Archive for February, 2008
Makna Sebenar BN Untuk Penggal Ini
Posted by offshoreman on February 26, 2008
Posted in Malaysiaku | Leave a Comment »
Gelombang BN di Kelantan Amat Hambar
Posted by offshoreman on February 26, 2008
Bagaimanapun, Dato’ Husam dengan rendah diri berkata, PAS tidak akan terpedaya dengan gelombang tidak menjadi BN kerana PAS kenal sangat musuh tradisi rakyat itu. BN mempunyai kekuatan jentera dan stamina yang sukar ditandingi.
Sokongan media juga semakin melonjak-lonjak buat rakyat walaupun tulisan mereka dimasakkan pula di Kuala Lumpur.
Masalah sebenarnya hari ini, musuh BN di Kelantan dan di Malaysia bukan lagi PAS tetapi rakyat Malaysia yang selama ini senyap dari menyatakan pendirian politik mereka.
Bagi pembaca Kickdefella di Republic Ireland, Ireland Utara, Wales, England, Scotland, Jordan, Yaman, Canada, Amerika Syarikat dan New Zealand dan terpencil dari maklumat semasa di Kelantan, sila maklum bahawa kebangkitan rakyat Kelantan menentang Barisan Nasional begitu jelas sekali. Bagi pembaca Kickdefella di seluruh Malaysia, Kickdefella ingin menjemput anda bersama-sama menyertai kebangkitan rakyat di Kelantan.
Pilihanraya 8 Mac bukan lagi soal PAS menentang BN tetapi pertarungan satu lawan satu antara rakyat menentang BN.
Sementara itu kepada Khairy Jamaluddin, sebentar tadi Dato’ Husam mengumumkan kepada media bahawa menjelang tarikh pilihanraya nanti, dia akan membongkar segala taktik dan strategi Khairy Jamaluddin untuk PRU 12 yang melanggar peraturan dan undang-undang negara. “90% maklumat itu kini sudah berada di tangan saya. Bersabarlah” kata Husam.
Sidang media hari ini juga turut disertai oleh seorang blogger dari Kuala Lumpur.
Transkrip sidang media harian boleh diperolehi di www.globalmediachannel.tv. Videonya boleh disaksikan di youtube.
Posted in 1 | Leave a Comment »
Pilihanraya ini untuk apa?
Posted by offshoreman on February 26, 2008
Modul baru ini akan memastikan lanun rasuah, YB kaki tipu, YB songlap duit, YB kaki AP, YB barua cukong, YB jual tanah orang kampung, YB runtuh masjid, YB runtuh kuil, YB rampas mayat, YB kaki ampu, YB pembunuh – semuanya akan digugurkan.
DARI JELEBU
Hishamuddin Rais
Pelik tetapi benar. Hairan lagi menghairankan. Takjub lagi menakjubkan. Setelah mendapat ilham – bukan mimpi – Abdullah Badawi telah membubarkan parlimen. Tarikh pilihan raya ke 12 untuk Malaysia di umumkan.
Sebelum parlimen di bubarkan warga Malaysia secara resmi telah mendengar bahawa satu pembaharuan akan di bawa melalui pilihan raya ke 12. Teknik dan modul baru akan digunakan oleh pemimpin parti pemerintah untuk menilai siapa yang akan di pilih untuk menjadi YB.
Modul baru ini akan memastikan lanun rasuah, YB kaki tipu, YB songlap duit, YB kaki AP, YB barua cukong, YB jual tanah orang kampung, YB runtuh masjid, YB runtuh kuil, YB rampas mayat, YB kaki ampu, YB pembunuh – semuanya akan digugurkan.
Bila berita ini dibaca umum, rakyat seantero negara cukup gembira. Ini tanda bahawa rakyat Malaysia ingin PERUBAHAN dan PEMBAHARUAN. Orang ramai akan beralih. Sebenarnya rakyat dan pengundi akan menyokong sesiapa sahaja yang akan membawa perubahan ke atas nasib mereka.
Heboh dan heboh dari warung judi hingga ke bilik-bilik CEO tentang siapakah muka-muka baru yang bakal menjadi YB mereka. Orang ramai memang telah jelak dengan muka-muka lama seperti Samy Veloo, Khir Toyo, Rafidah Aziz, Nazri Aziz, Aziz Shamsudin, Tengku Adnan, Musa Sabah, Anuar Musa, Ali Rustam, Awang Adik, Mat Nor Yakob, Sharizat Jalil, Hishamudin Keris – sebahagian contoh nama-nama malaon yang telah menjelakkan lagi memuntahkan rakyat.
Muka-muka ini adalah anak-anak didik Mahafiraun. Muka-muka inilah yang selama 22 tahun ini telah menghuru harakan negara. Muka-muka lama inilah yang telah menyusahkan kehidupan rakyat. Muka-muka lama ini yang telah secara resmi merompak, menjarah dan melanun harta negara.
Rakyat berdebar-debar macam anak sekolah nak pergi jumpa Tok Mudim. Rakyat tertunggu-tunggu siapakah muka-muka baru ini. Rakyat menunggu perubahan. Suspens dan seram.
Tup tup… hairan lagi menghairankan.
Pelik tetapi benar.
Takjub lagi menakjubkan.
Percaya macam tak percaya.
Rakyat tersentak. Rakyat terduduk
Mata buntang di kaca TV.
Yang rabun bercermin mata.
Yang pekak memakai earphone.
Yang buta huruf tertanya-tanya
Rupa-rupanya Abdulah Badawi telah memilih malaon-malaon dan lanun-lanun lama untuk menjadi calon. Ciss! Tertidur lagi kah kau wahai Abdullah Badawi –ku?
Apa jadi dengan ilham?
Apa terjadi dengan muka baru?
Apa terjadi dengan yang rasuah?
Apa terjadi dengan penjual AP?
Apa terjadi dengan peruntuh masjid ?
Apa terjadi dengan peruntuh kuil?
Apa terjadi dengan pencuri balak?
Apa terjadi dengan barua Mahafiraun?
Pelik tetapi benar inilah. Abdullah Badawi tidak memiliki kudrat dan iradat untuk membuat apa-apa perubahan. Jadi apa tujuan pilihan raya 2008 ini? Apa gilanya Abdullah Badawi yang mendapat mandat besar pada tahun 2004 dahulu tiba-tiba belum sampai 3 tahun sudah hendak membuat pilihan raya.
Pilihan raya berbilion ringgit ini kenapa di adakan tanpa muka-muka baru yang dijanjikan? Inilah teka teki yang perlu kita cari jawabnya.
Hanya ada SATU SEBAB kenapa pilihan raya tahun 2008 ini dijalankan.
