktu berada di rumah.
Tanpa sebarang waran tangkap dan kenyataan dari polis bahawa beliau ditahan, pintu hadapan rumah blogger yang berusia 36 tahun itu didakwa telah ditendang dan dipecahkan oleh pihak polis pada jam 10 pagi. Ketika beliau baru hendak turun dari rumah, dengan rakusnya polis didakwa telah memegang dan terus menggarinya. Beliau berkali-kali bertanya mengapa beliau ditahan dan apa sebabnya. Tanpa memberikan sebarang jawapan, polis menyuruh beliau mendiamkan diri.
Rumahnya digeledah walaupun waran geledah tidak ditunjukkan. Setelah satu jam, beliau pun dibawa oleh polis.Tiga telefon bimbitnya dan satu komputer riba, turut dibawa oleh pihak polis. Beliau didakwa turut ditampar oleh pihak polis semasa dalam perjalanan ke IPD Kuantan. Apabila tiba di balai polis, beliau didakwa disuruh mengambil ujian air kencing. Setelah keputusan air kencingnya menunjukkan bahawa beliau tidak terlibat dengan dadah, beliau dilepaskan dan kesemua barang-barangnya yang diambil oleh polis dikembalikan.
Persoalannya sekarang, jika beliau hendak ditangkap akibat disyaki menggunakan dadah, di manakah waran tangkapnya? Apa kena menggena komputer riba dengan dadah? Untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai berita penahanan beliau, sila layari http://cucumatkilau.blogdrive.com.

Apakah ini salah satu cara kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi hendak menakut-nakutkan blogger? Ternyata Abdullah juga bimbang untuk menghadapi 2008. Tambahan lagi 2008 dikatakan sebagai tahun pilihanraya umum ke-12. Oleh kerana terlalu takut dengan penentang-penentangnya, taktik-taktik kotor telah digunakan untuk memastikan beliau akan terus berkuasa.
Lima pemimpin Hindraf ditahan di bawah ISA. Dengan menggunakan seksyen 8 ISA, mereka telah dihantar terus di Kem Kamunting selama dua tahun tanpa perlu “diseksa” selama 60 hari di Bukit Aman. Suwandi Abdul Ghani dan Mohamad Azman Aziz yang ditembak polis dalam “Tragedi Batu Burok” kini merengkok dalam Penjara Terbuka Marang setelah hakim tidak membenarkan mereka diikatjamin pada 9 Disember yang lalu. Manakala polis yang menembak mereka langsung tidak bicarakan dan tidak dipersoalkan tindakan mereka.
2007 tidak mungkin dilupakan oleh ahli keluarga Nurin Jazllin Jazimin dan rakyat Malaysia. Sehingga hari ini – setelah lebih tiga bulan Nurin dirogol dan dibunuh dengan kejam – pembunuhnya masih lagi belum tertangkap. Jika 4,000 orang anggota polis boleh dikerahkan untuk mengawal perhimpunan Bersih pada 10 November yang lalu, takkanlah polis tidak boleh menangkap pembunuh Nurin dengan bantuan yang telah diberikan oleh FBI?
Harga minyak
Sedangkan rungutan pemerintah untuk membungkam musuh-musuh politik mereka dilaksanakan dengan pantas. Realiti semasa telah menunjukkan bahawa polis hanya cemerlang ketika bertindak untuk melemahkan penentang-penentang Barisan Nasional.
Berdasarkan insiden-insiden yang berlaku di atas, saya juga tidak “berani” untuk meninggalkan 2007. Tidak sanggup difikirkan apa yang akan berlaku lagi pada tahun 2008. Berdasarkan apa yang telah berlaku pada tahun 2007, tidak menunjukkan bahawa 2008 akan menjadi lebih baik.
Namun, sebagai orang muda, saya tidak boleh bersikap pesimis. Jika orang muda bersikap pesimis, makin gelap masa depan negara. Dari segi positifnya, penindasan-penindasan yang sebegitu, kemungkinan besar akan disambut dengan perlawanan yang hebat. Reformasi dahulu dikatakan tidak begitu berjaya oleh kerana rakyat Malaysia masih lagi hidup senang.
Sekarang ini, dengan beban kenaikan harga barang yang berterusan, golongan kelas bawah semakin melebar. Jika harga minyak dinaikkan lagi pada 2008, golongan ini akan terus membesar dan golongan kelas menengah akan terus mengecil. Ini akan meluaskan lagi jurang kekayaan di antara miskin dan kaya. Jika ini berlaku, Malaysia akan menjadi seperti Indonesia dan Filipina di mana jurang kekayaan antara yang kaya dengan yang miskin begitu lebar.
Jika benarlah teori yang mengatakan bahawa “apabila masyarakat susah barulah mereka akan melawan”, terutama jika kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak, maka 2008 seharusnya menakutkan Barisan Nasional juga. Jika untuk menuntut “pilihanraya yang bebas dan adil” Kuala Lumpur telah dibanjiri oleh puluhan ribu rakyat, apalagi jika isu yang bersangkut paut dengan kehidupan harian diperjuangkan?
Apapun, selamat tinggal 2007. Semoga 2008 akan memberikan sinar dan harapan baru buat rakyat Malaysia. Ooops…. terlupa pula. Apa berita tentang tahun Melawat Malaysia 2007? Setelah berbilion ringgit dibelanjakan untuk Tahun Melawat Malaysia 2007, apakah pulangannya kepada rakyat Malaysia? Untung atau rugi?
MARILAH SAMA-SAMA KITA BERJUANG MENCARI KAEDAH TERBAIK MENGHAPUSKAN UMNO. INGAT, KITA TIDAK BOLEH HAPUSKAN UMNO MELALUI PILIHANRAYA.
“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb

