OFFSHOREMAN

WORK.ENERGY.POWER

Archive for March, 2008

Raja Nazrin: Iktibar kejatuhan pemimpin

Posted by offshoreman on March 21, 2008

Sumber: Malaysia Kini

Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah meminta pemimpin negara ini supaya mengambil pengajaran dan iktibar daripada punca kejatuhan empayar, kerajaan malahan raja dan pemimpin, antaranya kerana kehilangan pedoman apabila berada dalam kegembiraan dan keasyikan memiliki kuasa.

raja nazrin perak regentBaginda bertitah, melalui sejarah, umum mengetahui ramai telah diberi peluang untuk menjadi pemimpin, namun hanya segelintir sahaja individu yang muncul sebagai pemimpin yang berjaya mencipta sejarah dan membina tamadun bangsa.
    
“Keadaan ini berlaku kerana ramai yang ketika diberi peluang untuk memimpin kehilangan pedoman apabila berada dalam kegembiraan dan keasyikan memiliki kuasa.
    
“Ada antaranya yang terleka, ada yang tersalah haluan, ada yang tersalah diberi nasihat, ada yang tersalah langkah dan ada yang tersalah perkiraan.
    
“Demikian terdapat himpunan sejarah berkaitan kepimpinan dan pemimpin yang sewajibnya dijadikan asas rujukan untuk ummah hari ini mempelajari dari kesalahan dan menjauhi dari mengulangi kesilapan yang sama,” titah baginda di majlis sambutan Maulidur Rasul dan penyampaian hadiah hafazan peringkat negeri Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Darul Ridzuan di Ipoh hari ini.

Menurut Bernama, Raja Dr Nazrin bertitah seorang pemimpin bertanggungjawab dalam menentukan arah haluan pengikutnya dan bertanggungjawab kepada mereka yang berada di bawah pimpinannya.
    
“Memimpin adalah satu tanggungjawab yang perlu disempurnakan secara amanah,” titahnya.
    
Baginda bertitah sebagai pemimpin yang beragama Islam, pemimpin itu perlu menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai sumber rujukan utama dalam mendapatkan panduan dan bimbingan untuk memerintah.

Bukan sekadar ritual

    
“Sebagai pemimpin, Nabi Muhammad S.A W memiliki kelebihan, memiliki keistimewaan, mendapat panduan dan bimbingan secara langsung dari Ilahi.

“Panduan dan bimbingan Ilahi itu terkandung di dalam kitab suci al-Quran. Perilaku dan sabda Baginda pula terkandung dalam himpunan Hadis yang telah berjaya dikumpulkan,” titahnya.
    
Raja Dr Nazrin bertitah Islam menetapkan sebagai pemimpin seseorang itu perlulah memiliki sifat-sifat amanah, merendah diri, jujur, ikhlas, berdisiplin, berkorban dan komited, selain gerun kepada Allah serta menyedari sentiasa dinilai oleh para pengikutnya.
    
“Kepimpinan yang mengutamakan ummah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W telah menarik sokongan ummah kepada Baginda, begitu juga terhadap ajaran yang dirisalahkan oleh Baginda.

“Hasilnya ajaran Islam berkembang pesat dalam tempoh yang begitu singkat menembusi sempadan budaya, menembusi sempadan geografi dan menembusi sempadan politik.

“Islam diterima secara universal dan tidak hanya terbatas menjadi agama kepada bangsa Arab, di bumi Arab sahaja.

“Kepimpinan Baginda juga diterima di alam sejagat dan terus diiktiraf setelah Baginda wafat sekian lamanya,” titahnya.
    
Raja Dr Nazrin turut memperingatkan agar acara-acara sambutan Maulidul Rasul yang dijalankan saban tahun tidak sekadar bercorak ‘ritual’ atau secara rutin sahaja, tetapi sebaliknya perlu memberikan impak kepada masyarakat.
    
“Setiap acara sambutan yang dianjurkan, melibatkan masa, melibatkan usaha, melibatkan tenaga dan melibatkan perbelanjaan.

“Oleh itu acara sambutan yang dianjurkan hendaklah memperlihatkan hasil serta bersifat produktif hendaknya,” titahnya.
    
Sempena sambutan Maulidur Rasul, baginda turut menyeru umat Islam supaya sentiasa bermuhasabah untuk menjadi umat yang terbaik.
    
“Mulakanlah bermuhasabah ke atas diri sendiri dan keluarga kerana disitulah bermulanya asas-asas kecemerlangan.

“Hayatilah kehidupan Rasulullah SAW sebagai panduan untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat,” titahnya.

Posted in Malaysiaku | Leave a Comment »

Khairy Punca BN Tewas Mengejut?

Posted by offshoreman on March 21, 2008

Sumber: MalaysiaKini

Najib menang dengan 26,000 undi dan jumlah ini lebih banyak daripada 2004 ketika BN sangat, sangat popular. Sebaliknya, Pak Lah – yang mempunyai majoriti 18,000 undi sebelumnya – kini hanya berjaya mendapat 11,000. Kenyataannya, dia telah hilang banyak undi. Dan tidak banyak pemimpin yang berjaya meningkatkan majoriti sejak 2004.Transkrip sidang media Tun Dr Mahathir Mohamad:

Adakah Tun terperanjat dengan keputusan (pilihanraya semalam)?

Mahathir: Saya rasa ia memang menggemparkan. Walaupun saya menjangkakan BN akan kalah tetapi saya tidak fikir mereka boleh tumbang di lima negeri.

