OFFSHOREMAN

WORK.ENERGY.POWER

Archive for the ‘1’ Category

PM Kesayanganku…Pak Lah

Posted by offshoreman on June 20, 2008

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepade Pak Lah kerana menaikkan rege minyak..  
selepas ini apebile rege minyak naik.. rege barang yg lain akan naik..  
Saya akan merubah tabiat saya dari makan ikan kembung yg dah merah mate dan pecah perut kepade ikan
kering sahaja..  
Saya sanggup berkorban untuk UMNO dan BN..  
Anak saye yg seramai 5 org itu boleh bekerje selepas waktu sekolah untuk membantu keluarga dan meneruskan tradisi m enyokong UMNO dan BN.Saya akan merubah bilik bilik yg ade di rumah saya untuk dijadikan tempat menternak
ikan dan menanam sayur secare hidroponik.Saya terpakse tanam dalam bilik kerna saya dok kat umah flat..  
rebet yg diberikan kepade saya memang melebih dari keperluan saya..  
Apebile saya congak.. saya hanya menggunakan 20 sen aje duit minyak moto sehari.. ade untung 21 sen.Saya tak pakai pon kete… sebab bile minyak naik.. saya kene jual datsun kotak mancis saya.. dapat gak duit.. anak anak saya, saya akan soh eksesais setiap hari dengan berjalan kaki atau naik beskal ke sekolah.. sejauh 5 km.Walaupon saye berpendapatan rm 1000.. ia terlebih cukup untuk keluarga saya…  
Buat permulaan untuk merubah kehidupan saya..saya tidak akan menggunakan gula… tak akan menggunakan tepung untuk buat jempot-jempot.Akan menggantikan beras ngan ubi… setiap hari saya dan keluarga akan berpuasa (kecuali pade hari hari yg dilarang ajerk).Saya akan buat minyak masak sendiri.Itu antara care saya merubah hidup..ade banyak lagi care semuanya kerna UMNO dan BN…  
dan saya ingin meminta Pak Lah supaya menaikkan lagi rege minyak yg ade.. bukan tu ajerk.. diminta menaikkan lagi rege tol kerna org sebelah rumah saya nih org pembangkang dia selalu ikut highway, bior padan ngan muke dia.

Mungkin pak lah boleh melawat saya dan bersedekah kepade saya sehelai kain pelikat dekat-dekat pilihanraya nanti.. Insyaallah kain pelikat itu saya akan framekan dan gantung dirumah.. tapi jangan lupa.. Pak Lah tandatangan yerk..!  
Jgn lupe Pak Lah.. naikkan lagi rege minyak..jgn turun kan gaji menteri menteri dan tuan penasihat 25%..  
Saya tetap akan menyokong pak lah..  

Akhir kata bior pak lah senang, janji kami susah.. hidup UMNO, hidup BN..  

Sekian terima kasih..  

ps/ sampaikan salam saye pade KJ dan Patrik badawi.. dan tak lupe gak tuan punya syarikat Scomi  

Posted in 1 | Leave a Comment »

Boikot Barangan Belanda

Posted by offshoreman on April 10, 2008

Saya ingin memohon kerjasama semua agar mengedarkan senarai produk ini kepada semua rakyat Malaysia agar semua produk dari Belanda ini diboikot.
Ini adalah berikutan filem pendek FITNA yang dijaja dan diedar ke seluruh dunia oleh Geert Wilders, Ahli Parlimen Belanda yang bersifat perkauman dan suka menghina Islam.
Saya juga ingin memohon bantuan semua bloggers agar menjadikan Boikot ini satu usaha bersama agar lebih ramai umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia khususnya diberi peringatan dan pendedahan.
Pada pendapat saya ini adalah salah satu Jihad Ekonomi yang boleh kita jalankan kepada musuh Islam yang menghina dan mencaci kesucian agama Islam.
Menghina Nabi Muhammad seolah-olah menghina Allah. “Taatlah kepada Allah dan Taatlah kepada Rasul.”