SEBABNYA: Pilihan raya tahun 2008 ini bertujuan untuk menafikan Anwar Ibrahim dari bertanding. Sesudah 14hb April 2008 ini Anwar Ibrahim boleh bertanding. Abdullah Badawi mengatakan bahawa dia sudah terlupa dengan Anwar Ibrahim. Terlupa macam mana ? Kalau terlupa pasti nama Anwar pun tidak boleh diingat. Kalau terlupa kenapa pilihan raya ini di buat sebelum 14 April 2008?
Ciss! Tertidur lagikah kau wahai Abdullah Badawi-ku?
Sebenarnya pilihannya 2008 ini cukup menguntungkan Barisan Rakyat – PKR/DAP/PAS. Penyokong dan penaja Barisan Rakyat harus tersenyum gembira. Nama-nama maloan lama ini seharunya di baca sebagai pembantu yang baik dan pembantu setia.
Nama-nama yang di benci rakyat ini akan menjadi pemangkin undi yang akan membawa masuk undi ke dalam peti undi Barisan Rakyat. Lebih bayak poster mereka di pasang lebih muntah orang ramai.
Ingat bagaimana rakyat benci dengan Mahafiraun hinggakan apabila ada gambar Mahafiraun dalam akhbar, akhbar ini tidak ada pembeli. Ingat bagaimana apabila muka Mahafiraun di kaca TV Mak Cik Felda akan beralih chanel. Ingat bagaimana apabila muka Sami Veloo, Rafidah Aziz, Sharizat Jalil atau Nazri Aziz terpampang di TV – kaca TV akan penuh dengan air ludah. Inilah contoh rakyat ingin pembaharuan.
NOTA INGATAN : Di hari pertama apabila nama-nama calon di umumkan bursa saham Kuala Lumpur jatuh 1.7%. Kenapa bursa saham Kuala Lumpur jatuh walhal bursa saham di New York, Hong Kong, Tokyo, Korea, London, Singapura, Frankfurt – semua nya naik.
Dua hari sesudah nama-nama bakal YB diumumkan bursa saham Kuala Lumpur jatuh lagi. Kenapa ini berlaku ? Jawabnya – kerana para pelabur terperanjat dan terpinga-pingat macam tidak percaya apabila melihat lanun-lanun dan penyamun tarbus yang sama akan kembali menjadi YB.
Lalu orang-orang Melaka membuat seloka gurindam untuk ingat-ingatan ke anak cucu cicit:
Dolah Badawi mendapat ilham
Entah tertidur entah tersembam
Lanun lama jadi pilihan
Tak tahu nilai batu dan intan
Yang bodoh naik ke atas
Yang alim jatuh ke bawah
Yang jujur di buang kerja
Yang bodek naik pangkat
Yang rasuah jadi YB
Yang bijak di buang universiti
Inilah angkara yang membuat rakyat benci.
Posted in Malaysiaku | Leave a Comment »
Pedoman Pada 8 Mac 2008
Posted by offshoreman on February 26, 2008
100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
17 tahun bukan waktu yang pendek
17 tahun juga bukan waktu yang panjang
Tetapi 17 tahun cukup untuk mencipta 100 fakta
Bukti kewibawaan Islam agama memerintah
Mentadbir dan membangun negara
17 tahun rekod mentadbir negeri tanpa rasuah, tuan-tuan
Di zaman manusia sanggup apa saja untuk hidup senang
Menipu mencuri merasuah membunuh memurtad sekalipun
Zaman materialisme hiburan gila-gila di kemuncak ini
Di Kelantan kerajaannya bersih rasuah dan kroni
Di Kelantan tiada judi untuk mempersia-sia ikhtiar manusia
Di Kelantan tiada nite-club untuk menghina wanita
Di Kelantan kadar jenayah paling rendah
Di Kelantan aktiviti ekonominya di tangan Islam
100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Kerja lima hari seminggu di Kelantanlah bermula
Cuti bersalin 60 hari di Kelantanlah bermula
Insurans kematian untuk seluruh rakyat warga emas juga
Di Kelantan bermulanya -Takaful Kifalah
100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kota Bharu pasar basah paling besar dan cantik
3000 wanita berniaga semuanya santun menutup aurat
Dinamakan nama isteri Rasulullah, Siti Khadijah
Di Kelantan ekonomi riba tidak diiktiraf
Biar kita rugi, kata Tok Guru, asalkan tidak dimarah Tuhan
Tetapi mereka tak rugi, kerana mengumpul wang dan harta
Nak senang sementara di dunia bukan tujuan.
Tujuan ialah mengumpul pahala untuk bahagia abadi di syurga
Bagi mereka akhirat adalah nyata
100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kelantan tuan-tuan, menteri besarnya seorang Tok Guru
Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah
Tiap-tiap pagi sebelum ke pejabat
18 tahun masih tinggal di rumah kampung berkembar masjid
Tak ada pagar tak ada pengawal tak ada orang gaji pun
Siapa-siapa boleh masuk dan berjumpa
Dia seorang yang warak dan zuhud
Gaji tiap bulan dipotong 45 peratus untuk parti dan kerajaan
Sejak dulu, elaun rumah tak pernah ambil, elaun keraian tak pernah ambil
Elaun buka puasa tak pernah ambil, elaun hari raya pun tak pernah ambil
Dan tangannya sentiasa ringan memberi sedekah
Itulah Menteri Besar Kelantan
Baru-baru ini BPR datang ke pejabatnya
Bukan kerana dia rasuah, tetapi kerana dia
Tak buat report ada orang cuba beri dia rasuah
100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Waktu mula-mula dulu mereka kata tiga bulan saja
Kerajaan PAS akan bangkrap tak ada duit nak perintah negeri
Kemudian tambah sedikit 6 bulan, kemudian jadi setahun
Sekarang 18 tahun dan ekonomi Kelantan semakin segar
Walau diskriminasi kerajaan pusat bermacam helah
Ditakut-takutkan dan dihalang pelaburan
Namun 17 tahun tanpa riba tanpa rasuah tanpa maksiat
Ekonomi Kelantan meningkat mengatasi lima negeri lain
Dulu nombor dua termiskin sekarang nombor enam di Malaysia
Dan di Kelantan tuan-tuan, tak ada tol,
nampak maupun tidak harga barangan dan makanan pun kekal murah
dan harga nikah pun masih murah
100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Belajarlah daripada Kelantan tuan-tuan
Belajarlah daripada Tok Guru
Belajarlah berfikir sebagai insan merdeka
Bebaskan minda, bebaskan minda!