Saya minta maaf, saya salah pilih Pak Lah. Saya tidak sangka seseorang Perdana Menteri boleh menukar semua dasar sebuah kerajaan. Jadi saya fikir masyarakat seluruhnya mesti rasa sangat-sangat marah. Ketiga-tiga kaum, Cina, Melayu dan India semuanya memberi reaksi.

Apakah Tun akan menekan Pak Lah agar meletakkan jawatan?

Saya rasa dia patut memikul tanggungjawab (atas kekalahan) ini. Macam tahun 2004, ketika mendapat majoriti besar, kemenangan itu digambarkan kerana dirinya 100 peratus. Sekarang dia harus terima 100 peratus tanggungjawab itu.

Apa maksud Tun mengambil tanggungjawab?

Dia telah memusnahkan Umno, merosakkan BN. Dan dia harus bertanggungjawab atas kekalahan teruk ini.

Jika dia enggan mengambil tanggungjawab, apakah anda fikir Umno akan memastikan dia melepaskan jawatan?

Saya fikir orang Umno di peringkat akar umbi sangat takut pada lelaki ini. Ketika saya (memimpin) dulu, mereka boleh mencabar saya. Tapi kali ini saya sendiri tidak dibenarkan bercakap. Saya diundang berucap di depan ahli-ahli Umno tetapi semuanya terpaksa dibatalkan. Mereka kata, polis meminta mereka membatalkannya.

Apabila anda kata (dia harus) ‘meletakkan jawatan’, apakah anda maksudkan (presiden) Umno atau Perdana Menteri?

Saya fikir dia patut (letak jawatan). Kalau orang Jepun, dia sudah lakukan ‘hara-kiri’. Saya fikir pencapaian Najib (Razak) bagus. Dia telah menang dengan menakjubkan, lebih baik berbanding 2004.Apakah yang anda fikir penyebab kekalahan ini?

Saya fikir menantunya (Khairy Jamaluddin) ada peranan besar.

khairy jamaluddinAnak muda ini yang tidak pernah mencapai apa-apa sebelumnya tetapi jelas Perdana Menteri lebih bersedia mendengar daripadanya berbanding polis, anggota Cawangan Khas dan angkatan tentera, yang lebih dekat dengan masyarakat akar umbi.

Mereka terlalu percaya pada laporan akhbar mereka sendiri sehingga mereka tidak dapat mendengar (sumber-sumber) yang lain. Mereka membuang apa sahaja yang mereka tidak gemar.

Apakah anda fikir masa untuk mengadakan pilihanraya ini (tidak sesuai) salah perhitungan?

Ia bolehlah disebut salah perhitungan tetapi saya ragu-ragu jika mereka menangguhkan tahun depan, keputusannya akan berlainan.

Apakah isu-isu yang mendorong tumbangnya negeri-negeri itu?

Banyak isu yang menyebabkan perasaan orang ramai, walaupun ada pertumbuhan ekonomi, mereka tidak rasa apa-apa (nikmat).

Mereka rasa kenaikan kos sara hidup satu faktor besar. Mereka juga nampak bahawa kerajaan kini ditadbir oleh satu keluarga sahaja. Apabila keutamaan keluarga melebihi kabinet, kerajaan, maka orang akan menentangnya.

Apakah anda fikir kerosakan ini akan kekal bersama BN?

Semuanya boleh diubah jika anda buat sesuatu dengan baik. Mereka menjadi begitu bongkak sehingga mereka menutup semua pandangan lain yang mereka tidak suka dan percaya pada laporan mereka sendiri yang tidak sejajar dengan apa yang sebenarnya terjadi dalam negara.

Dengan kejayaan pembangkang menembusi banyak lagi negeri-negeri, apakah yang akan terjadi?

Akan wujud ketidakstabilan untuk seketika. Jika pembangkang pandai, mereka boleh memperbaiki keadaan itu.

Apakah anda fikir Anwar Ibrahim masih lagi relevan?

anwar ibrahimSaya fikir dia masih lagi relevan tetapi dia tidak akan menjadi perdana menteri di negara ini.

Jika anda berada di tempat Pak Lah, apakah anda akan tergesa-gesa untuk menubuhkan kerajaan?

Saya akan mengambil tanggungjawab. Jika orang minta saya meletakkan jawatan, saya akan letak.

Selepas ketewasan teruk ini, apakah anda fikir BN masih mampu memperbaiki keadaan ini?

Masih ada harapan. Tetapi sama ada pemimpin-pemimpin bertekad untuk memperbaiki BN adalah persoalan lain.

Siapakah yang patut menggantikan Pak Lah?

najib tun razak 03Najib menang dengan 26,000 undi dan jumlah ini lebih banyak daripada 2004 ketika BN sangat, sangat popular. Sebaliknya, Pak Lah – yang mempunyai majoriti 18,000 undi sebelumnya – kini hanya berjaya mendapat 11,000.

Kenyataannya, dia telah hilang banyak undi. Dan tidak banyak pemimpin yang berjaya meningkatkan majoriti sejak 2004.

Benar, menantunya menang (di Rembau) tetapi dia hanya menang dengan majoriti kecil, lebih rendah daripada sebelumnya. Dia juga bertanding di kerusi yang selamat.

Bagaimana memperbaiki Umno?

Orang yang bertanggungjawab harus undur.

Jika orang Melayu tidak mengundi pembangkang, kekalahan teruk ini tidak akan terjadi. Kenapa boleh wujud gejala penyokong Umno memilih pembangkang kali ini?

