OFFSHOREMAN

WORK.ENERGY.POWER

Archive for January, 2008

Kita yang ke-6 terbaik??Siapa Benar dan Siapa Tipu??

Posted by offshoreman on January 31, 2008

Kita yang Ke-6 Terbaik (Versi UTUSAN Malaysia)
Oleh Zulkifli Jalil & Hashinah AbdullahPUTRAJAYA 28 Jan. – Kecekapan kerajaan Malaysia semakin meningkat dan kini diletakkan sebagai yang keenam terbaik di dunia, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

  Perdana Menteri yang memetik laporan World Competitiveness Year Book yang dikeluarkan oleh IMD, sebuah institusi pengajian perniagaan terkemuka berpejabat di Switzerland, berkata, dari segi kecekapan Malaysia yang tergolong dalam kategori negara mempunyai lebih 20 juta penduduk mengatasi United Kingdom, Jerman, Thailand, Sepanyol, Jepun, Rusia dan Perancis.‘‘Di atas kita ialah China, Kanada, Amerika Syarikat, India dan Taiwan.

‘‘Bukan kita hendak bohong rakyat kerana kalau bohong, tidak lamalah kerajaan yang sedia ada ini lingkup. Jadi, tak usah fikir pasal gagal… kita tiada pilihan melainkan berjaya, berjaya, berjaya,” katanya.

Abdullah berkata demikian ketika menyampaikan amanat kepada 3,000 kakitangan awam pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kelapan (Mappa VIII) 2008 di sini hari ini.

Majlis itu juga disertai 226 pemimpin korporat daripada sektor swasta dan syarikat milik kerajaan (GLC). Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Dalam ucapan selama 80 minit, Perdana Menteri menyentuh pelbagai isu daripada persaingan ekonomi serantau, isu kecemerlangan dan kualiti, agenda membasmi kemiskinan dan kelancaran pembangunan koridor ekonomi.

Beliau turut memperkatakan pencapaian kerajaan pada tahun 2007 yang beliau sifatkan telah menunjukkan permulaan satu iltizam dan fokus baru bagi perkhidmatan awam.

Menurut Perdana Menteri, setelah beliau bercakap mengenai kedudukan Malaysia dalam laporan Doing Business Bank Dunia pada Mappa tahun lalu, Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) telah ditubuhkan.

‘‘Kini sektor awam bersama rakan-rakan sektor swasta dalam Pemudah bertekad dan berusaha untuk menambah baik persekitaran perniagaan negara, lalu melonjakkan kedudukan Malaysia ke tangga ke-10 teratas dalam laporan tersebut pada tahun lalu,” ujarnya.

Beliau berkata, pelbagai kejayaan turut dicapai perkhidmatan awam pada tahun lalu, antaranya penambahbaikan pusat sehenti dan keupayaan kerajaan melaksanakan pelarasan gaji untuk menjadikan sektor awam lebih menarik dan kompetitif.

‘‘Pada tahun lalu, kebanyakan bil bayaran kerajaan kepada pembekal barangan dan perkhidmatan berjaya dibayar dalam tempoh 14 hari. Daripada jumlah ini, 70 peratus daripada bayaran tersebut dilunaskan dalam tempoh tujuh hari.

‘‘Pencapaian ini jelas menunjukkan tahap kemampuan sektor awam,” katanya.

Justeru, Abdullah berkeyakinan penuh pada tahun ini seluruh kakitangan awam bersedia membawa usaha penambahbaikan tersebut ke tahap yang lebih baik.

‘‘Jika tahun 2007 merupakan titik permulaan, 2008 harus menjadi fasa pemerkasaan.

‘‘Mengulangi standard yang sudah dicapai bukan kecemerlangan. Peningkatan dalam standard dan pencapaian, hingga setaraf dengan mereka yang terbaik atau terbilang dalam kelasnya, itulah kecemerlangan,” katanya.

Dalam hubungan ini, Perdana Menteri mengingatkan bahawa negara-negara lain di Asia seperti China, India dan Vietnam tidak ‘berpeluk tubuh’ atau berdiam diri dalam mengejar pembangunan dan penambahbaikan.

Menurut beliau, negara-negara yang sudah membangun pula semakin mantap mempertahankan tahap daya saing masing-masing.

‘‘Oleh itu kita tidak boleh mudah berpuas hati. Sepanjang masa kita harus menokok tambah usaha-usaha yang lepas.

‘‘Kita harus meneruskan usaha sehingga mencapai standard kelas pertama dalam perkhidmatan awam,” katanya.

Abdullah mengingatkan kakitangan awam bahawa sistem penyampaian yang pantas dan cekap akan turut memberi manfaat sampingan termasuk berupaya menangani gejala rasuah.

‘‘Kalau kita lambat dalam membuat keputusan, misalnya, ia boleh mendorong kepada rasuah. Kerana konon nak cepat, mereka bayarlah. Walaupun gejala ini tidak banyak (terjadi) tetapi kita tidak mahu ia berlaku,” katanya.

Abdullah juga memuji sikap kakitangan awam sekarang yang semakin berani tampil membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) apabila mereka ditawarkan rasuah.

‘‘Ini satu sikap yang baik dan mesti diamalkan oleh semua kakitangan awam,” katanya.

Perdana Menteri turut meminta rakyat agar tidak membandingkan Malaysia dengan Singapura yang berbeza dalam semua segi termasuk dalam soal ekonomi.