~Dinsman
Posted in Malaysiaku | Leave a Comment »
Pengundi Hantu
Posted by offshoreman on February 21, 2008
Phantom Voters – Plentiful
Many Malaysians may not know that Uniformed servicemen such as police, army, navy and air force personnels may be made to vote twice at different places and different state; probably one at their current workplace/residence and another time at their home town or birth place. It is possible that one of the location would be by postal voted and at another place he will be in person.I read this news at caffeinbar, and then at Flaccid Mind, which provides another link at Taraknama.We have two examples here below:
I.D: T715511
Nama: Amran B. Zainuddin
Tarikh Lahir: 04 Jan 1967
Jantina: Lelaki
Lokaliti: TUDM B’Worth
Daerah Mengundi: Jalan Mesjid
Dun: Telok Ayer Tawar
Parlimen: Tasek Glugor
Negeri: Pulau Pinang
Polling Center: Pos
Serial No: 363
I.D: 670104075529 / A0624038
Nama: Amran B. Zainuddin
Tarikh Lahir: 04 Jan 1967
Jantina: Lelaki
Lokaliti: Jln Tok Muda Hj Mohamad
Daerah Mengundi: Pekan Karak
Dun: Sabai
Parlimen: Bentong
Negeri: Pahang
Polling Center: Sekolah Menengah Kebangsaan, Karak
Serial No: 864
So, En Amran will cast his votes in Telok Ayer Tawar (DUN) and Tasek Glugor (Parliament), Penangby post and he personally will go back to vote at Sabai (DUN) and Bentong (Parliament), Pahang
I.D: T719756
Nama: Hazely Razin Bin Yaakub
Tarikh Lahir: 09 Sep 1975
Jantina: Lelaki
Lokaliti: TUDM B’Worth
Daerah Mengundi: Jalan Mesjid
Dun: Telok Ayer Tawar
Parlimen: Tasek Glugor
Negeri: Pulau Pinang
Polling Center: Pos
Serial No: 1019
I.D: 750909035727 / A3170255
Nama: Hazely Razin Bin Yaakub
Tarikh Lahir: 09 Sep 1975
Jantina: Lelaki
Lokaliti: Kg. Bharu
Daerah Mengundi: Kampung Bharu Sungai
Dun: Pasir Pekan
Parlimen: Tumpat
Negeri: Kelantan
Polling Center: Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mayidin,
Serial No: 1032
So, its the same for En Hazely who will having to use postal votes at Telok Ayer Tawar (DUN) and Tasek Glugor (Parliament), Penang and he personally goes back to Kelantan to vote at Pasir Pekan (DUN) and Tumpat (Parliament), Kelantan.
If MAFREL and the opposition parties would get a list of all the army, navy and armed forcespersonnels and their ID numbers, including the police, Rela, government servants and must include all UMNO, MCA, MIC, Gerakan and PPP members, we can run through a thorough check to discover the amount of phantom voters.Double voting; that’s why they win big and win all the time!I hope those Election Watch organizations and NGOs would scrutinize the voters list at SPR. Maybe, the Agong may need to step in and get the SPR to be audited.In fact, I too run a check on the two persons above, each twice using their Tentera ID and also using their NRD ID to confirm that such double voting exists.
You too can check it at http://daftarj.spr.gov.my/daftarbi.asp
Note: The last of two pictures of the six is captured in 2007 whereas the above four are captured
today.
Posted in Malaysiaku | Leave a Comment »
NEGARA BANGKRAP JIKA HARGA MINYAK DITURUNKAN?
Posted by offshoreman on February 21, 2008
Terdapat pihak yang mengatakan bahawa adalah mustahil untuk menurunkan harga minyak kerana harga minyak sedang meningkat naik di peringkat global. Timbalan Perdana Menteri menyatakan negara akan bangkrap jika harga minyak diturunkan…. Untuk kenyataan seperti ini kita patut tanyakan terlebih dahulu. Adakah kerajaan sebenarnya tidak mampu menanggung subsidi?
Berdasarkan laporan Belanjawan 2006 mukasurat 10 dan 15,jumlah kutipan kerajaan drpd Petronas adalah RM39.924billion.Jika ditolak subsidi yang ketika itu berjumlah RM 12billion,maka lebihan hasil kerajaan daripada Petronas adalah RM27.924b.Ini adalah kenaikan dana RM12.82billion berbanding tahun 2005.Harus diingat,anggaran ini dibuat akhir tahun 2005 sebelum subsidi minyak dikurangkan pada Feb 2006 sebanyak RM4billion dan keuntungan Petronas mencecah RM76billion.Jadi pertambahan dana tersebut pasti lebih tinggi. Pernah sekali dipersoalkan ke mana RM500billion duit keuntungan Petronas hilang.Buat pengetahuan semua Audit Petronas tidak perlu dibentangkan di Parlimen dan Petronas hanya bertanggungjawab pada PM.Audit Petronas tidak pernah dibentangkan secara rasmi.Ini menyebabkan Petronas menduduki tangga tercorot daripada 15 syarikat minyak dan gas dunia dalam satu kajian ‘World’s Most sustainable And Ethical Companies’.Kajian ini dijalankan oleh Management and Excellant,syarikat perunding gas dan minyak di Sepanyol.Dalam kajian itu,Petronas mendapat 20.15% berbanding Shell 89.01%.Sekitar 1986,terdapat satu Tabung dipanggil Tabung Warisan Petronas.Tujuan tabung ini adalah bagi membantu kerajaan sekiranya kita menjadi pengimport minyak satu hari nanti.Setiap tahun,sebahagian keuntungan Petronas akan dimasukkan ke dalam tabung ini.Soalnya,berapakah jumlah kutipan tabung ini sekarang dan mengapa ianya tidak pernah didedahkan?
Minyak Malaysia antara yang paling berkualiti di dunia.Harga setong minyak Malaysia adalah 1-2 dolar lebih tinggi dr harga pasaran dunia.
Contoh,katalah harga minyak dunia sekarang USD100 setong.Tapi harga minyak Malaysia yang dijual ke luar negara adalah USD102 setong.Lebihan 2 dollar setong ini sudah menghasilkan keuntungan USD438j @ RM1.49billion setahun. Minyak yang diimport masuk ke Malaysia sebenarnya minyak bermutu rendah.Dengan kata lain,kita ada minyak mahal pegi jual.Lepas tu bagi kat rakyat minyak tak elok.Kitaran penjualan ini menyebabkan peredaran wang USD yang sangat besar.ini menyebabkan jika sedikit masalah berlaku pada matawang US,kita terjejas sama.Semoleknya,minyak digunakan ke dalam negara dan lebihannya barulah dieksport.Penggunaan NGV sbg bahan bakar mesti dipertingkatkan bagi mengelakkan tumbuh guna petrol yang terlalu besar dalam negara.Dengan cara itu,minyak kita tidak akan bergantung pada harga ekonomi dunia lagi.Sementelah lagi,PM pernah menyatakan bahawa penggunaan minyak di Malaysia hanyalah 575000 tong sehari,kurang daripada pengeluaran minyak Malaysia sebanyak 650 000 sehari.Taktik ini dipraktikkan di Arab Saudi.Sebab itu,walaupun harga minyak dunia naik,Arab Saudi mampu turunkan harga minyak tempatan.0.35 riyal satu liter.Kalau kita tengok Qatar,Qatar harga minyaknya RM0.87 seliter @ 80 dirham.Qatar macam kita,pengeksport minyak.Dan kalau kita check Singapura,harga minyaknya RM4.15.Di Indonesia pada 2006,harga minyaknya berada pada paras 4500 rupiah.Ini bersamaan RM1.84.Sila ambil perhatian:Indonesia adalah pengimport minyak.Keluaran minyaknya tidak mencukupi utk menampung keperluan dalam negara.Malaysia pengeksport minyak.Keluaran minyaknya melebihi keperluan tempatan.