Mereka fikir mereka kini dalam tekanan. Inflasi meningkat. Kehidupan mereka ala kadar. Semua tahu bahawa anda boleh cakap (bahawa) pertumbuhan (ekonomi) kini 6 peratus tetapi di mana 6 peratus ini di badan mereka? Mereka terpaksa membayar lagi.

Saya telah cakapkan perkara ini kepada Malaysiakini. Apabila anda berkata 6 peratus, ia hanya ukuran purata. Ia boleh dicapai apabila seseorang memiliki peratusan yang tinggi tetapi orang lain tidak mendapat apa-apa. Anda tidak boleh menunjukkan perangkaan jenis ini dan kemudian berharap orang ramai akan mengundi anda.

Seseorang yang cerdik akan tahu bahawa ia (statistik) tidak betul. Mereka yang tidak faham semua perangkaan ini, akan berpandukan apa yang sebenarnya dialami mereka. Apa yang mereka hadapi ialah kos sara hidup yang semakin tinggi dan tingkat kehidupan mereka makin rendah.

Jika kita tengok (sejarah) pilihanraya umum 1969, selepas Perikatan (kini BN) tewas, anda termasuk dalam golongan yang mendesak Perdana Menter (Tunku Abdul Rahman) melepaskan jawatannya kepada timbalannya (Tun Abdul Razak Hussein)

Saya dalam keadaan dilema kerana saya masih lagi ahli Umno.

Apakah anda akan menjadi pendesak lagi?

Saya akan terus bercakap. Jika orang tanya, saya akan berikan pendapat saya. Dan pandangan saya dalam perkara ini ialah orang yang bertanggungjawab harus berundur.

Melihat barisan pemimpin BN sekarang, apakah anda fikir kerajaan BN boleh mengurus ekonomi?

Tidak, saya tidak fikir mereka boleh mengurusnya. Walaupun mereka mempunyai ramai orang dan banyak wang, mereka tidak dapat berbuat apa-apa.

Kenapa?

Anda kena tanya pemimpin-pemimpin di negeri.

Pulau Pinang telah jatuh ke tangan DAP, bagaimanakah keadaan ini memberi kesan kepada Melayu?

Ia bukan hanya di Pulau Pinang. Jika kita hendak membaikinya, kita mesti mempunyai pemimpin-pemimpin Melayu, kita memang ada kerajaan Melayu dan warga Melayu mestilah tahu bagaimana mengatasi masalah mereka.

tengku razaleigh 02Apakah yang pemimpin veteran seperti Tengku Razaleigh (Hamzah) boleh buat untuk membantu Umno, setakat kini?

Mereka boleh memberi idea.

Apakah ia untuk melawan dan memaksa Pak Lah meletakkan jawatan?

Saya tidak bercakap soal pemberontakan tetapi (kita) mesti beri tekanan. Dan jika tekanan itu diabaikan oleh Pak Lah, maka ia akan menjadikan perkara ini suatu ketegangan.

Apakah anda fikir kemenangan besar itu akibat dorongan Anwar?

Saya tidak fikir kerana dia. Saya fikir keinginan (mereka) menentang BN lebih kuat daripada (mereka) menyokong pembangkang.

Mereka (pengundi) tiada pilihan. Jika anda tidak memilih BN, siapa lagi yang anda pilih? Hanya ada dua calon. Jadi anda memangkah calon pembangkang atau anda langsung tidak membuang undi. Kedua-duanya (keadaan ini) menyebabkan BN hilang banyak sokongan.

Orang kata Umno masih takutkan Pak Lah. Jadi bagaimana mereka boleh menekan Pak Lah agar berundur?

Saya yakin akan ada beberapa anggota yang berani di luar sana.

Apakah ada pilihan lain bagi Pak Lah selain melepaskan jawatan?

abdullah ahmad badawi pak lah 110907Saya tidak fikir ada pilihan lain. Seseorang yang bertanggungjawab 100 peratus harus menunjukkan bahawa dia sedia bertanggungjawab.

Ada orang kata jika majoriti dua pertiga BN dinafikan, peristiwa 13 Mei akan berulang. Kenapa ia tidak terjadi sekarang?

Tidak, saya tidak fikir ia akan berulang. Polis juga sangat berhati-hati, melarang orang berdemonstrasi dan jangan berarak.

Pada 1969, polis memberi keizinan kepada pembangkang menganjurkan perarakan kemenangan. Dan mereka bergerak ke Kampung Baru dan mula menghina orang-orang di situ, yang tentunya akan dibalas. Ia berakhir dengan rusuhan.

Jika polis terus bertegas dengan demonstrasi dan perarakan, saya tidak fikir akan wujud apa-apa masalah.

Apakah ini waktunya menghapuskan politik perkauman?

Saya katakan, ini (penolakan pada BN) melibatkan semua kaum. Bukan Cina sahaja tolak BN atau semua India tolak BN. Dalam kes ini, anda lihat Cina, India dan Melayu menolak BN kecuali di Sabah dan Sarawak.

Umno masih mengekalkan banyak kerusi berbanding parti-parti komponen seperti MIC dan MCA. Apakah mereka sanggup mendesak Pak Lah meletakkan jawatan?

Itu terpulang pada mereka sama ada mahu menekan atau tidak tetapi konsep BN masih relevan. Jika tidak ada (presiden MIC) Samy Vellu, maka cari seorang lagi Vellu.