BOIKOT BARANGAN DARI BELANDA
Dutch Lady – Susu
Ferrero Roche – Coklat
Wall’s – Ais Krim
Ing -Insurans
Planta -Magerin
Lady’s Choice -Magerin
Lipton -Teh
Shell -Minyak
Knorr -Perisa Makanan
Dove -Mandian
Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
Radiant -Deodoran
Rexona -Deodoran
Ponds -Produk Kecantikan
Kieldsens -Coklat
Slimfast -Produk Pelangsing
Lego -Kismis
Philips -Barangan Elektrik
Duyvis -Makanan Ringan
Gouda -Keju
Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
Labello -Lip Balm
Pickwick -Teh
Venz -Mentega Coklat
Kinder Bueno -Coklat
Unilever -Syarikat
Dumex -Susu Tepung
Nutricia -Susu Bayi
Sunsilk -Shampoo
Fair & Lovely -Produk Kecantikan
Lux -Mandian
Vaseline -Lip Balm
Cif -Pencuci Lantai
Surf -Pencuci Kain
Wishbone -Pencuci Kain
Doriana – Keju Krim
Bertolli -Minyak Masak
Clear -Shampoo
Breeze -Pencuci Kain
Sun -Pencuci Kain

Posted in 1 | Leave a Comment »

Go To Hell “Geert Wilders”.You Are Son Of Bitch.

Posted by offshoreman on April 10, 2008

Assalamualaikum…

Umat Islam memandang serius filem FITNA yang dihasilkan oleh Geert Wilders, seorang ahli parlimen Belanda, yang kini ditayangkan di dalam internet di seluruh dunia melalui you tube.

Filem Fitna itu, yang disiarkan selama 15 minit dalam sebuah laman web pada 27 Mac, mengkritik Islam, dan ayat Qur’an digunakan dengan sewenang-wenangnya dan tidak mengikut konteks.

Ahli majlis perundangan Belanda Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan daripada paderi yang radikal dan menyebut surah Al-Quran dengan diselitkan imej serangan 11 Sept terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengeluar filem Belanda Theo van Gogh di Amsterdam street pada akhir tahun itu

Sedikit tentang sibangsat Geert Wilder. Beragama Roman Katholik dan pernah berjuang bersama tentera Israel. Si Bangsat ini pernah menyaran umat Islam negaranya supaya mengoyak Al Quran jika ingin menetap di Belanda. Juga pernah menyatakan bahawa sekiranya Nabi Junjungan kita masih hidup, baginda akan disenaraikan sebagai pengganas. Kenali Musuh anda !!!

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir semalam agar produk Belanda dipulaukan hanya mendapat perlian sinis daripada blog pro-zionis dan anti-Islamis seperti Jihad watch dan sebagainya.
Mereka berkata bahawa negara Belanda akan lebih kaya jikalau produk mereka di pulaukan oleh orang Islam kerana negara Eropah pula yang akan membeli produk mereka. Malah mereka memerli dengan mengatakan ekonomi mereka tidak terjejas dengan pemulauan produk ini kerana negara Islam adalah negara miskin. Denmark pernah mengalami kerugian USD 1.5 juta sehari kerana pemulauan barangan mereka.
Maka, marilah kita sama-sama melaksanakan kewajipan ini agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan yang sewajarnya.

Saya menyeru agar semua pembaca bersama-sama memboikot produk yang dihasilkan oleh Belanda

Posted in 1 | Leave a Comment »

Belanda Minta Hapuskan Al-Quran

Posted by offshoreman on April 10, 2008

Posted in 1 | Leave a Comment »

Selamatkah Kita?

Posted by offshoreman on March 5, 2008

utama_selamataman.jpg

Posted in 1 | Leave a Comment »

Gelombang BN di Kelantan Amat Hambar

Posted by offshoreman on February 26, 2008

Rata-rata para wartawan yang membuat liputan media sempena PRU 12 di Kelantan merasakan bahawa BN sudah menempah maut di Kelantan. Di dalam sessi taklimat media harian PAS, seorang wartawan dari Kuala Lumpur mengatakan kepada Dato’ Husam bahawa dia merasakan seolah-olah gelombang kebangkitan BN hanya mainan media di KL sebab bila di Kelantan, BN seorang hidup segan mati tidak mahu.