Di Indonesia Sudahlah harga petrolnya lebih murah,keretanya pula murah.Toyota Avanza di sana harganya RM40 000.Di sini harganya kira2 RM70 000.Sebagai perbandingan,harga LPG di Malaysia adalah RM1.75 satu kg.Di Thailand RM1.65 satu kg.(Anda boleh rujuk kenyataan media JPM pada 27 Feb 2006).Untuk rekod,Thailand bukan pengeksport LPG.Kita?LPG belambak kat Sarawak nun. Penipuan yang kerajaan buat tentang hal kenaikan amat jelas.Kerajaan kata subsidi kena hapus perlahan-lahan sebab nanti tak lama lagi rizab minyak akan habis.Jadi rakyat kena berlatih hidup tanpa subsidi.Tapi berdasarkan jawapan bertulis Perdana Menteri di Dewan Rakyat November 2005,rizab minyak negara adalah 5.29billion tong yang boleh kekal sehingga 2024.Ini belum termasuk penemuan telaga baru seperti telaga Pisagan 1A dan rizab gas lainnya terutama di laut Sabah.Bohong tak bohong.
Ingat,jangkaan habis petrol pada 2024 ini dibuat mengambil kira rizab pada tahun 2005 sahaja dan pengeluaran sehari secara purata 750 000 tong.Untuk rekod,pengeluaran sekarang adalah 650 000 tong. Dan jika diikutkan,kenaikan harga minyak mentah dunia sebenarnya memberikan rahmat besar buat Malaysia.
Menurut laporan Asian Development Bank,dalam buku laporan tahun 2007 menyatakan bahawa setiap kenaikan sebanyak USD1 bagi pasaran dunia untuk minyak mentah,kerajaan Malaysia mendapat keuntungan tambahan USD 62juta bersamaan RM210.8 juta.Pada saat minyak kali terakhir dinaikkan RM0.30 satu liter Awal 2006,harga minyak mentah dunia adalah USD70 setong.Kini harganya kira-kira USD96 setong.Bermakna penambahan keuntungan buat kerajaan Malaysia sebanyak USD 1.612 bilion. Sekarang ayuh kita fikirkan pula mengapa subsidi diturunkan dan keuntungan kerajaan meningkat,masalah kewangan tetap berlaku.Dikatakan duit penjimatan RM4.4billion itu pergi kepada pengangkutan awam.Pergi kpd pengangkutan awam atau pergi pada siapa? Anda kenal Scomi?Scomi Group Berhad adalah milik Kamaluddin bin Abdullah bin Ahmad Badawi.Berdasarkan The Star Online Bizweek 18 Mac 2006,Scomi telah memasuki tawaran untuk Syarikat Prasarana Negara (PNSB) sebanyak RM120 juta bagi membina 400 badan bas dan kontrak RM50j utk pembaikan 1500 gerabak dan landasan KTM. Ini yang keluar suratkhabar.Yang tak keluar?Skandal PKFZ tu macammana?
Sekarang tuan-tuan nampak duit jimat subsidi itu pergi mana?Pembailoutan syarikat2 individu seperti MISC dan Scomi milik anak PM dengan jumlah mencecah RM4billion selain pembinaan projek2 mega yang tidak menguntungkan adalah antara punca utama kelemahan kewangan kerajaan.Pemberian subsidi bahan api berjumlah RM14billion pula terlalu banyak menguntungkan Penjana Tenaga Bebas(IPP) seperti YTL,Genting Sanyen dan Powertec milik Ananda Krishnan,Lim Goh Tong dan Yeoh Tiong Lai.Syarikat-syarikat IPP ini pula telah menandatangani perjanjian berat sebelah dengan TNB yang menghasilkan kerugian sejumlah RM30b kepada TNB…(Tan Sri Ani Arope telah mengesahkan ini….)
Najib kata berjimatlah.Dia duk baiki umah rasmi dia RM5juta.Projek tu dapat kat adik dia tanpa kelulusan JKR.Berjimat apebendanya? Kata-kata Najib baru-baru ini amat mengelirukan.Negara akan bangkrap jika minyak diturunkan harga.Negara tidak akan bangkrap Najib.Yang bankrap mungkin beliau.
Kesimpulannya,ketelusan,kebijaksanaan menandatangani perjanjian,tadbir urus wang yang baik serta dasar ‘tidak pada bail out’ dan pembatalan projek mega yang bodoh akan membolehkan harga minyak diturunkan. Nah…. sekarang rakyat yang terpaksa menanggung semua ketidaktelusan mengurus tabdir wang negara… RAKYAT MENJADI MANGSA… SEMUA HARGA BARANG NAIKKKKK…….
Power to the people!
Posted in Malaysiaku | Leave a Comment »
Undilah BN (Barang Naik)
Posted by offshoreman on February 19, 2008
Munculnya tahun 2008, semakin bertambah risaulah rakyat!
Ini kerana berbagai agensi dan pihak swasta makin galak mencongak kenaikan tarif, cukai bayaran, taksiran serta membayangkan kenaikan-kenaikan yang mereka akan kenakan terhadap rakyat.
Kadar kenaikan 6 buah tol diumumkan pada Rabu 28 November 2007 iaitu antara 7% hingga 50% dari kadar sebelumnya (Berita Harian, 29 Nov 2007: 1).
Harga petrol dan gas juga dijangka akan naik sebaik BN diberi mandat semula yang kenaikannya mungkin antara 30 hingga 60 sen seliter. (The Star, 18 Sept 2007:1, Utusan Malaysia, 18 Okt 2007: 8).
Tarif elektrik akan turut naik menurut kenaikan harga minyak dan gas di pasaran tempatan dan global (Utusan Malaysia, 20 Okt 2007: 1).