‘‘Mereka anggur, kita epal… macam mana hendak bandingkan? Tidak boleh,” ujar beliau.

Sehubungan itu, Abdullah meminta kakitangan kerajaan agar jangan mempersia-siakan momentum perubahan penambahbaikan perkhidmatan awam khususnya dalam separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

‘‘Malah perhebatkanlah lagi usaha-usaha saudara-saudari supaya impaknya dapat dilihat dan dirasai.

‘‘Bagi tahun 2008, bertindaklah dengan tekun. Kertas-kertas mesyuarat harus mengutamakan tindakan, bukan ‘untuk perhatian’ sahaja.

‘‘Dan setelah berbincang atau bermesyuarat atau berbalas surat, bertindaklah dengan tekun. Biarlah keputusan dan tindakan mendahului kerja- kerja kita,” kata beliau. UTUSAN MALAYSIA

Untuk berita terkini sila lawati http://www.malaysiakini.com

Kedudukan daya saing negara, Anwar dakwa Abdullah berbohong (Versi HARAKAH)      
 
Wednesday, 30 January 2008
(Harakah) – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berbohong kepada rakyat mengenai kedudukan Malaysia dalam penilaian tahap kecekapan negara yang didakwa berkedudukan nombor enam di peringkat dunia.

Anwar yang mengadakan sidang medianya di pejabatnya di Petaling Jaya hari ini mendakwa kedudukan sebenar ialah pada tangga ke-23, dan baginya Abdullah telah membohongi rakyat. Turut hadir dalam sidang media itu ialah, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali dan Mustaffa Kamli Ayub serta pegawai-pegawai khas Anwar.Setakat ini prestasi terbaik kedudukan kecekapan kerajaan adalah pada tahun 1997 iaitu ditangga ke 17, selebihnya merudum, kata anwar.

Beliau juga sangsi dengan kesasihan fakta yang yang dikemukakan Abdullah itu dan kajian manakah yang diambilnya bagia menyokong dakwaan tersebut.

Sambil menyifatkan ia percubaan Abdullah dan kerajaan Umno/BN menutup kelemahan sedia ada, Anwar yakin ia adalah usaha terdesak kerajaan berhadapan dengan pilihan raya umum ini.

Sementara itu, dalam satu laporan akhbar hari ini Abdullah dilaporkan sebagai berkata, kecekapan kerajaan Malaysia semakin meningkat dan kini diletakkan sebagai yang keenam terbaik di dunia.

Perdana Menteri yang memetik laporan World Competitiveness Year Book yang dikeluarkan oleh IMD, sebuah institusi pengajian perniagaan terkemuka berpejabat di Switzerland, berkata, dari segi kecekapan Malaysia yang tergolong dalam kategori negara mempunyai lebih 20 juta penduduk mengatasi United Kingdom, Jerman, Thailand, Sepanyol, Jepun, Rusia dan Perancis.

“Di atas kita ialah China, Kanada, Amerika Syarikat, India dan Taiwan.

“Bukan kita hendak bohong rakyat kerana kalau bohong, tidak lamalah kerajaan yang sedia ada ini lingkup. Jadi, tak usah fikir pasal gagal… kita tiada pilihan melainkan berjaya, berjaya, berjaya,” katanya.

KEPUTUSAN : Click dibawah untuk melihat kebenaran

http://www.imd.ch/research/publications/wcy/upload/scoreboard.pdf

Posted in 1 | Leave a Comment »

“AGENDA PEMUDA – Berani & Benar; oleh YB Mohd Zaki Ibrahim”

Posted by offshoreman on January 29, 2008

 http://epemudapas.wordpress.com/

Mohd Zaki Ibrahim, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan dalam kenyataannya sempena tahun baru 2008 menyifatkan tahun 2007 adalah tahun keganasan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO.

“Insiden polis menggunakan peluru hidup di Batu Buruk, provokasi FRU di perhimpunan 100,000 BERSIH, himpunan peguam dan Hindraf adalah contoh sikap ganas dan tidak bertamadun mereka,” katanya.

Katanya lagi polis dan FRU tidak akan bertindak melainkan isyarat daripada pihak pemerintah.

“Rekod keganasan UMNO dan Barisan Nasional 2007 diburukkan lagi dengan insiden perlakuan ganas wakil mereka dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan baru-baru ini yang bukan sahaja tidak mematuhi arahan speaker, malah bertindak untuk mencederakan saya,” katanya lagi.

Manakala 11 Disember lalu, polis sekali lagi dipergunakan untuk menahan 12 pimpinan pembangkang termasuk Mohd Sabu Naib Presiden PAS dan Dato’ Mustafa Ali Pengarah Pilihanraya PAS dengan cara paling tidak bermoral.

Sementara ini Zaki juga merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan negeri Kelantan yang diterajui oleh PAS di atas usaha berterusan memperkasakan program kebajikan kepada rakyat.

“Takaful Kiflah adalah tanda cakno kerajaan negeri kepada warga emas sehingga ia menimbulkan keresahan dan iri hati pihak UMNO,” katanya.

Beliau juga turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Unit Amal Kelantan yang telah mempamerkan kerja kebajikan dalam menyelamat dan membersihkan kediaman mangsa banjir baru-baru ini.

“Mereka ini bekerja dan berkhidmat tanpa mengira sejuk atau panas dan tentu sahaja niat mereka adalah semata-mata di atas rasa kemanusiaan yang tinggi,” ujarnya.