Bagaimanapun, Dato’ Husam dengan rendah diri berkata, PAS tidak akan terpedaya dengan gelombang tidak menjadi BN kerana PAS kenal sangat musuh tradisi rakyat itu. BN mempunyai kekuatan jentera dan stamina yang sukar ditandingi.

Sokongan media juga semakin melonjak-lonjak buat rakyat walaupun tulisan mereka dimasakkan pula di Kuala Lumpur.

Masalah sebenarnya hari ini, musuh BN di Kelantan dan di Malaysia bukan lagi PAS tetapi rakyat Malaysia yang selama ini senyap dari menyatakan pendirian politik mereka.

Bagi pembaca Kickdefella di Republic Ireland, Ireland Utara, Wales, England, Scotland, Jordan, Yaman, Canada, Amerika Syarikat dan New Zealand dan terpencil dari maklumat semasa di Kelantan, sila maklum bahawa kebangkitan rakyat Kelantan menentang Barisan Nasional begitu jelas sekali. Bagi pembaca Kickdefella di seluruh Malaysia, Kickdefella ingin menjemput anda bersama-sama menyertai kebangkitan rakyat di Kelantan. 

Pilihanraya 8 Mac bukan lagi soal PAS menentang BN tetapi pertarungan satu lawan satu antara rakyat menentang BN.

Sementara itu kepada Khairy Jamaluddin, sebentar tadi Dato’ Husam mengumumkan kepada media bahawa menjelang tarikh pilihanraya nanti, dia akan membongkar segala taktik dan strategi Khairy Jamaluddin untuk PRU 12 yang melanggar peraturan dan undang-undang negara. “90% maklumat itu kini sudah berada di tangan saya. Bersabarlah” kata Husam.

Sidang media hari ini juga turut disertai oleh seorang blogger dari Kuala Lumpur. 

Transkrip sidang media harian boleh diperolehi di www.globalmediachannel.tv. Videonya boleh disaksikan di youtube.

Posted in 1 | Leave a Comment »

Kisah Bakal Calon BN Kelantan

Posted by offshoreman on February 15, 2008

Inilah perangai YB dari wakil Islam Hadhari yang bersikap ‘mangkuk hayyun’ dalam persidangan DUN Kelantan tahun lepas.

Posted in 1 | Leave a Comment »

Kita yang ke-6 terbaik??Siapa Benar dan Siapa Tipu??

Posted by offshoreman on January 31, 2008

Kita yang Ke-6 Terbaik (Versi UTUSAN Malaysia)
Oleh Zulkifli Jalil & Hashinah AbdullahPUTRAJAYA 28 Jan. – Kecekapan kerajaan Malaysia semakin meningkat dan kini diletakkan sebagai yang keenam terbaik di dunia, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

  Perdana Menteri yang memetik laporan World Competitiveness Year Book yang dikeluarkan oleh IMD, sebuah institusi pengajian perniagaan terkemuka berpejabat di Switzerland, berkata, dari segi kecekapan Malaysia yang tergolong dalam kategori negara mempunyai lebih 20 juta penduduk mengatasi United Kingdom, Jerman, Thailand, Sepanyol, Jepun, Rusia dan Perancis.‘‘Di atas kita ialah China, Kanada, Amerika Syarikat, India dan Taiwan.

‘‘Bukan kita hendak bohong rakyat kerana kalau bohong, tidak lamalah kerajaan yang sedia ada ini lingkup. Jadi, tak usah fikir pasal gagal… kita tiada pilihan melainkan berjaya, berjaya, berjaya,” katanya.

Abdullah berkata demikian ketika menyampaikan amanat kepada 3,000 kakitangan awam pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kelapan (Mappa VIII) 2008 di sini hari ini.

Majlis itu juga disertai 226 pemimpin korporat daripada sektor swasta dan syarikat milik kerajaan (GLC). Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Dalam ucapan selama 80 minit, Perdana Menteri menyentuh pelbagai isu daripada persaingan ekonomi serantau, isu kecemerlangan dan kualiti, agenda membasmi kemiskinan dan kelancaran pembangunan koridor ekonomi.