Tarif air juga dijangka naik sebanyak 37% (Utusan Malaysia, 10 Okt 2007: 14).
Caj-caj bagi perubatan dan rawatan di hospital terutama di hospital swasta akan meningkat antara 10% – 20% (New Straits Times, 29 Nov 2007: 48). Skim Penswastaan Pembiayaan Perubatan dan
Kesihatan dijangka akan dilaksanakan sepenuhnya pada Ogos 2008
Tambang teksi pula akan turut naik antara 100% hingga 600% sebagaimana dituntut (Harakahdaily, 4 Okt 2007: 1).
Banyak lagi kenaikan yang tidak tersurat yang bakal memerangkap pengguna.
Selepas diumumkan kenaikan gaji kakitangan awam oleh pihak kerajaan harga barang-barang terus naik. Contoh kenaikan barang-barang sebelum dan selepas Mei dan Julai 2007 hingga kini hasil dari tinjauan di beberapa kedai runcit dan maklumat-maklumat tertulis ialah:
-
Tepung dari RM1.65 (satu kg) kepada RM2.80
-
Susu tepung dari RM10.49 (700gm) kepada RM11.89 (dikurangkan 600gm)
-
Kopi segera dari RM9.90 (bungkus 200gm) kepada RM14.00
-
Milo sekilo dari RM11.90 kepada RM15.90
-
Sardin dari RM5.00 (425gm) kepada RM5.49
-
Sos cili dari RM2.09 (500gm) kepada RM2.39
-
Bawang besar dari RM1.20 sekilo kepada RM2.00
-
Bawang kecil dari RM4.00 kepada RM6.00
-
Kacang dal seguni dari Rm20.00 kepada RM40.00
-
Mee dari RM2.39 (sebungkus 5×80g) kepada RM2.89
-
Kordial oren dari RM9.19 (840ml) kepada RM9.69
-
Susu UHT dari RM4.99 kepada RM5.99
-
Margerin dari RM7.99 (1kg) kepada RM8.99
-
Kraker berkrim dari RM2.39 (500gm)kepada RM2.79
-
Krimer manis dari RM1.86 (505gm) kepada RM2.25
-
Biskut setin dari RM7.50 kepada RM9.00
-
Beras wangi dari RM18.99 (10kg) kepada RM19.99
Kenaikan harga barang-barang ini membawa kesan berangkai. Misalnya kenaikan harga tepung mengakibatkan kenaikan harga kuih-muih dan roti yang dibuat dari tepung. Harga roti Gardenia dari RM1.90 sebungkus (400gm) kepadaRM2.10, kuih dulu 3 biji RM1.00 menjadi RM1.20 dengan saiz yang lebih kecil.
Jika ke pasar basah, pasar malam atau pasar tani kenaikan barang-barang juga ketara seperti berikut:
-
Daging lembu yang dahulu RM16.00 sekilo kini RM20.00
-
Ikan kembung RM6.00 sekilo menjadi RM10.00
-
Ikan cencaru RM7.00 sekilo menjadi RM11.00
-
Ikan tenggiri RM16.00 sekilo menjadi RM19.00
-
Ikan jenahak RM17.00 sekilo menjadi RM20.00
-
Ikan bawal hitam RM15.00 sekilo menjadi RM18.00
-
Ikan parang RM14.00 sekilo menjadi RM17.00
-
Ikan kerapu RM17.00 sekilo menjadi RM20.00
Dasar kerajaan Umno-BN yang pincang dan berat sebelah adalah punca kegagalan mengawal kenaikan harga barang. Dasar pengkorporatan, pengswastaan dan perjanjian konsesi berat sebelah telah menjadikan harta negara dan wang rakyat sebagai milik syarikat yang dikuasai oleh para kroni. Kroni-kroni ini pula mempunyai hubungan yang amat istimewa dengan pemimpin-pemimpin Umno-BN.
Kenaikan harga barang dan inflasi memang mencengkam rakyat. Sebarang usaha yang dilakukan oleh rakyat seperti penjimatan dan berbelanja secara hemah tidak mungkin akan dapat mengatasi himpitan yang mereka hadapi selagi mana dasar pincang Umno-BN terus menguasai kehidupan rakyat.
Cara paling berkesan adalah dengan menggantikan Umno-BN dengan Barisan Rakyat yang terdiri dari PAS&PKR dalam Pilihanraya yang akan dating kerana kami menawarkan penurunan harga minyak dan ketelusan serta mendahului kepentingan rakyat.
Ubahlah Sebelum Parah. Ubah Demi Maruah! Kerajaan ADIL,BERSIH serta BERAMANAH dan NEGARA BERKEBAJIKAN.
Posted in Malaysiaku | Leave a Comment »
Najib patut ‘rawat’ negeri BN dulu sebelum ‘rawat’ Kelantan
Posted by offshoreman on February 19, 2008
http://de.wordpress.com/tag/pilihanraya/feed/
Barisan Nasional nampaknya beriya-iya benar mahu merampas Kelantan daripada PAS menerusi pilihan raya umum kali ini. Sebab itu para pemimpin parti itu tidak henti-henti memperlekeh dan mengutuk kerajaan negeri itu di setiap kesempatan.
Kelantan disifatkan negeri mundur, tidak membangun dan jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain diperintah BN. Kesemua kemunduran itu didakwa angkara PAS tidak berupaya melakukan apa-apa untuk memajukan Kelantan.
Terkini ialah penghinaan serupa dibuat Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak. Ketika berucap pada satu majlis di Kota Bharu, Jumaat (15 Februari lalu), Najib sekali lagi menegaskan partinya berhasrat menawan Kelantan daripada PAS pada pilihan raya kali ini bagi melaksanakan pembangunan lebih rancak di negeri itu.
Dalam nada yang disebut orang Kelantan sebagai “nyenye”, Najib mengatakan hasrat BN itu adalah bagi ‘merawat’ Kelantan daripada apa yang didakwanya kepincangan dan kegagalan pemerintahan PAS sejak 18 tahun lalu.
“Kalau (kerajaan) Kelantan mengisytiharkan 2008 sebagai Tahun Melawat Kelantan, saya isytiharkan tahun ini Tahun Merawat Kelantan kerana banyak kepincangan sosial dan ekonomi negeri ini perlu dirawat demi kesejahteraan rakyatnya,” kata Najib.
Dalam satu majlis berasingan di Bachok pada hari sama, Najib turut menyifatkan kenyataan Menteri Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa rakyat Kelantan kini berpuas hati dengan pemerintahan PAS sebagai satu penghinaan terhadap maruah rakyat negeri itu.
Najib mendakwa, kenyataan Tuan Guru itu menusuk hati rakyat Kelantan kerana seolah-olah menggambarkan rakyat negeri itu hidup tanpa sebarang masalah di bawah pemerintahan PAS.