Boleh ulas tentang Zam (Zainuddin Maidin)?

zainuddin maidinDia menang atau kalah? [ada orang jawab "kalah"] Oh, dia kalah. Cara dia berkempen sangat kelakar, memberitahu orang supaya tengok muka dia dan menunjukkan pada mereka bagaimana ia (muka Zam) tidak pernah berubah-ubah. Tetapi saya fikir, muka yang tidak berubah-ubah akan menyebabkan orang jemu. Kadang-kadang anda mesti ketawa, kadang-kadang anda kena menangis.

Dia beritahu semua orang “Ini muka tak bertukar, tak bertukar” [Zainuddin berkempen dengan menyindir politik Anwar yang sering berubah-ubah]. Siapa yang berminat tengok muka dia? Jika dia Britney Spears, lainlah …

Jika anda mengalami ketewasan yang sama, apakah anda juga letak jawatan?

Ya, saya akan undur jika itulah kehendak orang ramai. Saya selalu tunduk pada hasrat orang ramai, sehinggakan ramai yang pernah menentang saya dimasukkan semula sebagai anggota kabinet, dan mereka itu termasuklah Pak Lah, Syed Hamid (Albar), Rais Yatim dan (Abdul) Kadir Sheikh Fadzil. Ini semua (pemimpin) pernah menentang saya.

Tetapi apabila Pak Lah dipilih sebagai naib presiden, saya tidak boleh (melantiknya) seperti yang dikehendaki Umno. Jadi, saya lantiknya kembali dalam kabinet.

Tetapi anda tidak meletakkan jawatan pada 1999?

Saya tidak letak jawatan sebab kita menang dua pertiga. Kita menang dengan sokongan penuh Cina. Ya, kita tewas di Terengganu dan Kelantan tetapi kita selalu kalah di Kelantan, dan (kita tewas) Terengganu kerana sebab-sebab khusus.

Apakah BN tewas kerana ramai pemimpin seperti Samy Vellu yang bergayut pada kuasa terlalu lama?

samy vellu  010307Saya fikir Samy Vellu turut menjadi penyebab utama ketewasan itu. Ketika dia dalam BN, dia tidak benarkan orang MIC sampai ke peringkat setinggi dia. Jika mereka menang sebagai timbalan atau naib presiden, mereka akan disingkirkan dan malah dibuang dari parti.

Dan dia tidak benarkan parti-parti lain kaum India menyertai BN. (MG) Pandithan cuba sertai, merayu pada saya untuk membenarkannya dan saya bersetuju tetapi kita dalam BN ada kata sepakat bahawa jika ada satu parti tidak bersetuju, kita tidak boleh menerimanya.

Apakah anda terkejut dengan kemenangan (tahanan ISA) M Manoharan?

Ia pernah berlaku pada 1959 atau apakah itu tahun 1964, apabila PAS masuk ke kampung-kampung dengan membawa kasut calon dan dia boleh menang.

Apakah pandangan anda tentang peranan media, khususnya media arus perdana, dalam kempen (BN) ini? Apakah anda fikir ia patut diubah?

Memang patut diubah. Mereka patut melaporkan apa yang sebenarnya berlaku dan melakukan analisis yang betul. Dulu, media berupaya memberikan maklum balas kepada saya tentang apa yang berlaku di bawah. Mungkin apabila mereka bercakap tentang isu kaum dan seumpamanya, saya akan menutup (media), seperti saya buat pada 1987.

Patutkah semua ketua atasan akhbar-akhbar ini meletakkan jawatan?

Mereka sendiri ada batasannya. Sebahagiannya kawan saya dan penyokong saya juga dan mereka memohon maaf kerana tidak mampu membantu. “Ini semua angkara Kali. Kali ini,” cerita mereka pada saya.

Apakah Umno makin tidak relevan?

Untuk masa ini, ya. Ia tidak selalunya begitu. Jika Umno memberikan khidmatnya pada negara, dan menjaga semua kaum, maka Umno akan menjadi relevan semula.

Apakah ulasan Tun tentang calon-calon muda BN yang tewas?

khairy jamaluddinMemang ada khabar-khabar angin bahawa sebahagian calon-calon ini (orang) Khairy dan bahawa dia mahu menjadi perdana menteri.

Apakah anda fikir pemimpin-pemimpin komponen BN yang lain patut meletakkan jawatan?

Saya rasa sudah ada seorang pemimpin yang tewas. Untuk kes (presiden MCA) Ong Ka Ting, terpulang kepadanya. Keputusan itu terlalu teruk padanya dan MCA dan ia tidak pernah seburuk ini.

Semua orang kata PAS dan DAP tidak boleh bekerjasama tetapi jika mereka gagal bekerjasama di Selangor dan Perak, mereka tidak boleh membentuk kerajaan negeri. Apakah komen anda?

Jika mereka kerja bersama, mereka boleh membentuk kerajaan negeri. Jika tidak, maka wakil-wakil Umno – jika mereka cukup – boleh membentuk kerajaan minoriti. Tetapi ia akan menjadi kerajaan yang goyang.

Apakah anda sedih melihat keputusan itu?

Ya, walaupun saya sangat berharap satu mesej telah disampaikan kepada kerajaan.

Apakah anda berminat aktif kembali dalam politik?

Saya tidak akan kembali bergiat dalam politik tetapi jika mereka meminta nasihat, saya boleh beri. Bagaimana saya hendak kembali kerana apabila saya melepaskan jawatan, mereka layan saya seperti seorang pariah.