Akhirnya Zaki menyeru seluruh jentera pemuda PAS Kelantan memobilasikan semaksima mungkin segala persiapan untuk berdepan dengan pilihanraya ke 12.

Katanya, “Kita berharap dengan kekuatan jentera pemuda, bukan sahaja dapat mempertahankan kemenangan di Kelantan tetapi kita bertekad untuk mengembalikan majoriti dua pertiga DUN Kelantan.”

Petikan diambil daripada sebaran helaian pamplet di Kuliah Jumaat Markas PAS Kota Bharu, Januari 11, 2008 lalu.

Untuk berita terkini sila lawati laman web http://www.malaysiakini.com

Posted in Politic | Leave a Comment »

Bila Pembangkang ‘Berkalau’..

Posted by offshoreman on January 28, 2008

 http://nahdah.wordpress.com

Bila Khairy Jamaluddin, seperti yang dilaporkan Bernama menasihatkan rakyat agar tidak terperdaya dengan politik ‘kalau’ pembangkang, maka saya sedikit celaru dan melihat ini satu bentuk ketakutan baru yang dialami pimpinan pemerintah.

Mutakhir ini, kelihatan pembangkang khususnya PAS dan KeADILan begitu agresif menyatakan komitmen mereka untuk mempermudahkan kehidupan rakyat Malaysia dengan menjanjikan penurunan kos sara hidup termasuklah pendidikan percuma, bekalan air percuma dan juga penurunan harga petrol termasuk barangan-barangan lain.

Dalam keadaan segenap lapisan rakyat mengeluh mengenai kos sara hidup yang begitu membebankan, pastinya jaminan di atas bukan sesuatu yang sukar difahami.

Tetapi melihat kepada budaya politik ‘kalau’ ini, saya fikir bukan sahaja pembangkang, pemerintah sendiri pun ‘berkalau’ di saat mereka menghenyak negeri Kelantan agar kembali diperintah mereka.

Lihat entri saya sebelum ini sebagai satu fakta sokongan. Demi memastikan kemenangan di Kelantan, mereka juga ‘berkalau’. Orang-orang Kelantan juga sudah mangli dengan ayat ‘berkalau’ di bawah:

“Kalau menang di Kelantan, Kelantan akan jadi Pusat Ketamadunan Islam.”

“Kalau menang di Kelantan, bayaran parking kereta di Kota Bharu akan jadi termurah di dunia.”

“Kalau menang di Kelantan, masjid akan dibina ibarat cendawan tumbuh di sekitar Kelantan.”

Budaya ‘berkalau’ ini adalah sifat semulajadi mana-mana parti politik dan politikus untuk memenangi sokongan rakyat. Mereka ‘berkalau’ untuk menyakinkan rakyat, supaya mereka memperoleh kuasa untuk merealisasikan fakta ‘berkalau’ tadi.

Maka tidaklah menjadi satu kesalahan buat pembangkang sekiranya mereka ‘berkalau’. Itu proses biasa dalam turun naik politik.

Kata Khairy:

Beliau berkata telah terbukti bahawa pembangkang yang tidak pernah mentadbir negara hanya mampu menabur janji kosong sedangkan tidak pernah cuba membantu menyelesaikan masalah rakyat terutama isu kenaikan harga minyak, harga barang dan kos pendidikan.

Memanglah pembangkang tidak pernah mentadbir negara, jadi tak salah rakyat beri ruang untuk mereka mentadbir sekali. Kalaulah betul pembangkang sekadar menabur janji kosong, apakah KJ lupa bahawa cuti 2 hari seminggu, cuti 90 hari buat wanita bersalin sebagaimana yang dilaksanakan kerajaan PAS Kelantan menjadi ikutan Pusat?

Pembangkang juga pernah melaungkan pendidikan percuma dalam Manifesto BA 2004, dan kelihatan ini diikuti pemerintah (walaupun percuma dari konteks slogan,perlaksanaan makin mahal!) sebagaimana yang diumumkan PM dalam Bajet 2008 September lepas. Ini membuktikan pembangkang boleh menyumbang idea, sekiranya ada ruang diberikan kepada mereka.

Kelihatan sekarang, apa sahaja yang ‘dikalaukan’ pembangkang, ia akan menjadi satu isu untuk diulas. Bila pembangkang ‘berkalau’ dalam isu penurunan harga petrol, mereka menyanggah negara akan bankrap. Bila pembangkang ‘berkalau’ untuk memberikan pendidikan percuma, mereka memandang sinis bahawa tidak ada yang patut diberi percuma. Bila pembangkang ‘berkalau’ dengan negara kebajikan, mereka menyinggung kononnya pembangkang akan memerintah Malaysia hanya sepenggal lantas negara terus bankrap.

Maka saya akhiri dengan hujah Tan Sri Khalid Ibrahim dalam ceramah beliau di Sungai Petani:

“Mahu beli kapal terbang untuk PM ke luar negara? Mahu beli kapal selam? Mahu naikkan gaji menteri? Mahu buat hospital? atau mahu buat sekolah untuk rakyat? Mana yang saudara akan pilih?

Saya tak fikir itu satu soalan yang sukar untuk dijawab kalau pembangkang terus ‘berkalau’.

Untuk berita terkini sila lawati laman web http://www.malaysiakini.com

Posted in 1 | Leave a Comment »

Pilihanraya Umum ke XII Mac ini?

