Drama Terkini PRU12 Siri3-Si Tua Penipu
Posted by offshoreman on March 6, 2008
| SPR cipta fitnah bagi halalkan pengundi hantu |
| Adnan Ibrahim |
|
| KUALA TERENGGANU, 5 Mac (Hrkh) – Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) sangat licik menimbulkan fitnah bagi menghalalkan dan memudahkan tindakan BN membawa masuk pengandi hantu ke Terengganu dan Kelantan, kata Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.
Sehubungan itu beliau mahu Pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman membuat laporan polis dan menjadi tanggungjawab polis dan kastam menangkap penyeludupan terutama mereka yang mahu mengagalkan usaha baik SPR itu. “Tetapi apa yang kita lihat ia hanya kenyataan licik Rashid yang tidak serik melakukan pembohongan dan fitnah. Rashid di hujung kariernya cukup jahat. Beliau akan meninggalkan jawatan dengan nama yang sangat dikutuk rakyat. Beliau sudah tidak boleh bertindak adil. Membiarkan dirinya diperguna sepenuhnya oleh BN,” ujarnya. Beliau yang dihubungi di sini berkata demikian mengulas kenyataan Rashid yang sengaja berpakat dengan BN untuk membatalkan penggunaan dakwat pada jari pengundi. Sementara itu Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata: “Kemungkinan ada tindakan daripada pihak-pihak tertentu yang boleh menimbulkan keributan dan boleh berlakunya kemungkinan orang yang hendak mengundi tak dapat mengundi disebabkan kukunya telah diletakkan dakwat ini.” Menurut Mohamad Sabu, kalau penyeludupan itu tidak boleh dikawal bagaimana manifesto BN berkata ‘Negara Selamat’ |