Posted in Malaysiaku | Leave a Comment »

Drama Terkini PRU12 Siri4-RaSHIT Dan Pengundi Hantu

Posted by offshoreman on March 6, 2008

Pembatalan penggunaan dakwat sahkan dakwan PAS wujudnya operasi pengundi hantu
Roy Rasul
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh) – PAS menyifatkan pengumuman Pengerusi Surahanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman semalam, membatalkan penggunaan dakwat semasa pengundian mengesahkan dakwaan PAS wujudnya operasi khas pengundi hantu.

Setiusaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir Dato’ Mohd Shahir berkata pembatalan tersebut juga mengesahkan dakwaan PAS wujudnya konspirasi Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama erat SPR dan agensi kerajaan yang lain untuk memenangkan BN secara tidak demokratik.

Katanya dalam sidang media pilihan raya ke-12 di Pejabat Agung PAS, dekat sini hari ini, sekiranya dilaksanakan, penggunaan dakwat akan menghalang pengundi daripada mengundi lebih dari sekali.

Tambahan pula katanya sekarang ini BN berada dalam keadaan sangat terdesak atas laporan perisikan yang memberi maklumat bahawa sokongan semasa rakyat memihak kepada pembangkang di merata tempat terutamanya di Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Selangor.

“Jadi mereka terpaksa menggunakan apa cara sekalipun untuk memastikan keputusan yang lebih baik untuk mereka,” dakwanya.

Katanya, lebih daripada itu, BN juga sedang berusah keras untuk menawan semula Kelantan dan mempertahankan Terengganu daripada jatuh semula ke tangan PAS.

“Seperti mana didakwa PAS sebelum ini, BN merancang untuk menjalankan satu penipuan besar-besaran dalam pilihan raya ini dengan kerjasama SPR dan ejensi-ejensi kerajaan yang lain.

“secara ringkasnya rancangan tersebut adalah untuk membolehkan kumpulan pengundi tertentu dapat mengundi di atas nama pendaftar pemilih orang lain dengan menggunakan kap pengenalan palsu dan sebahagian pasukan tersebut akan mengundi lebin daripada sekali di beberapa tempat,” katanya.

BN katanya sedar penggunaan dakwat akan menyukarkan pelaksaan operasi tersebut.

Maka katanya, seperti diduga SPR membatalkan pelaksanaan penggunaan dakwat tersebut bagi membantu BN.

Malah katanya, alasan yang diberikan SPR bahawa penggunaannya akan mengganggu ketenteraman dan keselamatan awam amat melucukan dan tidak masuk akal sama sekali.

“Bagaimana mungkin satu sistem pengesahan pengundian yang sangat penting dibatalkan atas alasan risiko penipuan yang terpencil dan belum pernah dibuktikan.

“Sedangkan penipuan-penipuan yang didedahkan pelbagai pihak selama ini yang betul-betul berlaku tidak pernah diambil apa-apa tindakan oleh SPR,” katanya.

Sehubungan itu katanya, keputusan SPR itu merupakan ancaman kepada keadilan sistem pilihan raya di Malaysia dan sangat memalukan negara di mata dunia.

Katanya tindakan tersebut akan dikecam bukan saja parti-parti yang bertanding malah semua badan pejuang demokrasi dan keadilan pilihan raya.

Dalam pada itu, katanya, yang anehnya sesi pengumuman pembatalan penggunaan dakwat tersebut dihadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail.

“PAS melihat tindakan terdesak itu akan menambah kebencian dan hilang keyakinan rakyat terhadap BN.

“PAS percaya rakyat akan melihat dengan lebih jelas betapa rendahkanya kredibiliti kerajaan dalam menjaga keutuhan sistem demokrasi negara dan dalam menjunjung kebebasan rakyat untuk membuat pilihan,” katanya

Posted in Malaysiaku | Leave a Comment »

Drama Terkini PRU12 Siri3-Si Tua Penipu

Posted by offshoreman on March 6, 2008

SPR cipta fitnah bagi halalkan pengundi hantu
Adnan Ibrahim 
KUALA TERENGGANU, 5 Mac (Hrkh) – Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) sangat licik menimbulkan fitnah bagi menghalalkan dan memudahkan tindakan BN membawa masuk pengandi hantu ke Terengganu dan Kelantan, kata Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.

Sehubungan itu beliau mahu Pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman membuat laporan polis dan menjadi tanggungjawab polis dan kastam menangkap penyeludupan terutama mereka yang mahu mengagalkan usaha baik SPR itu.

“Tetapi apa yang kita lihat ia hanya kenyataan licik Rashid yang tidak serik melakukan pembohongan dan fitnah. Rashid di hujung kariernya cukup jahat. Beliau akan meninggalkan jawatan dengan nama yang sangat dikutuk rakyat. Beliau sudah tidak boleh bertindak adil. Membiarkan dirinya diperguna sepenuhnya oleh BN,” ujarnya.

Beliau yang dihubungi di sini berkata demikian mengulas kenyataan Rashid yang sengaja berpakat dengan BN untuk membatalkan penggunaan dakwat pada jari pengundi.

Sementara itu Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata: “Kemungkinan ada tindakan daripada pihak-pihak tertentu yang boleh menimbulkan keributan dan boleh berlakunya kemungkinan orang yang hendak mengundi tak dapat mengundi disebabkan kukunya telah diletakkan dakwat ini.”

