Drama Terkini PRU12 Siri4-RaSHIT Dan Pengundi Hantu
Posted by offshoreman on March 6, 2008
| Pembatalan penggunaan dakwat sahkan dakwan PAS wujudnya operasi pengundi hantu |
| Roy Rasul |
|
| KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh) – PAS menyifatkan pengumuman Pengerusi Surahanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman semalam, membatalkan penggunaan dakwat semasa pengundian mengesahkan dakwaan PAS wujudnya operasi khas pengundi hantu.
Setiusaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir Dato’ Mohd Shahir berkata pembatalan tersebut juga mengesahkan dakwaan PAS wujudnya konspirasi Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama erat SPR dan agensi kerajaan yang lain untuk memenangkan BN secara tidak demokratik. Katanya dalam sidang media pilihan raya ke-12 di Pejabat Agung PAS, dekat sini hari ini, sekiranya dilaksanakan, penggunaan dakwat akan menghalang pengundi daripada mengundi lebih dari sekali. Tambahan pula katanya sekarang ini BN berada dalam keadaan sangat terdesak atas laporan perisikan yang memberi maklumat bahawa sokongan semasa rakyat memihak kepada pembangkang di merata tempat terutamanya di Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Selangor. “Jadi mereka terpaksa menggunakan apa cara sekalipun untuk memastikan keputusan yang lebih baik untuk mereka,” dakwanya. Katanya, lebih daripada itu, BN juga sedang berusah keras untuk menawan semula Kelantan dan mempertahankan Terengganu daripada jatuh semula ke tangan PAS. “Seperti mana didakwa PAS sebelum ini, BN merancang untuk menjalankan satu penipuan besar-besaran dalam pilihan raya ini dengan kerjasama SPR dan ejensi-ejensi kerajaan yang lain. “secara ringkasnya rancangan tersebut adalah untuk membolehkan kumpulan pengundi tertentu dapat mengundi di atas nama pendaftar pemilih orang lain dengan menggunakan kap pengenalan palsu dan sebahagian pasukan tersebut akan mengundi lebin daripada sekali di beberapa tempat,” katanya. BN katanya sedar penggunaan dakwat akan menyukarkan pelaksaan operasi tersebut. Maka katanya, seperti diduga SPR membatalkan pelaksanaan penggunaan dakwat tersebut bagi membantu BN. Malah katanya, alasan yang diberikan SPR bahawa penggunaannya akan mengganggu ketenteraman dan keselamatan awam amat melucukan dan tidak masuk akal sama sekali. “Bagaimana mungkin satu sistem pengesahan pengundian yang sangat penting dibatalkan atas alasan risiko penipuan yang terpencil dan belum pernah dibuktikan. “Sedangkan penipuan-penipuan yang didedahkan pelbagai pihak selama ini yang betul-betul berlaku tidak pernah diambil apa-apa tindakan oleh SPR,” katanya. Sehubungan itu katanya, keputusan SPR itu merupakan ancaman kepada keadilan sistem pilihan raya di Malaysia dan sangat memalukan negara di mata dunia. Katanya tindakan tersebut akan dikecam bukan saja parti-parti yang bertanding malah semua badan pejuang demokrasi dan keadilan pilihan raya. Dalam pada itu, katanya, yang anehnya sesi pengumuman pembatalan penggunaan dakwat tersebut dihadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail. “PAS melihat tindakan terdesak itu akan menambah kebencian dan hilang keyakinan rakyat terhadap BN. “PAS percaya rakyat akan melihat dengan lebih jelas betapa rendahkanya kredibiliti kerajaan dalam menjaga keutuhan sistem demokrasi negara dan dalam menjunjung kebebasan rakyat untuk membuat pilihan,” katanya |