Beliau turut memperkatakan pencapaian kerajaan pada tahun 2007 yang beliau sifatkan telah menunjukkan permulaan satu iltizam dan fokus baru bagi perkhidmatan awam.

Menurut Perdana Menteri, setelah beliau bercakap mengenai kedudukan Malaysia dalam laporan Doing Business Bank Dunia pada Mappa tahun lalu, Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) telah ditubuhkan.

‘‘Kini sektor awam bersama rakan-rakan sektor swasta dalam Pemudah bertekad dan berusaha untuk menambah baik persekitaran perniagaan negara, lalu melonjakkan kedudukan Malaysia ke tangga ke-10 teratas dalam laporan tersebut pada tahun lalu,” ujarnya.

Beliau berkata, pelbagai kejayaan turut dicapai perkhidmatan awam pada tahun lalu, antaranya penambahbaikan pusat sehenti dan keupayaan kerajaan melaksanakan pelarasan gaji untuk menjadikan sektor awam lebih menarik dan kompetitif.

‘‘Pada tahun lalu, kebanyakan bil bayaran kerajaan kepada pembekal barangan dan perkhidmatan berjaya dibayar dalam tempoh 14 hari. Daripada jumlah ini, 70 peratus daripada bayaran tersebut dilunaskan dalam tempoh tujuh hari.

‘‘Pencapaian ini jelas menunjukkan tahap kemampuan sektor awam,” katanya.

Justeru, Abdullah berkeyakinan penuh pada tahun ini seluruh kakitangan awam bersedia membawa usaha penambahbaikan tersebut ke tahap yang lebih baik.

‘‘Jika tahun 2007 merupakan titik permulaan, 2008 harus menjadi fasa pemerkasaan.

‘‘Mengulangi standard yang sudah dicapai bukan kecemerlangan. Peningkatan dalam standard dan pencapaian, hingga setaraf dengan mereka yang terbaik atau terbilang dalam kelasnya, itulah kecemerlangan,” katanya.

Dalam hubungan ini, Perdana Menteri mengingatkan bahawa negara-negara lain di Asia seperti China, India dan Vietnam tidak ‘berpeluk tubuh’ atau berdiam diri dalam mengejar pembangunan dan penambahbaikan.

Menurut beliau, negara-negara yang sudah membangun pula semakin mantap mempertahankan tahap daya saing masing-masing.

‘‘Oleh itu kita tidak boleh mudah berpuas hati. Sepanjang masa kita harus menokok tambah usaha-usaha yang lepas.

‘‘Kita harus meneruskan usaha sehingga mencapai standard kelas pertama dalam perkhidmatan awam,” katanya.

Abdullah mengingatkan kakitangan awam bahawa sistem penyampaian yang pantas dan cekap akan turut memberi manfaat sampingan termasuk berupaya menangani gejala rasuah.

‘‘Kalau kita lambat dalam membuat keputusan, misalnya, ia boleh mendorong kepada rasuah. Kerana konon nak cepat, mereka bayarlah. Walaupun gejala ini tidak banyak (terjadi) tetapi kita tidak mahu ia berlaku,” katanya.

Abdullah juga memuji sikap kakitangan awam sekarang yang semakin berani tampil membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) apabila mereka ditawarkan rasuah.

‘‘Ini satu sikap yang baik dan mesti diamalkan oleh semua kakitangan awam,” katanya.

Perdana Menteri turut meminta rakyat agar tidak membandingkan Malaysia dengan Singapura yang berbeza dalam semua segi termasuk dalam soal ekonomi.

‘‘Mereka anggur, kita epal… macam mana hendak bandingkan? Tidak boleh,” ujar beliau.

Sehubungan itu, Abdullah meminta kakitangan kerajaan agar jangan mempersia-siakan momentum perubahan penambahbaikan perkhidmatan awam khususnya dalam separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

‘‘Malah perhebatkanlah lagi usaha-usaha saudara-saudari supaya impaknya dapat dilihat dan dirasai.