Menurut Mohamad Sabu, kalau penyeludupan itu tidak boleh dikawal bagaimana manifesto BN berkata ‘Negara Selamat’

Posted in Malaysiaku | Leave a Comment »

Drama Terkini PRU12 Siri2-Lakonan Baru RaSHIT

Posted by offshoreman on March 6, 2008

SPR jangan bodohkan rakyat dengan alasan tidak logik – Husam
Abdul Halim Mohd Rashid
KOTA BHARU, 5 Mac (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa menyifatkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan penggunaan dakwat kekal pada kuku dan jari dalam pilihan raya umum kali ini boleh dianggap bertujuan memudahkan Barisan Nasional (BN) melaksanakan pengundian bertindih.”SPR membuka jalan kepada BN untuk menang dengan cara yang sangat terdesak – membolehkan BN menggunakan apa jua cara untuk melintasi halangan kebangkitan rakyat,” katanya.Beliau mengingatkan SPR supaya jangan memperbodohkan rakyat dengan alasan “yang sangat tidak logik”.

“Rakyat India boleh faham, takkan rakyat Malaysia di bawah kerajaan cemerlang, gemilang dan terbilang tak reti. Rakyat semakin cerdik, jangan diperbodohkan,” katanya.

Bagi beliau, kalaupun benar dakwaan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman kononnya empat individu yang dikatakan sudah membeli dakwat khas dari luar negara untuk dicalit pada kuku pengundi sebelum hari pengundian, penggunaan dakwat kekal itu tidak sepatutnya dibatalkan.

“Kalau ada sekeping duit palsu, takkan bakar semua duit,” katanya.

Sambil menyifatkan dakwaan kononnya ada pihak yang telah membeli dakwat khas dari luar negara sebagai imaginasi liar, Husam mempersoalkan mengapa SPR tidak memikirkan kemungkinan tersebut sebelum ini.

“Dulu tak fikir. Beli dakwat berjuta-juta, baru fikir. Macam (keputusan) membina jambatan bengkok (ke Singapura),” katanya.

Ketika ditanya apakah kejutan SPR yang seterusnya selepas pembatalan penggunaan dakwat kekal itu, Husam sekadar menjawab: “Mereka memerlukan viagra”.

Posted in Malaysiaku | Leave a Comment »

YB Islam ‘Hadhari’ vs YB Islam Sebenar

Posted by offshoreman on March 5, 2008

ybygbermaksiat_1.jpgybygberkhidmat_1ybh.jpgybygberdengkurlena_1.jpgybygbertegursapa_1.jpg1mengangkasakanbangsa.jpg

Posted in Malaysiaku | Leave a Comment »

Masihkah kau Ingat-Siri 1

Posted by offshoreman on March 5, 2008

Niat Jahat UMNO Terdedah
Oleh : Tun Telanai
DiPetik daripada Laman Tranungkite.net

Assalamu’alaikum wm.wrt.,

Cuba lihat kerja-kerja yang dilakukan oleh IBLIS_SYAITAN :

Setelah 3 hari SPR mendengar perbicaraan bantahan dan tuntutan di beberapa jajahan di Kelantan, sebanyak 93 bantahan telah diterima oleh SPR. 35 di Tumpat, 45 di Kubang Kerian dan 13 di Bachok.Blog manjanik melaporkan pada hari pertama perbicaraan bantahan dan tuntutan bagi parlimen Tumpat telah diadakan Pejabat Tanah dan Jajahan pada jam 9 pagi. Suruhanjaya Pilihan raya Kelantan diketuai oleh pengarahnya sendiri. Seramai 50 orang terlibat dalam bantahan ini iaitu terdiri dari empat DUN – Pengkalan Kubor, Kelaboran, Pasir Pekan dan Wakaf Bharu.