Posted by offshoreman on January 25, 2008

 http://bigdogdotcom.wordpress.com/

Parti parti politik komponen Barisan Nasional (BN) semenjak enam bulan kebelakangan ini giat membuat perlbagai kursus untuk jentera pilihanraya mereka, termasuk latihan “dry run”. Difahamkan, semua parti parti politik komponen BN diberikan jadual akhir 25 Februari 2008 untuk menentukan bendera, banner dan sepanduk sedia ditempah dan cetak.

Setiausaha setiusaha Bahagian UMNO seluruh Negara juga sibuk menyediakan senarai bakal bakal calon, untuk diteliti oleh peringkat Perhubungan UMNO Negeri, sebelum dimajukan ke peringkat Ibu Pejabat UMNO agar senarai akhir ditimbangkan oleh pucuk pimpinan parti.

Proses mengemas kini jentera pilihanraya dan menyenarai pendek bakal bakal calon, samada diperingkat Perhubungan Negeri atau Bahagian mula menimbulkan ‘perebutan’, ‘pertembungan’ dan ketidak seragaman sehingga dibawa ke perhatian media, seperti apa yang berlaku diPerlis minggu lepas.

Baru baru ini Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak, merangkap Timbalan Pengerusi BN membuat kenyataan bahawa bakal bakal calon BN akan diteliti dan perhalusi untuk menentukan mereka bebas dari sebarang ‘kontroversi’ dan ‘skandal’, setelah timbul kontroversi seksual melibatkan Menteri Kesihatan Dato’ Seri Dr. Chua Soi Lek, merangkap Naib Presiden MCA. Cadangan ini disokong kuat Ketua Pemuda BN Dato’ Seri Hishamuddin Hussein.

BN kini dibawah ‘tekanan’ dan ‘tanggung jawab’ berat dan rumit untuk mengekalkan penguasaan 90% Dewan Rakyat, yang berjaya diperolehi Pilihanraya Umum ke XI 21 Mac 2004 semenjak pelbagai isu mengenai kelemahan dan kegagalan Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sepanjang empat tahun ini, walaupun ada poll menunjukan majoriti rakyat masih lagi kuat menyokong BN. Mengambil alih monopoli penguasaan Kelantan oleh PAS semenjak Pilihanraya Umum ke VIII 1990 merupakan salah satu agenda utama BN pusingan ini.

Pakatan Pembangkang juga memperhebatkan kempen mereka. Ini jelas dengan penglibatan pemimpin pemimpin mereka dalam pelbagai demonstrasi jalanan tanpa permit kebelakangan ini, lebih lebih lagi semenjak kekalahan teruk Pembangkang dalam empat pilihanraya kecil kebelakangan ini, terutama akibat permasalahan dalaman dan intra-Pembangkang itu sendiri. Pencaturan pemimpin Pembangkang untuk mencari ‘tapak’ dan ‘peranan’ sesuai juga makin teserlah.

Krisis peringkat global harga asas minyak mentah yang kini hampir mencecah USD 100.00 setong merupakan satu perkara yang amat perlu ditimbangkan Kerajaan BN. Ini kerana ‘tekanan’ untuk menaikan harga runcit bahan bakar hidrokarbon, yang sediada pada RM 1.92 se liter untuk petrol premium. Kali terakhir harga runcit dinaikan ialah Mac 2006 dan harga minyak mentah masa itu baru mencecah USD 60.00. Dianggarkan subsidi bahan bakar tahunan Negara kini berada pada RM 45 billion setahun dan Kerajaan tidak mampu bertahan lama dengan subsidi setinggi ini. Oleh demikian, harga runcit terpaksa dinaikan segera. Oleh itu, pilihanraya perlu diadakan segera sebelum harga runcit bahan bakar dinaikan kerana sebarang kenaikan akan ada kesan ’spiral’ meruncing kepada semua barangan dan perkhidmatan lain dan semestinya ini akan menjejaskan sokongan rakyat.

Kemungkinan besar Pilihanraya Umum ke XII Mac 2008 ini semakin jelas, memandangkan persediaan dan persiapan yang telah dan sedang dijalankan oleh parti parti politik komponen BN dan kesempatan cuti sekolah bermula 8 Mac 2008 (7 Mac bagi negeri negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu) adalah peluang terbaik kerana 10,000 sekolah sekolah merupakan pusat pembuangan undi paling utama seluruh negara.

Untuk berita terkini sila lawati laman web http://www.malaysiakini.com

Posted in 1 | Leave a Comment »

Apa Dah Jadi?

Posted by offshoreman on January 25, 2008

http://kerissilau.blogspot.com/

Baru-baru ni Pak Lah istihar cuti
Untuk KL iaitu untuk diri sendiri
Katanya KL jam bila Hindu angkat kavadi
Nampak sangat nak pancing undi
Sebab pengundi India tidak menyokong MIC
Terutama sekali sokongan terhadap Dato Samy
Mereka boooo yang sebelum ini dianggap Sami Suci
Zaman Pak Lah ialah zaman memberi
Selain cuti Thaipusam hari kerja hanya 5 hari
Sebelum ini orang gomen dapat naik gaji
Bonus tahunan masih dituntut oleh MTUC
Nampak gaya Pak Lah akan bagi
Kerja masih kurang efisyen dan rendah produktiviti

Pilihanraya dah dekat nak apa lagi
Kalau nak apa-apa masa la ni
Nak suruh Pak Lah luluskan universiti
Nak suruh dia luluskan projek tani
Nak elaun tambahan untuk cabut gigi
Nak biasiswa untuk anak yang diluar negeri