Posted in Politic | Leave a Comment »

Apabila Najib Bernazzri – Laman M@RHAEN

Posted by offshoreman on January 2, 2008

Oleh Adil Malaysia (Penulis Tamu M@RHAEN)

Pada 31 Disember 2007, Utusan Malaysia telah melaporkan di laman utamanya memetik ucapan seorang pemimpin negara yang tersohor dengan gelaran dewa komisyen, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Di dalam ucapan tersebut, Najib menyatakan Negara Akan Bangkrap Jika Harga Minyak Turun. Hoh! Terperanjat lagi Mengejutkan tatkala menatap Headline ini.

Utusan Malaysia ini telah lama diperosok dengan pemikiran pencacai pemerintah sejak ditadbir urus oleh seorang mamak maidin penjual cendol yang haprak lagi tidak berguna kepada bangsa dan tanah air. Mamak maidin yang bengong ini telah menjadikan Utusan Malaysia sebagai sebuah lidah pemerintah yang hanya pandai beronggi ponggi tetapi tiada telur untuk menegakkan kebenaran.

Dan apabila Utusan Malaysia memberi ruang kepada Najib untuk bercakap secara sembrono menyatakan negara akan bangkrap jika harga minyak turun, kita amat yakin hujah Najib ini umpama hujah budak kecil yang cuba mencari alasan apabila dituduh mencuri buah betik.

Mari kita mencabar Najib membuktikan kata – katanya itu bernas dan benar. Tunjukkan kepada kita ‘rough calculation’ yang membuktikan negara akan bangkrap jika harga minyak diturunkan. Bentangkan laporan kewangan Petronas sejak mula diperbadankan sehinggalah sekarang. Buktikan kata – kata Najib itu benar berdasarkan laporan ekonomi GDP, GNP & laporan pendapatan / perbelanjaan fiskal negara ini. Buktikan Laporan Audit Negara yang mendedahkan kepincangan BN dalam mengurus tadbir harta rakyat itu tidak benar. Buktikan pemimpin – pemimpin BN tidak makan duit komisyen atau rasuah. Buktikan pemimpin – pemimpin BN hari ini tidak pernah menyalah gunakan kedudukan politik untuk memenuhkan poket mereka dan keluarga mereka.

Setakat cakap sembrono seperti itu orang kampung pun belum tentu boleh terpedaya! Poorah Najib. Sekarang bukanlah masanya untuk memperbodohkan rakyat yang semakin cerdik untuk membeza dan menilai.

Saya amat yakin Najib yang intelektual ini telah dijangkiti penyakit Cendol Busuk yang dibawa oleh mamat Maidin. Saraf-saraf otaknya telah dipenuhi kulat – kulat amoeba yang memenuhi setiap inci ruang akalnya. Najib sejak akhir – akhir ini sudah pandai bernazzri dengan ucapan yang berdegar – degar tetapi dipenuhi dengan ulat sampah. Hatinya berkecamuk dengan asakan bertubi – tubi Anwar dan barisan pembangkang sehingga tergamak melahirkan hujah dangkal negara akan bangkrap jika harga minyak turun.

Hakikat yang perlu kita fahami di sini ialah negara tidak akan muflis jika kita menerapkan dasar – dasar kepedulian rakyat sebagai teras pemerintahan. Jika harga minyak turun, maka rakyat akan dapat menjimatkan wang mereka. Wang ini boleh digunakan untuk membuat pelaburan di amanah – amanah saham atau sebagai simpanan di masa hadapan. Dengan wang ini juga rakyat boleh menikmati sebuah kehidupan yang lebih manusiawi. Seperti contoh rakyat boleh membeli kediaman yang lebih selesa, atau membeli barangan keperluan harian yang lebih bermutu.