‘‘Bagi tahun 2008, bertindaklah dengan tekun. Kertas-kertas mesyuarat harus mengutamakan tindakan, bukan ‘untuk perhatian’ sahaja.

‘‘Dan setelah berbincang atau bermesyuarat atau berbalas surat, bertindaklah dengan tekun. Biarlah keputusan dan tindakan mendahului kerja- kerja kita,” kata beliau. UTUSAN MALAYSIA

Untuk berita terkini sila lawati http://www.malaysiakini.com

Kedudukan daya saing negara, Anwar dakwa Abdullah berbohong (Versi HARAKAH)      
 
Wednesday, 30 January 2008
(Harakah) – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berbohong kepada rakyat mengenai kedudukan Malaysia dalam penilaian tahap kecekapan negara yang didakwa berkedudukan nombor enam di peringkat dunia.

Anwar yang mengadakan sidang medianya di pejabatnya di Petaling Jaya hari ini mendakwa kedudukan sebenar ialah pada tangga ke-23, dan baginya Abdullah telah membohongi rakyat. Turut hadir dalam sidang media itu ialah, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali dan Mustaffa Kamli Ayub serta pegawai-pegawai khas Anwar.Setakat ini prestasi terbaik kedudukan kecekapan kerajaan adalah pada tahun 1997 iaitu ditangga ke 17, selebihnya merudum, kata anwar.

Beliau juga sangsi dengan kesasihan fakta yang yang dikemukakan Abdullah itu dan kajian manakah yang diambilnya bagia menyokong dakwaan tersebut.

Sambil menyifatkan ia percubaan Abdullah dan kerajaan Umno/BN menutup kelemahan sedia ada, Anwar yakin ia adalah usaha terdesak kerajaan berhadapan dengan pilihan raya umum ini.

Sementara itu, dalam satu laporan akhbar hari ini Abdullah dilaporkan sebagai berkata, kecekapan kerajaan Malaysia semakin meningkat dan kini diletakkan sebagai yang keenam terbaik di dunia.

Perdana Menteri yang memetik laporan World Competitiveness Year Book yang dikeluarkan oleh IMD, sebuah institusi pengajian perniagaan terkemuka berpejabat di Switzerland, berkata, dari segi kecekapan Malaysia yang tergolong dalam kategori negara mempunyai lebih 20 juta penduduk mengatasi United Kingdom, Jerman, Thailand, Sepanyol, Jepun, Rusia dan Perancis.

“Di atas kita ialah China, Kanada, Amerika Syarikat, India dan Taiwan.

“Bukan kita hendak bohong rakyat kerana kalau bohong, tidak lamalah kerajaan yang sedia ada ini lingkup. Jadi, tak usah fikir pasal gagal… kita tiada pilihan melainkan berjaya, berjaya, berjaya,” katanya.

KEPUTUSAN : Click dibawah untuk melihat kebenaran

http://www.imd.ch/research/publications/wcy/upload/scoreboard.pdf

Posted in 1 | Leave a Comment »

Bila Pembangkang ‘Berkalau’..

Posted by offshoreman on January 28, 2008

 http://nahdah.wordpress.com

Bila Khairy Jamaluddin, seperti yang dilaporkan Bernama menasihatkan rakyat agar tidak terperdaya dengan politik ‘kalau’ pembangkang, maka saya sedikit celaru dan melihat ini satu bentuk ketakutan baru yang dialami pimpinan pemerintah.

Mutakhir ini, kelihatan pembangkang khususnya PAS dan KeADILan begitu agresif menyatakan komitmen mereka untuk mempermudahkan kehidupan rakyat Malaysia dengan menjanjikan penurunan kos sara hidup termasuklah pendidikan percuma, bekalan air percuma dan juga penurunan harga petrol termasuk barangan-barangan lain.

Dalam keadaan segenap lapisan rakyat mengeluh mengenai kos sara hidup yang begitu membebankan, pastinya jaminan di atas bukan sesuatu yang sukar difahami.