“Kalau puak ni (kerajaan PAS) kata tak ada masalah, kita anggap itu menghina maruah rakyat Kelantan,” katanya.
Dakwaan Najib itu mengundang reaksi segera Tuan Guru Menteri Besar. Baginya umpan pembangunan dan kebendaan yang ditawarkan Najib itu sebenarnya lebih menghina rakyat Kelantan.
“Hina sangatlah kami di sini (Kelantan) sehingga ditawarkan umpan dengan begitu banyak seumpama lembu dan kerbau pula. Manusia bukan boleh dibeli dengan umpan duit begitu sahaja kerana kita ada maruah,” katanya pada kuliah sempena program Munajat Rakyat Kelantan Bersama Tok Guru di Dataran Stadium, Kota Bharu awal pagi Sabtu.
Meski pun bersahaja, reaksi Tuan Guru itu sebenarnya bagaikan penumbuk yang kembali menerjah muka Najib.
Berdasarkan pengamatan penulis, sudah acapkali kenyataan para pemimpin BN yang cuba memperlekeh atau menghina kerajaan Kelantan bukan sahaja tidak berhasil, malah kembali memakan diri BN sendiri.
Kita tentu masih ingat kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Mahdzir Khalid sebelum ini. Sewaktu berkunjung ke negeri itu Ogos lalu, Mahdzir dilaporkan berkata PAS mengamalkan pendekatan politik ketinggalan zaman. Maka rakyat Kelantan akan terus terpinggir jika masih memilih parti itu dalam pilihan raya umum nanti.
“Kalau asyik main politik cara 70-an lagi, saya fikir Kelantan akan terus tertinggal. Sudah sampai masa rakyat melihat masa depan lebih baik dan saya amat yakin dari hati saya, kali ini rakyat (Kelantan) akan menyokong BN,” katanya.
Menariknya, Mahdzir mendakwa rakyat Kedah lebih bernasib baik kerana negeri itu diperintah BN. Maka, jika rakyat Kelantan inginkan kehidupan lebih baik, ia juga perlu diperintah BN.
Sekali imbas serangan Menteri Besar Kedah itu agak munasabah. Tetapi apabila diteliti tahap kemiskinan rakyat di negeri itu berbanding Kelantan, ia bukan sesuatu yang membanggakan BN.
Menurut perangkaan dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri sekitar Oktober 2006, negeri Kelantan mempunyai 3,550 isi rumah miskin tegar. Angka itu meletakkan Kelantan hanya di tempat keenam dalam senarai negeri-negeri paling tinggi penduduk miskin tegar.
Sabah mengungguli senarai tersebut dengan jumlah 32,297 isi rumah miskin tegar. Ia diikuti Terengganu (8,300), Perak (5,730), Sarawak (5,243) dan Kedah (4,938). Secara sinis, apakah rasionalnya bagi Menteri Besar Kedah membuka mulut mengenai kemunduran Kelantan, sedangkan angka kemiskinan tegar di negerinya sendiri lebih tinggi berbanding negeri diperintah PAS itu?
Satu percubaan Menteri Penerangan, Dato’ Zainuddin Maidin untuk menidakkan usaha mendaulatkan Islam oleh kerajaan Kelantan juga boleh ditertawakan. Pada satu majlis anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di Kuala Lumpur, Januari lalu, Zainuddin menyifatkan kerajaan Kelantan pimpinan PAS tidak lagi revelan dalam memenuhi kehendak semasa rakyat.
Pendekatan agama diambil kerajaan itu, katanya, gagal menunjukkan Islam sebagai agama terbaik, berbanding apa dibuat negeri jirannya, Terengganu.
Zainuddin tersilap besar apabila cuba membandingkan Kelantan dengan Terengganu dalam bab agama. Semua orang tahu betapa di bawah pemerintahan BN, hal ehwal agama Islam mengalami suasana sangat mendukacitakan.
Meski pun BN Terengganu berbangga dengan usahanya membina puluhan masjid baru, ia sebenarnya gagal memakmurkan masjid-masjid itu. Kekurangan imam dan bilal semakin serius sehingga ditegur oleh Tuanku Sultan sendiri.
Majlis-majlis kuliah dan tazkirah pula tidak mendapat sambutan. Penceramah agama mogok kerana elaun mereka tidak dibayar kerajaan negeri.
Usaha pencegahan maksiat juga semakin sukar. Jumlah penguatkuasa agama dikurangkan menyebabkan mereka dipersendakan para pelaku maksiat yang semakin ramai.
Justeru, mendakwa perkembangan Islam di Terengganu lebih baik daripada Kelantan adalah suatu pembohongan dan kejahilan fakta yang nyata.
Kenyataan Najib kelmarin juga satu lagi ‘bola tanggung’ dari BN. Apabila Najib cuba ‘nyenye’ kerajaan Kelantan dengan istilah ‘merawat’ yang ditukar dari perkataan ‘melawat’ itu, dia secara tidak sengaja mengundang padah kepada BN sendiri.
Pertama, sebagaimana dijawab oleh Tuan Guru, Umno dan BN sebenarnya yang lebih memerlukan rawatan berbanding rakyat Kelantan.
“Umno yang perlu dirawat, beri Al-Quran Umno tolak, beri perintah Allah Umno tolak, cerita tentang kebaikan Islam juga Umno tolak. Jadi seharusnya Umno yang mesti dirawat terlebih dahulu,” kata Tuan Guru, sebagaimana disiarkan Harakahdaily semalam.
“Banyak penyakit dalam Umno, berebut pangkat, iri hati dan ini semua perlu diubati. Tak mahu kepada Islam lebih berat. Berubatlah segera. Rakyat Kelantan dah ada doktor, dah ada hospital sendiri, kami aman di Kelantan,” sambung Tuan Guru lagi, seraya memulangkan paku buah keras buat Najib.
Kedua, 2008 bukan sahaja diisytiharkan Tahun Melawat Kelantan, tetapi juga Tahun Melawat Terengganu. Bagaimana jika PAS Terengganu mengguna pakai hujah Najib dan menjadikan 2008 adalah Tahun Merawat Terengganu?
Logik untuk usaha itu memang terbukti. Gejala sosial, jenayah dan kerosakan masyarakat memang sangat terserlah sejak negeri itu diambilalih BN empat tahun lalu.
Maka, sangat bersesuaian jika rakyat Terengganu menyerahkan negeri itu kembali kepada PAS untuk ‘merawat’ segala penyakit yang sedang melanda mereka. Oleh itu, bukankah hujah Najib itu juga satu pukulan buat BN?