Nak suruh apa pun dia akan agree
Apa-apa perayaan pun dia boleh rasmi
Nak suruh apa lagi
Suruh dia cium dia punya bini
Tengoklah gambar di internet dia cium pipi
Tak pernah dibuat PM2 sebelum ni
Dah buang tabiat kita punya Perdana Menteri
Dia ingat macam Clinton cium Hillary
Tapi budaya Melayu di khalayak mana orang cium bini
Konon2 nak tunjuk he is a loving hubby
Dan model untuk mazhab Islam Hadhari
Cuba kalau Tok Guru Nik Aziz cium bini
Gempaq habis satu negeri
Keluar gambar muka depan NST
Nanti digelar Tok Guru horny
Tapi kalau PM yang buat ianya suami mithali

Keris Silau
21 January 2008

Untuk berita terkini sila lawati laman web http://www.malaysiakini.com

Posted in 1 | Leave a Comment »

Di Taklimat Khas Abdullah Ramai AJK UMNO Belah?

Posted by offshoreman on January 24, 2008

http://www.kuda-kepang.blogspot.com/

Pada 22 Januari 2008, saya duduk di kedai kopi riverside, PWTC, Kuala Lumpur, sejak jam 3.00 hingga 5.00 petang. Suasana hingar bangar. Ada kelompok yang membedal Presiden UMNO habis-habisan. Ada pula yang mengutuk menantu Presiden UMNO dengan suara lantang.

Mereka semua warga UMNO. Sebilangan besarnya memakai lencana Taklimat Khas Presiden. Pada ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sedang menyampaikan taklimatnya. Tetapi, ramai pula peserta taklimat itu memilih untuk keluar daripada dewan dan melanggani riverside untuk minum teh tarik dan makan goreng pisang.

Di antara mereka yang enggan mendengar taklimat Abdullah adalah beberapa ketuan UMNO bahagian, AJK UMNO bahagian, AJK Pemuda UMNO Bahagian, Timbalan Menteri, ADUN, beberapa orang setiausaha menteri, dan beberapa orang besar daripada bahagian khas Kementerian Penerangan.

Saya bertanya kepada beberapa orang daripada mereka, mengapa tidak mendengar taklimat Abdullah. Jawab mereka: isi taklimatnya sama sahaja. Asyik-asyik kisah modal insan, harga barang terkawal dan lain-lainnya. Membosankan!

Kesemua mereka yang meninggalkan dewan menjinjing satu beg kertas kecil berlambangkan UMNO. Di dalamnya ada beberapa risalah – mengenai RMK9, fitnah-fitnah pembangkang dan pemilik portal berita internet, serta ucapan-ucapan semasa Perhimpunan Agung UMNO November 2007.

Sewaktu berjalan dari PWTC menuju ke Hotel Sari Pacific, saya terserempak ramai perwakilan yang sudah lanjut usia, lelaki dan wanita. Saya terdengar rungutan mereka.

Antara rungutan yang menarik pendengaran saya adalah: “Panggil orang datang dari jauh, makan pun tak tentu hala, hujung-hujung ucapan Presiden baru ada sikit cerita pilihan raya.”

Seorang ahli parlimen pula terlepas cakap sesama sendiri begini: “Same old story. Wasting my time.” Maksudnya: cerita lama juga. Buang masa aku aje..

Saya tidak akan mentafsirkan kisah di atas mengikut persepsi saya sendiri. Tetapi, satu petanda yang agak jelas ialah, Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 mungkin tidak diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Sebab itulah agaknya Abdullah dipetik oleh Bernama sebagai berkata bahawa “masih ada lagi sedikit-sebanyak yang perlu dibaiki. Ikut laporan di tempat-tempat yang tertentu, bagi negeri-negeri yang tertentu, tak payah saya sebut negeri mana…ini perlu kita beri perhatian.”

Dalam pada itu, ada pula sumber-sumber memberitahu saya bahawa surat Abdullah untuk memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen dikatakan sudah tiba ke Istana Negara!

untuk berita terkini sila lawati laman web http://www.malaysiakini.com

Posted in Politic | Leave a Comment »

PRU12 Tak Akan Diadakan Dalam Tempoh Terdekat Ini?

Posted by offshoreman on January 18, 2008

Pilihan Raya Umum (PRU) KE-12 mungkin tidak akan diadakan dalam tempoh terdekat sebagaimana yang hangat dispekulasikan oleh banyak pihak ketika ini, demikian kata sumber-sumber kepada blog ini hari ini.Apabila ditanya sama ada ini akibat kemelut di dalam UMNO, sumber-sumber itu hanya menegaskan: “sebabnya bukan kerana UMNO.”“Segala-galanya bergantung kepada pertemuan khas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan kira-kira 4000 pemimpin UMNO dari seluruh negara Isnin ini,” tambahnya.

Apa yang dinyatakan oleh sumber-sumber di atas mungkin merupakan satu taktik untuk mengelirukan pihak pembangkang. Bagaimanapun, sumber-sumber kerajaan pula yakin PRU12 akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Kuala Lumpur Khamis, 17 Januari 2008, Abdullah dipetik sebagai berkata bahawa beliau berpuas hati dengan persediaan yang dibuat oleh semua Badan Perhubungan UMNO Negeri bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Namun, katanya, masih ada banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian dalam menghadapi PRU12. Lantas, adakah hakikat “masih banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian” ini yang menyebabkan PRU12 mungkin tidak diadakan sebagaimana yang diura-urakan?