Tetapi melihat kepada budaya politik ‘kalau’ ini, saya fikir bukan sahaja pembangkang, pemerintah sendiri pun ‘berkalau’ di saat mereka menghenyak negeri Kelantan agar kembali diperintah mereka.

Lihat entri saya sebelum ini sebagai satu fakta sokongan. Demi memastikan kemenangan di Kelantan, mereka juga ‘berkalau’. Orang-orang Kelantan juga sudah mangli dengan ayat ‘berkalau’ di bawah:

“Kalau menang di Kelantan, Kelantan akan jadi Pusat Ketamadunan Islam.”

“Kalau menang di Kelantan, bayaran parking kereta di Kota Bharu akan jadi termurah di dunia.”

“Kalau menang di Kelantan, masjid akan dibina ibarat cendawan tumbuh di sekitar Kelantan.”

Budaya ‘berkalau’ ini adalah sifat semulajadi mana-mana parti politik dan politikus untuk memenangi sokongan rakyat. Mereka ‘berkalau’ untuk menyakinkan rakyat, supaya mereka memperoleh kuasa untuk merealisasikan fakta ‘berkalau’ tadi.

Maka tidaklah menjadi satu kesalahan buat pembangkang sekiranya mereka ‘berkalau’. Itu proses biasa dalam turun naik politik.

Kata Khairy:

Beliau berkata telah terbukti bahawa pembangkang yang tidak pernah mentadbir negara hanya mampu menabur janji kosong sedangkan tidak pernah cuba membantu menyelesaikan masalah rakyat terutama isu kenaikan harga minyak, harga barang dan kos pendidikan.

Memanglah pembangkang tidak pernah mentadbir negara, jadi tak salah rakyat beri ruang untuk mereka mentadbir sekali. Kalaulah betul pembangkang sekadar menabur janji kosong, apakah KJ lupa bahawa cuti 2 hari seminggu, cuti 90 hari buat wanita bersalin sebagaimana yang dilaksanakan kerajaan PAS Kelantan menjadi ikutan Pusat?

Pembangkang juga pernah melaungkan pendidikan percuma dalam Manifesto BA 2004, dan kelihatan ini diikuti pemerintah (walaupun percuma dari konteks slogan,perlaksanaan makin mahal!) sebagaimana yang diumumkan PM dalam Bajet 2008 September lepas. Ini membuktikan pembangkang boleh menyumbang idea, sekiranya ada ruang diberikan kepada mereka.

Kelihatan sekarang, apa sahaja yang ‘dikalaukan’ pembangkang, ia akan menjadi satu isu untuk diulas. Bila pembangkang ‘berkalau’ dalam isu penurunan harga petrol, mereka menyanggah negara akan bankrap. Bila pembangkang ‘berkalau’ untuk memberikan pendidikan percuma, mereka memandang sinis bahawa tidak ada yang patut diberi percuma. Bila pembangkang ‘berkalau’ dengan negara kebajikan, mereka menyinggung kononnya pembangkang akan memerintah Malaysia hanya sepenggal lantas negara terus bankrap.

Maka saya akhiri dengan hujah Tan Sri Khalid Ibrahim dalam ceramah beliau di Sungai Petani:

“Mahu beli kapal terbang untuk PM ke luar negara? Mahu beli kapal selam? Mahu naikkan gaji menteri? Mahu buat hospital? atau mahu buat sekolah untuk rakyat? Mana yang saudara akan pilih?

Saya tak fikir itu satu soalan yang sukar untuk dijawab kalau pembangkang terus ‘berkalau’.

Untuk berita terkini sila lawati laman web http://www.malaysiakini.com

Posted in 1 | Leave a Comment »

Pilihanraya Umum ke XII Mac ini?

Posted by offshoreman on January 25, 2008

 http://bigdogdotcom.wordpress.com/

Parti parti politik komponen Barisan Nasional (BN) semenjak enam bulan kebelakangan ini giat membuat perlbagai kursus untuk jentera pilihanraya mereka, termasuk latihan “dry run”. Difahamkan, semua parti parti politik komponen BN diberikan jadual akhir 25 Februari 2008 untuk menentukan bendera, banner dan sepanduk sedia ditempah dan cetak.