Soalnya, apakah Kelantan memang jauh mundur berbanding negeri-negeri lain? Tahu tak berapa jumlah penerbangan dua hala KB-KL setiap hari? Berapa pula jumlah penerbangan dua hala KT-KL?
Carian di laman web dua syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airline (MAS) dan AirAsia mengesahkan jumlah kekerapan ke dua destinasi itu memihak kepada Kota Bharu.
Ada beberapa hari, jumlah berlepas dan ketibaan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Cepa ialah empat kali sehari setiap hala. Pada hari-hari lain ia bertambah kepada lima kali sehari setiap hala.
Di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Telaga Batin, ketibaan dari atau penerbangan ke Kuala Lumpur hanya tiga kali sehari setiap hala. Perbandingan itu hanya untuk penerbangan pesawat MAS.
Bagi penerbangan pesawat AirAsia pula, laluan KB-KL sekerap empat kali sehari, manakala KT-KL hanya dua kali sehari.
Ertinya, jumlah penerbangan KB-KL melibatkan kedua-dua syarikat penerbangan itu ialah lapan atau sembilan kali sehari, begitu juga sebaliknya. Sedangkan kehebatan KT sebagai bandar raya hanya mampu menampung kekerapan penerbangan ke KL sebanyak lima kali sehari, begitu juga sebaliknya. Mana yang lebih maju antara keduanya?
Kedatangan pelancong ke dua negeri itu juga bukan perbandingan yang menguntungkan BN. Meski pun Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh berbangga dengan peningkatan jumlah kedatangan pelancong ke negerinya, jumlah itu rupa-rupanya hanya separuh mereka yang mengunjungi Kelantan.
“Kita berharap dengan Tahun Melawat Terengganu 2008, jumlah pelancong ke negeri ini meningkat kepada 3.5 juta berbanding tahun lepas dengan 2.5 juta pelancong,” kata Idris ketika berucap pada majlis Pelancaran Tahun Melawat Terengganu 2008, di Kuala Terengganu, 1 Januari lalu.
Ketika berucap merasmikan kempen Tahun Melawat Kelantan 2008 (TMK ‘08) di Kota Bharu, 8 Februari, Tuan Guru Menteri Besar berkata, sejumlah 5 juta pelancong dari dalam dan luar negara berkunjung ke Kelantan sepanjang tahun lepas.
Sehubungan itu, Tuan Guru percaya melalui promosi TMK ‘08 dengan pakej-pakej baru yang diperkenalkan, sasaran untuk menerima 5.7 juta tahun ini akan tercapai.
Meneliti fakta itu, negeri manakah yang lebih diminati pelancong, Terengganu yang diperintah BN atau Kelantan di bawah PAS?
Dengan hujah-hujah diberikan tadi, negeri manakah sebenarnya yang lebih memerlukan ‘rawatan’ Najib? Kelantan atau negeri-negeri di bawah BN sendiri? – mks.
Posted in Malaysiaku | Leave a Comment »
Mari kita pakat kelik dan ngundi PAS
Posted by offshoreman on February 18, 2008
When Kelantan fell to PAS for the first time in 1990 I thought that’s it, we’re screwed. There goes our free text books, scholarships and no more development for this state.
By Afif Rais
Although I was born in Kuala Lumpur, I spent most my childhood growing up in Pasir Mas and Machang in Kelantan. My mom and my grandma especially, was a staunch supporter of UMNO and BN themselves. Naturally I was brought up to believe that UMNO/BN is good and the opposition PAS/Semangat 46/PKR or whatever is bad. Not to mention the fact that the government controlled media had been brainwashing us young ones with BN propaganda ever since I can remember.
When Kelantan fell to PAS for the first time in 1990 I thought that’s it, we’re screwed. There goes our free text books, scholarships and no more development for this state. Funnily enough, nothing of the sort happened though. We still get our free text books. I still get my scholarship when I got into boarding school and the state did progress over the years although not as much as other states especially on the west coast.
As I grow up and crossover from adolescent into adulthood, I didn’t care much about politics. I didn’t bother to register myself as a voter cause I thought BN was going to win and continue to rule the country anyway. Nevertheless I still see myself as pro-government and pro-UMNO and view the opposition with much suspicion. That of course thanks to the pro-government mass media.
But it all changed last year at around the time the PM announced his marriage to his current wife. I was curious to know about Jean Danker so I googled up her name and I stumbled upon this revealing article on Malaysia Today.net written buy a man named RPK. Now I RPK didn’t actually paint a rosy picture about the PM or his future wife and I was curious why he doesn’t like our PM so much and what the PM did to deserve such treatment. So I went to the Malaysia Today.net website and started reading every article posted there from the beginning to the end. On that fateful day my political believes changed almost overnight.
Unlike other politically aligned media, Malaysia Today provides a fair and impartial views to both sides, the government and the opposition. Although I must admit they did a lot more government bashing these days, the opposition is also not spared. True to it’s tag line, Malaysia Today is the undisputed, credible source of independent news for the country.
If you’re a foreigner and you’d like to know the real deal about Malaysia, don’t go to the popular news website like The Star or NST, come to Malaysia Today.net instead. There you’ll be fed with a censored,pro-government and toned down version of all events and happenings in the country. Malaysia Today.net meanwhile provides uncensored, no holds barred and the real news of what’s happening in Malaysia today.
Take the recent rally held by Bersih (Coalition for Clean and Fair Election) for example. I read with disgust what the mainstream media wrote (or lack of) about the event. They played down the event like almost nothing happened. Only 1000 people came out to the streets? Who’re they kidding? If you just do a little bit of googling on the Internet you can see the numbers should easily surpass the 40000-45000 marks from the pictures shown by the alternative media or the foreign press.
It’s no secret that these papers are controlled by BN component parties like UMNO and MCA but they have just destroyed any tract of credibility and professionalism left by choosing not to publish what really happened on that historic day. I used to be a regular NST reader and I read The Star from time to time but since the Bersih fiasco, I stopped buying or reading those papers altogether. Let’s not kid ourselves. There’s no such thing as press freedom in this country.
Why I won’t vote for BN.
Politics is a very dirty world. Be it the government or the opposition you must get your hands dirty the moment you stepped into politics. It is just from my point of view, the BN-led government is much more corrupt and dirty than the opposition because they holds the power. Power corrupts, absolute power corrupts absolutely. Now I didn’t make that up, I read it from somewhere. That’s why we need the opposition for the sake of democracy.
If we don’t have any opposition than the ruling party can do whatever they want. They can bulldoze a bill through parliament, appoint any judge in their favor, arrest and lock up anybody who speaks out they mind or dare to let out the truth. Heck even if they wish to sell off the country to Singapore they also can because who’s going to stop them? We need the opposition to provide some checks and balance in the running of the country.