Kita tunggu sama ada kenyataan sumber-sumber di atas benar. Kita juga tunggu sama ada Abdullah akan menghuraikan dalam pertemuannya dengan warga UMNO Isnin ini apakah perkara yang masih belum beres.

untuk berita terkini sila lawati laman web http://www.malaysiakini.com

Posted in Politic | Leave a Comment »

Awas: UMNO Dah Mulakan Kempen Takluk Kelantan !!

Posted by offshoreman on January 11, 2008

 Petikan dari: http://cucumatkilau.blogdrive.com/

Terbukti kini, ! antara tugas-tugas utama Si Rashit SPR ini setelah beliau disambung perkhidmatannya setahun lagi ialah mengembalikan semula Kelantan kepada kerajaan Barisan Nasional. Perkara ini bukan omongan kosong, dari jauh dapat dilihat akan percaturan yang sedang puak-puak UMNO/BN ini rancang. Semalam seorang lagi pemimpin kanan UMNO yang paling “Sensasi” dengan kes Altantunyanya telah datang bertandang ke Kelantan. Program pemimpin bersama rakyat yang diadakan bagi meraikan Najib itu jelas sekali untuk kepentingan politik parti karat itu. UMNO, sebenarnya terdesak untuk menakluki Kelantan. Lantaran itu, berbagai helah dan tipu daya telah dilakukan untuk mengubah minda dan persepsi rakyat Kelantan agar “Kembali Ke Pangkuan UMNO/BN” jika ingin melihat negeri itu maju seiring dengan negeri BN yang lain di negara ini. Kononnya negeri Kelantan akan terus mundur dibawah pentadbiran kerajaan PAS.

Sungguh lucu dan memualkan kenyataan Najib itu. Adalah lebih elok beliau berkempen di kampung halamannya di Pekan, Pahang daripada terhegeh-hegeh mencari publisiti murahan di negeri “Serambi Mekah” itu. Di Parlimen Pekan pun beliau terpaksa meminta jasa baik SPR memasukkan Kem Tentera Batu 10, yang jelas duduknya dalam daerah Kuantan dan Parlimen Paya Besar untuk dipindahkan ke Parlimen Pekan. Walhal, semua orang tahu Kem Tentera Batu 10 duduknya di Kuantan. Punyalah BANGANG SPR dan Najib ini, dibuatnya persempadanan semula dan diwujudkan satu kerusi DUN Baru yang diberi nama DUN Pulau Manis. Semua ini atas ilham si Rashit SPR yang tidak boleh diharapkan itu. Maka, menang besarlah Najib dalam pilihanraya umum 2004 yang lalu. Beliau mungkin fobia akibat kekalahan “Sebelum UNDI POS datang bagi memenangkannya”, semasa pilihanraya umum 1998 dulu.

Melihat kepada “Track Record” ini, sepatutnya Najib tidak boleh berlagak sombong. Rakyat hanya mengenang jasa ayahandanya Tun Razak. Tambahan pula Cucu yang berasal daripada anak peneroka Felda di wilayah Jengka, Pahang. Allahyarham Tun Razak telah mengembalikan harapan keluarga Cucu untuk mengecapai kehidupan yang lebih selesa di muka bumi. Jasanya akan tetap dikenang sehingga ke akhir hayat. Tetapi bukan Najib, apa jasa yang telah beliau lakukan? Beliau hanya boleh berbangga menghabiskan wang Felda semata-mata. Maklumlah, beliau kini dilantink untuk menjaga kepentingan Felda. Tapi, nasib generasi kedua Felda terus tidak terbela dan terbiar. Masalah gejala sosial dikalangan anak-anak Felda kian meruncing. Semua ini tidak difikirkan oleh Najib. Apa yang penting ialah bisnes, bagaimana untuk membawa Felda menjadi sebuah badan korporat yang paling berwibawa.

Berbalik kepada isu Kelantan Darul Naim ini. Sebelum ini kita digemparkan dengan sikap keterbukaan yang dihulurkan oleh kerajaan pusat apabila turut mengundang Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz ke majlis perlancaran Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER). Bukan sahaja TG Nik Aziz diundang malahan diberi peluang untuk membuat ucapan selaku tuan rumah. Biarpun ucapan tersebut tidak disairkan oleh media arus perdana, namun bagi sekalaian hamba rakyat yang mempunyai internet dapat mengikutinya dengan jelas sekali. Dari rakaman tersebut, jelas sekali Menteri Besar Kelantan itu mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan pusat kerana sudah lebih 17 tahun memerintah, itulah satu-satunya program yang mana beliau dapat berada satu pentas dan satu bumbung dengan Perdana Menteri serta para pemimpin kanan kerajaan Barisan Nasional. Sebelum itu, jangankan untuk duduk sekali malahan diundang pun tidak. Beliau juga berbangga kerana dapat diberi peluang berucap pada majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah Badawi.