Dengan kata lain, apabila harga minyak turun, maka secara automatiknya harga produk keperluan juga akan turut turun. Dengan demikian rakyat boleh berbelanja dengan kemampuan yang lebih dan hasilnya aliran wang di negara kita akan meningkat. Ini secara tidak langsung akan memacu pertumbuhan ekonomi negara ke tahap yang lebih baik berbanding sekarang.

Malaysia Bangkrap Sebab Pemimpin Rakus

Fakta yang harus diakui negara Malaysia ini ialah kita memiliki pemimpin yang lahap merampok harta rakyat. Bangkrapnya Malaysia ini adalah tidak lain dan tidak bukan kerana kita memiliki ramai pemimpin yang berjiwa duit. Cuba bayangkan bagaimana Rosmah Mansor dengan selambanya bershopping sakan di luar negara menghabiskan ratusan ribu ringgit dalam masa sehari. Cuba congak kembali dari mana ADUN Brader Zack dapat duit untuk membina Istana Zakaria?

Cuba hitung dari celah mana suku sakat Rafidah Aziz boleh memiliki sebuah syarikat pengedar kereta mewah yang terulung di negara ini? Malah difahamkan kekayaan syarikat ini sangat banyak sehingga mampu mengambil alih pengurusan Proton.

Cuba renung kembali bagaimana Annuar Musa mampu memiliki Mercedes WCE 1? Cuba kita membuat telahan dari mana kegilaan memiliki plat kereta ekskusif yang menyebabkan Menteri Besar Perlis & Menteri Besar Pahang sanggup bertaruh sejumlah wang yang banyak untuk memilikinya? Inilah antara contoh perlakuan pemimpin haprak yang menganggap kantung negara ini abah dan mak dia yang punya. Inilah punca sebenar negara kita akan bangkrap, bukannya kerana harga bahan bakar turun.

Duit yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat telah menjadi hak milik peribadi keluarga Najib dan suku sakatnya di dalam Barisan Nasional. Inilah penyebab utama mengapa Malaysia ini gagal dalam menggerakkan dasar yang lebih peduli terhadap nasib rakyat. Sebab itulah harga minyak naik, harga bawang naik, harga tepung naik, harga Milo naik. Jikalau kita menitik beratkan kepentingan rakyat berbanding kepentingan diri sendiri, maka kita akan lihat pembaziran wang negara tidak akan berlaku seperti sekarang ini.

Kekayaan pemimpin di luar batasan akal telah menyebabkan kita tertanya – tanya, mengapa mereka semakin kaya sedangkan rakyat semakin miskin. Sebenarnya sistem pengurusan negara yang tidak telus ini adalah puncanya mengapa Malaysia ketinggalan jika dibandingkan dengan negara – negara lain seperti Korea Selatan, Singapura, China dan India.

Najib mengolah persetujuan orang ramai yang tidak mahu negara ini bangkrap dengan mengaitkan dasar Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang memberi jaminan sebaik sahaja keADILan, PAS dan DAP menang pilihanraya maka keesokan harinya harga minyak akan turun serta merta.

Sudah pasti Najib cuak dengan Anwar, kerana itu seberapa boleh dia perlu berusaha sedaya mungkin untuk mengelirukan rakyat agar rakyat tidak mudah percaya dengan janji pembangkang. Poorah Najib! Pemimpin seperti anda yang hanya memikirkan duit poket sendiri tidak akan mampu memperdaya rakyat untuk mempercayai perjuangan kami yang nekad memperjuangkan ketuanan rakyat marhaen.

Poorah Najib! Jikalau benar negara ini akan bangkrap, jangan letakkan alas beban itu kepada alasan ‘harga minyak turun’. Negara ini hanya akan bangkrap jika rakyat terus memberi kepercayaan kepada BN untuk memerintah 50 tahun lagi. Pemimpin – pemimpin BN yang tidak takut kepada Tuhan, yang terbukti merompak harta khazanah milik rakyat atas nama Ketuanan Melayu dan Bumiputera, yang tidak segan silu menaikkan harga barangan keperluan rakyat tanpa sedikitpun sensitif dengan penderitaan rakyat marhaen, pemimpin – pemimpin haprak yang gila komisyen inilah punca negara ini akan bangkrap.

Disebabkan itulah mari kita berpadu tenaga untuk mengubah landskap politik dan ekonomi negara ini sebelum parah. Ubahlah kepimpinan hari ini demi maruah. Bersama – samalah kita berusaha menegakkan keadilan dan mengembalikan kesejahteraan rakyat, dan suka saya menyeru agar rakyat tidak perlu takut untuk mengubah pentadbiran hari ini kepada sebuah pemerintahan yang lebih telus dan saksama.

Selamatkan Malaysia. Selamatkan Rakyat!

Salam Perjuangan 2008. Selamat Tahun Baru.

Penulis Tamu
Parti Keadilan Rakyat (keADILan)
Bahagian Wangsa Maju

Posted in Politic | Leave a Comment »