Apa yang menariknya ialah percubaan pindah tempat mengundi oleh seorang ajk Umno bahagian Tumpat yang juga bekas ketua pemudanya dari Dun Pasir Pekan ke Dun Kelaboran juga telah ditolak.
Beliau memberi alasan bahawa telah bermastautin di Dun Kelaboran berdasarkan alamat tempat beliau bekerja di pejabat Umno Bahagian Tumpat sejak 10 tahun dulu lagi. Tetapi cubaan beliau terhalang kerana beliau sebenarnya tinggal dan bermastautin di Morak dalam Dun Pasir Pekan. Pihak pembantah telah menunjukkan gambar pejabat Umno Tumpat dan saksi pula memberitahu bahawa pejabat Umno tidak didiami oleh sesiapapun.
Akhirnya bantahan terhadap beliau diterima dan beliau pulang dengan hampa. Menurut rakan-rakan beliau yang hadir sama semasa perbicaraan tersebut, beliau sebenarnya berhasrat untuk bertanding di Dun Kelaboran sebab itulah beliau berusaha untuk pindah ke Dun tersebut.
Apa yang jelasnya, 2 kes sudah terbukti ada cubaan jahat Umno untuk mendaftar orang mati dan memindah pengundi. Untuk pengetahuan pembaca, dalam kes bantahan di Kelantan hanya PAS sahaja yang membuat bantahan iaitu lebih kurang 1000 kes.
Umno langsung tiada membuat bantahan dah terbukti dakwaan mereka bahawa PAS memindah pengundi adalah bohong semata-mata. Kalau benar PAS memindah pengundi maka sudah pasti Umno akan membuat bantahan.Apa yang menariknya Umno masih mendaftar semula orang-orang yang telah dibantah oleh PAS di Dun Bukit Panau pada tahun 2004 dan telah berjaya tetapi kini dimasukkan kembali seramai 200 orang.
Ada dikalangan mereka beralamat di stesen bas Tanah Merah, di tanah lot yang tiada rumah dan ada diantaranya di sebuat rumah dimasukkan seramai 14 orang pengundi. Di rumah Ikmal Hisyam(bekas ketua pemuda dan orang yang pernah digantung kerana politik wang) sendiri ada 7 orang pengundi. Tunggu dan lihat apa kesudahannya nanti!Bagi parlimen Kubang Kerian, seramai 49 orang pemohon yang baru mendaftarkan diri sebagai pengundi dan berpindah telah dibicarakan di Pejabat tanah dan Jajahan Kota Bharu.
Walau bagaimanapun hanya dua Dun sahaja yang terlibat iaitu Dun Salor(38 orang) dan Dun Demit(11 orang). Kedua-duanya diwakili oleh PAS.
Seperti biasa bantahan hanya dibuat oleh PAS sahaja manakala dari Umno tiada seorangpun dibantah. Ini menunjukkan cubaan memindah dan mendaftarkan pengundi baru dari luar kawasan dibuat oleh Umno.
Majoriti orang yang kena bantah tidak hadir. Hanya beberapa orang sahaja yang hadir itupun bantahan dari PAS telah diterima SPR dan alasan yang paling banyak dikemukakan ialah tidak bermastautin di tempat yang dipohon. Dari 49 orang yang dibicarakan, PAS berjaya membuat bantahan terhadap 45 orang pemohon.
Ada juga dikalangan orang yang kena bantah memberitahu bahawa mereka tidak tahu menahu ke mana nama mereka didaftarkan untuk mengundi. Mereka memaklumkan ianya dibuat oleh agen-agen Umno termasuk ketua cawangan dan juga Penyelia Pembangunan Mukim. Bahkan juga tanda tangan permohonanpun bukan mereka yang buat.Di Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok pula, hanya PAS yang membuat bantahan. Umno atau BN tidak ada seorangpun. Sekali lagi membuktikan kerja-kerja memindah pengundi sebenarnya kerja buat Umno ataupun puak-puak Annuar Musa.
Di Parlimen Bachok hanya Dun Jelawat sahaja yang terlibat. Seramai 13 orang disenaraikan oleh pihak PAS untuk dibantah. Dari 13 orang tersebut, seorangnya berbangsa Cina, Pua Yau Chuan dan didapati beliau memohon untuk mengundi di Peti Undi Ketil yang seratus peratus pengundinya adalah melayu. Petugas PAS dan penghulu pun tidak pernah mengenali beliau. Dari manakah beliau datang sehingga tersesat ke kawasan penempatan yang tidak pernah ada kaum Cina sebelum ini.
Apa yang peliknya hari ini, tidak ada seorangpun orang yang dibantah itu menghadirkan diri. Apa yang jelas inilah “permainan Umno” dalam strategi pilihanraya. Mereka sanggup buat apa sahaja tapi takut untuk bertanggungjawab.

Posted in Masihkah kau Ingat | Leave a Comment »

Wajah-wajah Islam Hadhari

Posted by offshoreman on March 5, 2008

paklah_arak.jpgagenda_pemuda_v2_ms2.jpgpaklah_peluk4a.jpgwith-kj-and-patrick-badawi.jpgjt-photography-9832.jpgseluk1.jpglengan1.jpgjt-photography-01841.jpg

Posted in Malaysiaku | Leave a Comment »

Awasi penipuan BN dan SPR pada hari mengundi 8 Mac ini

Posted by offshoreman on March 5, 2008

(Harakah) - Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipercayai sedang merancang penipuan besar-besaran bagi merampas Kelantan daripada PAS dalam pilihan raya pada 8 Mac ini.

PAS dalam sidang media hariannya di Pejabat Agung PAS, dekat sini hari ini, mendedahkan perancangan jahat tersebut berasaskan kepada tindak-tanduk jentera BN dan fakta-fakta yang diperolehi.

Menurut Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir Dato’ Mohd Shahir, PAS percaya BN akan menggunakan sepenuhnya kepincangan dalam daftar pemilih selain mendapat kerjasama daripada egensi-egensi kerajaan tertentu bagi membolehkan mereka melaksanakan operasinya.

Katanya, perkara tersebut dapat dilihat melalui modus operandi yang telah, sedang dan akan dilaksanakan BN.

Pertamanya beliau mendakwa, sepanjang tempoh pendaftaran daftar pemilih, BN dengan kerjasama SPR membuat operasi bagi memboleh wujudnya ‘pengundi terancang’ di Kelantan.

Antaranya beliau berkata ialah kategori pengundi tentera dan polis yang berdaftar sebagai pengundi tentera dan polis yang berdaftar sebagai pengundi pos dan diwujudkan dalam pendaftaran pengundi awam menggunakan kad pengenalan awam.

“PAS bersedia mengemukakan bukti wujudnya pengundi yang mempunyai pendaftaran sebagai pengundi pos dan pengundi awam dalam masa yang sama,” katanya sambil disokong Setiausaha Pemuda PAS, Sabki Yusof.

Selain itu katanya, pengundi yang dipindahkan ke Kelantan tanpa pengetahuan atau didaftarkan tanpa pengetahuan pemilik kad pengenalannya di Kelantan.

Katanya, kebiasaannya pengundi kategori ini biasanya tidak bersedia untuk mengundi kerana mereka berada di luar Kelantan.

Seterusnya beliau mendakwa, semasa musim pilihan raya, BN akan menggerakkan jenteranya untuk mengumpulkan ‘pengundi-pengundi upahan’ dari luar Kelantan dikerahkan ke Kelantan.