Setiausaha setiusaha Bahagian UMNO seluruh Negara juga sibuk menyediakan senarai bakal bakal calon, untuk diteliti oleh peringkat Perhubungan UMNO Negeri, sebelum dimajukan ke peringkat Ibu Pejabat UMNO agar senarai akhir ditimbangkan oleh pucuk pimpinan parti.

Proses mengemas kini jentera pilihanraya dan menyenarai pendek bakal bakal calon, samada diperingkat Perhubungan Negeri atau Bahagian mula menimbulkan ‘perebutan’, ‘pertembungan’ dan ketidak seragaman sehingga dibawa ke perhatian media, seperti apa yang berlaku diPerlis minggu lepas.

Baru baru ini Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak, merangkap Timbalan Pengerusi BN membuat kenyataan bahawa bakal bakal calon BN akan diteliti dan perhalusi untuk menentukan mereka bebas dari sebarang ‘kontroversi’ dan ‘skandal’, setelah timbul kontroversi seksual melibatkan Menteri Kesihatan Dato’ Seri Dr. Chua Soi Lek, merangkap Naib Presiden MCA. Cadangan ini disokong kuat Ketua Pemuda BN Dato’ Seri Hishamuddin Hussein.

BN kini dibawah ‘tekanan’ dan ‘tanggung jawab’ berat dan rumit untuk mengekalkan penguasaan 90% Dewan Rakyat, yang berjaya diperolehi Pilihanraya Umum ke XI 21 Mac 2004 semenjak pelbagai isu mengenai kelemahan dan kegagalan Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sepanjang empat tahun ini, walaupun ada poll menunjukan majoriti rakyat masih lagi kuat menyokong BN. Mengambil alih monopoli penguasaan Kelantan oleh PAS semenjak Pilihanraya Umum ke VIII 1990 merupakan salah satu agenda utama BN pusingan ini.

Pakatan Pembangkang juga memperhebatkan kempen mereka. Ini jelas dengan penglibatan pemimpin pemimpin mereka dalam pelbagai demonstrasi jalanan tanpa permit kebelakangan ini, lebih lebih lagi semenjak kekalahan teruk Pembangkang dalam empat pilihanraya kecil kebelakangan ini, terutama akibat permasalahan dalaman dan intra-Pembangkang itu sendiri. Pencaturan pemimpin Pembangkang untuk mencari ‘tapak’ dan ‘peranan’ sesuai juga makin teserlah.

Krisis peringkat global harga asas minyak mentah yang kini hampir mencecah USD 100.00 setong merupakan satu perkara yang amat perlu ditimbangkan Kerajaan BN. Ini kerana ‘tekanan’ untuk menaikan harga runcit bahan bakar hidrokarbon, yang sediada pada RM 1.92 se liter untuk petrol premium. Kali terakhir harga runcit dinaikan ialah Mac 2006 dan harga minyak mentah masa itu baru mencecah USD 60.00. Dianggarkan subsidi bahan bakar tahunan Negara kini berada pada RM 45 billion setahun dan Kerajaan tidak mampu bertahan lama dengan subsidi setinggi ini. Oleh demikian, harga runcit terpaksa dinaikan segera. Oleh itu, pilihanraya perlu diadakan segera sebelum harga runcit bahan bakar dinaikan kerana sebarang kenaikan akan ada kesan ’spiral’ meruncing kepada semua barangan dan perkhidmatan lain dan semestinya ini akan menjejaskan sokongan rakyat.

Kemungkinan besar Pilihanraya Umum ke XII Mac 2008 ini semakin jelas, memandangkan persediaan dan persiapan yang telah dan sedang dijalankan oleh parti parti politik komponen BN dan kesempatan cuti sekolah bermula 8 Mac 2008 (7 Mac bagi negeri negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu) adalah peluang terbaik kerana 10,000 sekolah sekolah merupakan pusat pembuangan undi paling utama seluruh negara.

Untuk berita terkini sila lawati laman web http://www.malaysiakini.com

Posted in 1 | Leave a Comment »