Maka keesokkan harinya tersebarlah gambar keintiman Pak Lah yang memimpin TG Nik Aziz menuruni tangga pentas pelancarana ECER tersebut. Heboh satu Malaysia mengatakan bahawa kerajaan pimpinan Pak Lah kini sudah mula berlembut dengan kerajaan PAS pimpinan TG Nik Aziz. Hingga ada yang mengandaikan jika perkara ini berlaku dan berterusan nescaya sillaturahim antara sesama parti Melayu Islam di negara ini dapat dirapatkan kembali. Inilah yang kita harap dan impikan sejak sekian lama. Bahkan pemimpin PAS itu juga ada menyebut bahawa PAS menentang UMNO bukan kerana UMNOnya, tetapi kerana UMNO tidak melaksanakan syariat dan undang-undang Islam di negara ini. Andainya UMNO melaksanakan segala syariat dan undang-undang Hudud dalam pemerintahannya maka sudah pasti PAS akan dibubarkan. Ini jelas sebenarnya. Namun apa yang berlaku sebaliknya justeru itulah PAS terus berjuang menentang UMNO hingga ke hari ini.

Soal pembangunan terus dijadikan alasan untuk UMNO/BN memerintah Kelantan. Kononnya rakyat Kelantan terus teraniaya dibawa kepimpinan tidak berwibawa kerajaan PAS hari ini. Soalnya jika kita ingin buat kajian jika Kelantan tidak maju dan membangun kenapa syarikat penerbangan tambah murah AirAsia memilih Kelantan sebagai destinasi mereka dan bukannya ke Kuantan, Pahang. Ini bermakna, pasaran pelancongan domestik dan antarabangsa lebih banyak tertumpu ke Kelantan. Di Kelantan mereka ada Pasar Siti Khadijah, Pengkalan Kubur, Rantau Panjang serta banyak lagi pusat-pusat membeli belah harga patut yang disediakan. Di Pahang, kalau pelancong datang, mana mereka hendak tuju untuk membeli belah? Kuantan Parade? Megamall? atau ke mana?. Kita juga harus berbangga kerana pusat membeli belah terkemuka di Kota Bharu iaitu KB Mall telah dipilih memwakili Malaysia dalam satu pertandingan pusat membeli-belah antarabangsa. Ini semuanya apa? Juga jika dilihat kepada pembangunan bidang perhotelan dan sebagainya, kita dapat lihat tersergam indah hotel-hotel seperti Renainssance dan lain-lain lagi. Hotel yang bercirikan budaya lebih menarik dari apa yang ada di Kuantan, dimana kebanyakkan hotelnya dalah berbentuk kotak-kotak kiub semata-mata.

Terbaru laporan akhbar hari ini dimana kumpulan pasaraya besar TESCO berhasrat membuka cawangannya di pantai timur, dan lokasi pilihan mereka ialah Kota Bharu, Kelantan. Kenapa tidak di Pahang? Apakah bukti semua ini. Bukankah ini menunjukkan kepada kita satu isyarat yang jelas bahawa mereka melihat Kelantan adalah sebuah negeri membangun yang boleh menarik pasaran pelanggan yang besar. Kepercayaan inilah yang menjadikan mereka berminat untuk mengadakan kerjasama serta melebarkan sayap perniagaan ke negeri serambi Mekah itu. Jika Kelantan diperintah oleh kerajaan yang tidak berwibawa, adakah para pelabur ini akan melabur di negeri tersebut. Ini belum termasuk lagi kita lihat syarikat-syarikat Melayu yang menjual kereta mewah, kedai tayar, kedai buku, gedung dan pasaraya serta permacam-macam lagi jenis perniagaan. Ia jauh berbeza dengan negeri yang diperintah oleh UMNO/BN dimana, jumlah perniagaan yang dimiliki oleh orang Melayu terlalu sedikit bahkan tiada langsung di sesetengah tempat. Apa yang dilihat ialah jenis perniagaan yang hanya dimonopoli oleh kaum lain terutamanya Cina. Apakah UMNO/BN ingin jadikan negeri Kelantan seperti itu? Berbanggalah kita mempunyai sebuah kerajaan Islam yang benar-benar melaksanakan tanggungjawab mereka. Sesungguhnya ini tidak berlaku di tempat lain termasuklah di Kuantan tempat tinggal Cucu ini.

Bagai ada satu perjanjian antara Si Rashit SPR dengan Kerajaan UMNO/BN ini. Dimana kemungkinan besar bagi mengenangkan jasa terakhir beliau, Rashit perlu pastikan Kelantan jatuh semula ke tangan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang. Ini jelas dapat dilihat menerusi limpahan pembangunan yang terus dibawa ke Kelantan. Bermula dengan Pak Lah, kini Najib pula terus bertandang ke Kelantan untuk mencanangkan sebuah pembangunan ala UMNO di negeri tersebut. Mereka yakin, kerana strategi penipuan mereka terdahulu berjaya mengurangkan kerusi DUN di Kelantan. Bahkan mereka hampir-hampir berjaya membentuk kerajaan di sana. Mujurlah, berkat doa alim ulamak akhirnya kerajaan PAS berjaya juga menguasai pemerintahan negeri Kelantan. Sesungguhnya kejadian ini sungguh dramatik. Media massa yang mengulas tentang pilihanraya di Kelantan, bagaikan terlalu taksub menyangkan BN menang di Kelantan. Namun akhirnya PAS juga yang berjaya mengekalkan kuasa. Inilah hakikatnya senario politik di Kelantan.