“Untuk menggerakkan usaha ini, BN biasanya berselindung di sebalik operasi kempen balik mengundi seperti yang dijalankan sekarang iaitu ‘pakat kelik ngundi’.

Malah dakwanya, PAS difahamkan BN sanggup membayar upah sebanyak RM300 sehingga RM600 setiap orang yang turun mengundi ke Kelantan.

Tawaran tersebut katanya, dikemukakan kepada sesiapa saja yang berminta tanpa perlu memastikan sama ada orang itu pengundi kelantan atau tidak.

Operasi seperti itu dakwanya, dilaksanakan BN untuk menjatuhkan kerajaan PAS di Terengganu pada tahun 2004 lalu.

Umpamanya beliau berkata, berlakunya pertambahan jumlah pengundi dalam daftar pemilih Terengganu yang luar biasa sejak tahun 2000 hingga 2004.

Bahkan katanya, PAS menerima maklumat perjalanan-perjalanan yang akan membawa pengundi-pengundi upahan (pengundi hantu) di seluruh negara termasuk daripada beberapa universiti tempatan.

Katanya, di atas semangat pertahankan demokrasi, PAS akan melakukan apa saja tindakan bagi menghalang pengundi-pengundi hantu daripada masuk ke Kelantan dan Terengganu.

Sehubungan itu katanya, PAS mencabar SPR, BN dan semua pihak yang dikaitkan di dalam dakwaan tersebut untuk mengakui atau menafikan dakwaan tersebut dan PAS bersedia untuk mengemukakan mana-mana bukti seperti yang dinyatakan dan bersedia untuk memberi pendedahan.

“PAS akan menghantar sesalinan aduan dan pendedahan ini kepada SPR serta pihak-pihak terbabit dan PAS akan mengulangi pendedahan itu sepanjang baki kempen pilihan raya sehingga pihak-pihak yang terbabit menjelaskan kedudukan masing-masing,” tegasnya.

Posted in Malaysiaku | Leave a Comment »

Drama Terkini PRU12 Siri1-RaSHIT

Posted by offshoreman on March 5, 2008

KOTA BHARU, 4 Mac (Hrkh) - Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan penggunaan dakwat pada kuku dalam pilihan raya umum 8 Mac ini mengesahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi amat terdesak untuk mendapat mandat yang beliau anggap selesa bagi meneruskan pemerintahan beliau yang sepatutnya sepenggal sahaja, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.

Tindakan itu, katanya, boleh dituduh mempunyai tujuan untuk membolehkan pengundi-pengundi yang ditaja oleh Barisan Nasional (BN) mengundi berikali-kali untuk memastikan kemenangan parti itu.

Tindakan itu juga sekaligus menyebabkan ramai pihak semakin yakin bahawa kad-kad pengenalan palsu telah dikeluarkan secara besar-besaran untuk membolehkan seseorang pengundi mengundi sehingga berkali-kali, katanya lagi.

Malah, kata Mahfuz, pembatalan itu mengesahkan jangkaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa pilihan raya kali ini adalah yang paling kotor dalam sejarah.

Petang ini, dalam sidang akhbar di sini yang turut dihadiri oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Pengerusi SPR, Tan Sri Ab Rashid A Rahman mengumumkan bahawa SPR memutuskan penggunaan dakwat pada kuku semasa pengundian pada pilihan raya umum 8 Mac ini dibatalkan.

“Penggunaan dakwat pada kuku boleh membantu mengelakkan pengundian berkali-kali oleh seseorang pengundi yang ditaja oleh pihak yang mempunyai kuasa. Pembangkang tidak ada kuasa.

“Sebab itulah tindakan ini boleh dituduh mempunyai tujuan untuk membolehkan “hantu- hantu” tajaan Perdana Menteri dan BN, yang dibekalkan dengan kad-kad pengenalan yang dikeluarkan secara besar-besaran, mengundi berkali-kali,” katanya ketika dihubungi.

Tindakan SPR itu juga mengesahkan bahawa BN berada dalam keadaan yang sangat terdesak berikutan kebangkitan rakyat yang sudah tidak tahan lagi menanggung kesengsaraan selama empat tahun di bawah pemerintahan Abdullah.

“Bagaimana hendak menafikan bahawa BN khususnya Perdana Menteri yang mengarahkan pembatalan penggunaan dakwat kuku itu?

“Bagaimana hendak menafikan bahawa BN khususnya Perdana menteri telah mengarahkan supaya disediakan kad-kad pengenalan palsu untuk membolehkan pecacai-pecacai upahan mereka mengundi berkali-kali demi menjamin mandat kepada kepimpinan Perdana Menteri tidak dipersoalkan oleh ahli-ahli Umno sendiri selepas ini?” beliau mempersoalkan.

Beliau menyeru Yang di-Pertuan Agong yang memperkenankan perlantikan Abdul Rashid dan ahli-ahli SPR yang lain supaya campur tangan untuk menyelamatkan rakyat dari terus dihina dengan pembohongan-pembohongan SPR khususnya Abdul Rashid.

“Dulu kata hendak pakai dakwat pada kuku, lepas itu kata ia hanya pilihan dan sekarang membatalkan pula. Mula-mula kata mesti matikan setem pada borang pencalonan dan selepas itu kata tidak perlu pula. Suruhanjaya pembohong seperti ini memalukan Yang di-Pertuan Agong yang memperkenankan perlantikan mereka.

“Saya menyeru Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu supaya campur tangan,” katanya.

Beliau juga menyeru rakyat supaya bangkit menentang penghinaan SPR ke atas mereka.

Posted in Malaysiaku | Leave a Comment »