Another reason why I wont vote for BN is because of their extremely arrogant leaders. Take Nazri Aziz for example. During the beginning of the Lingam video clip controversy he casually boasted that you don’t need to go to the streets to protest against the government. If you don’t like the present government, vote them out in the next general election. Trust me Mr. Minister guy, that’s exactly what I and like-minded people will do in this upcoming election.
I can name a few other equally arrogant and foul-mouthed ministers and BN leaders like ZAM, Tengku Adnan, Ali Rustam, Mohamad Taib, Samy Vellu, and KJ for example. KJ even has a special name for us bloggers, monkeys. Well I’ve got news for you dude, us monkeys are the ones who will take over the country’s leadership in the future. We hold the power to decide who runs the country next and unlike our ignorant, brainwashed forefathers and people in rural areas, we got our news from the Internet. Unlike them, we’re immune from the BN government propaganda that have been etched in our forefathers head for generations.
I believe in the some not too distant future from now, when the Internet reaches out every corner of the country and every facet of society, people will stop reading, watching and listening to BN controlled mass media. Then, people will know the corrupt practices of their beloved BN leaders, scandals, lies, cover-ups, mass accumulation of wealth from the tax-payers money, everything the rakyat is blissfully ignorant about now would surface and then the truth would prevail.
If only my folks in Gua Musang, Lipis, Chemor, Mukah or Beaufort, in short everybody in rural areas of the country has access to Malaysia Today.net, I won’t be surprised if the BN government is toppled in the next general election.
Time to change
All my life I have been a BN/UMNO supporter and deep inside I still do.
It’s just that for now I have absolutely no faith on the current administration. I greatly admire what Tun Dr. Mahathir did for the country and although his not a saint, you have to admit that he’s a visionary and he knows which direction to guide the country to in the best interest of the people.
At least he doesn’t flip-flop with his decisions or let his son in law runs the country for him.
I still can’t recall what the current PM did for the country for the past 4 years. Turn Malaysia into an economic powerhouse in the region? Nah, Mahathir did that. Lead the OIC and NAM? That’s Mahathir’s legacy too. Envisioned Malaysia as a developed country in 2020? Wait, that’s Mahathir’s doing too.
What I can recall is the PM wasting billions of ringgit of the people’s money on some obscure boat-race, hike up the fuel’s price and toll rates, bow down to the Singaporeans, go for holidays in his private jet bought with people’s money, send one damn lucky tourist into space on some more people’s money and introduce his very own brand of Islam which nobody understands. Let’s not go into the part where he sleeps during meetings and functions, I mean whoever does that? He’s the butt of jokes of other countries for goodness’ sake!
So guys if you think the country is in good and capable hands, the economy is burgeoning and well and you can walk on the streets without fear for your safety, think again. Take a moment to see what’s really happening in this country at Malaysia-Today.net. It is not as rosy as what the BN-controlled mass-media painted in their newspapers, radio and TV stations.
I don’t exactly follow what RPK wrote like a gospel but this guy don’t just go posting any bullshit on his site, he’s got pages and pages of rock-solid proof to boot. If only half of what he wrote is true than the country is going to the dogs. Imagine the country’s top policeman is a crook, in cahoots with underworld crime lords. I shudder to think if all of them are true.
This coming election I’ll be voting for the first time ever and I assure I won’t be voting for any party with a scale as their symbol.
Now is the time to show those arrogant BN leaders that we the people who holds the power to decide who runs the country. They say the opposition is not capable of running the country but we’ll never know until we tried right? Although I think it’s almost impossible to have a new non-BN government this time, at least we can give BN the beating of their life.
I’m calling all my friends, fellow Kelantanese working outside the state, KL, Selangor, Johore, Penang, wherever, let us go home and vote BN out. Mari kita pakat kelik dan ngundi PAS! If some BN or UMNO people approach you offering means of transportation to go home, just take them! Just remember on polling day let us vote for any party other than BN. Let’s give them a taste of their own medicine. They think we’re stupid or something?
In 2004 we have BN members doing door to door visits giving folks clothes, kain pelikat and stuff sometimes with money folded up nicely inside, sometimes not. You know what my folks back home did? They don’t mind receiving the clothes and the money, after all they’re just donations right? But on election day they’ll still vote for PAS and have a nice big laugh at those BN losers.
We people of Kelantan don’t care so much about your so-called development and progress. We’re content with what we already have and are more concerned with the life hereafter.
I don’t want my beloved Pasir Mas to turn into some faceless bustling urban setting like PJ or JB. I want my beloved Pasir Mas to retain it’s charming idyllic ambiance, no skyscrapers, no traffic jam, very little crime, everything is laid back and relaxed where people and neighbors still cares and look after each other.
Pade doh AAB, KJ, Najib and their cronies hijacking the country’s wealth and lying to the people.
Let’s give the opposition a chance. We have nothing to loose and so much to gain. They say the PAS government didn’t create enough jobs for it’s people that’s why thousands move to big cities like KL, JB and Penang to make a living. I say have you counted the number of people who hail from Kedah, Perak, Pahang, Melaka and Sabah who did the same? It’s quite normal for people to flock to urban areas like KL, JB and Penang to look for better job opportunities. Just like in Indonesia where people flock to Jakarta, New Delhi, Mumbai and Calcutta in India and Hong Kong and Shang Hai in China.
We bloggers are not all anti-government or pro-opposition. We represent the new generation of open-minded and learned young Malaysian who speaks out our mind because we care for the country and would like to correct what’s wrong it. Gone were the days where they can spoon-fed us with propaganda through the print or electronic media. Today’s youth have unrestricted access to free and independent news and information from all over the world. We are not opposed to progress and development but we are against any form of oppressive government who thinks they can control and shape our minds with brute force or threats. We’re against corrupt and dishonest leaders and we certainly have a very low tolerant for bullshit.
I think ZAM and KJ have really underestimated the power and roles played by bloggers like you and me. They’ve certainly messed up big time by stereo-typing and name-calling bloggers. If you scour around the Malaysian blog scene today you’ll find more anti-establishment bloggers than pro-government ones. Yesterday the pen is still mightier than the sword, today the keyboard can do much more damage than the sharpest razor blade. The future lies in our hand and let’s us say exactly what we had in mind by going out in forces to vote for a change in this coming election.
http://afifplc.blogspot.com/2008/02/mari-pakat-kelik-ngundi-pas.html
Posted in Malaysiaku | Leave a Comment »
Kisah Bakal Calon BN Kelantan
Posted by offshoreman on February 15, 2008
Inilah perangai YB dari wakil Islam Hadhari yang bersikap ‘mangkuk hayyun’ dalam persidangan DUN Kelantan tahun lepas.
Posted in 1 | Leave a Comment »