Orang-orang seperti Annuar Musa, Tok Pa, Awang Adek dan lain-lain lagi sudah pasti menanti peluang untuk menyerang. Jawatan Menteri Besar bakal dalam genggaman mereka. Kejayaan Idris Jusoh di Trengganu dijadikan tauladan. Maka mereka akan melakukan apa sahaja kali ini termasuklah desas desus mengatakan mereka akan memunggah pengundi hantu dari selatan Thailand. Percaya atau tidak, kemungkinan itu tidak mustahil. Baru-baru ini mereka merasmikan jambatan baru yang menghubungkan Malaysia dengan Thailand. Sayugia diingatkan, jambatan baru ini mungkin akan menjadi ‘Jalan Kereta Maut” untuk kerajaan Kelantan seperti di Burma dulu. Jambatan ini bakal memudahkan lagi mereka memunggah ribuan warga Thailand untuk bermastautain dan mengundi di Kelantan nanti. Maka, sesuatu perlua dilakukan bagi menggelakkan perkara ini terus berlaku.

Semalam, sekali lagi Najib mengadakan kempen di Kelantan. Anehnya jikasemasa ECER TG Nik Aziz dijemput. Namun kini tiada lagi kelibat menteri besar itu. Bak kata TG Nik Aziz, mereka ini BIADAP kerana masuk kerumah tanpa memberi salam terlebih dahulu. Bukan sahaja tidak menghormati tuan rumah malahan pula menggunakan segala kemudahan didalam rumah untuk kepentingan peribadi mereka. Najib dengan lantang dan bongkaknya berkata kini tibalah masanya kerajaan PAS di Kelantan dikapankan. Kononnya selepas 18 tahun memerintah, negeri ini terus mundur. Rakyat terpaksa berhijrah ke negeri lain untuk mencari sesuap nasi. Maka tahun 2008 bakal memberi sinar baru untuk mengembalikan semula Kelantan kepada kerajaan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang. Kenyataan bongkak ini jelas menggambarkan bahawa mereka benar-benar terdesak untuk menakluki negeri Kelantan. Mungkinkah agaknya kerana mereka terdengar penemuan telaga minyak di negeri serambi Mekah itu. Sama-samalah kita tunggu apakah lagi yang bakal dilakukan oleh mereka selepas ini.

Buat diri Najib, eloklah beliau melihat apa yang berlaku di Pahang terlebih dahulu sebelum berkokok di negeri orang. najib harus ingat Allah baru sahaja menurunkan bala kepada negeri Pahang. Banjir luar biasa sehingga menenggelamkan kampung halamannya di Pekan sebenarnya harus di jadikan ikhtibar. Biarpun mereka cuba meletupkan beting pasir di muara Sg.Pahang dengan Bom C4 namun segalanya tidak berjaya dilakukan. Katan orang Pekan, bom C4 hanya sesuai digunakan untuk meletupkan Altantunya semata-mata tapi bukannya beting pasir di Pekan. Akhirnya Pekan terus digenangi air bah. Itu pun Najib masih mahu berkokok lagi. Ini belum lagi termasuk gegaran gempa bumi yang juga melanda di negeri ini. Kes ini bakal Cucu ulas dalam artikel akan datang. Semoga negeri Kelantan akan terus membangun bersama Islam hari ini, esok dan selama-lamanya.

Salah satu sedutan ucapan Najib yang sungguh meloyakan

[Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat Kelantan perlu menilai pemerintahan kerajaan Pas selama 17 tahun yang ternyata gagal membela umat Islam di negeri itu. Najib berkata, di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, BN bukan saja mewujudkan kemudahan beribadat, tetapi berjaya mempertahankan akidah Islam itu sendiri. "Umno sendiri menjadi benteng kepada akidah Islam di tanah air ini. Kita tidak perlu kepada slogan atau sepanduk membangun bersama Islam. Umno parti yang sudah menjadi pejuang, benteng dan pembela agama dan umat Islam.]

(Mereka boleh merancang apa sahaja, namun ingatlah segala-galanya hanya Allah yang menentukan. Justeru itu masrilah sama-sama kita berdoa agar kepimpinan ulamak di Kelantan akan terus dikekalkan agar ia menjadi contoh sebuah negeri Islam yang tulin suatu hari nanti. Buat jentera pilihanraya PAS berhati-hatilah dengan strategi yang sedang dirancangkan oleh mereka bagi menjatuhkan PAS di negeri itu.)

Posted in Politic | Leave a Comment »

Pengemis Buta Yahudi & nabi muhammad saw (hayati kisah ini )

Posted by offshoreman on January 11, 2008

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, “Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya”.Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak
bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, “Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?”.
Aisyah RA menjawab, “Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja”. “Apakah Itu?”, tanya Abubakar RA. “Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana “, kata Aisyah RA.Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, “Siapakah kamu?”. Abu Bakar RA menjawab, “Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).” “Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku” , bantah si pengemis buta itu.“Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku”, pengemis itu melanjutkan perkataannya.Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW”.Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, “Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia…. “Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW?Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau?
Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.
Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai Rasulullahmu. .. Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan. MasyaAllah.. ..kebajikannya…jalan terus.

Sadaqah Jariah – Kebajikan yang tak berakhir.

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.
2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.
4. Bantu pendidikan seorang anak.
5. Ajarkan seseorang sebuah do’a. Pada setiap bacaan do’a itu, Anda dapat hasanah.
6. Bagi CD Quran atau Do’a.
7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.
8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.
9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.
10. Bagikan email ini dengan orang lain.

Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

Posted in Tazkirah | Leave a Comment »

Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia

Posted by offshoreman on January 9, 2008

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut.Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya.Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar.Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?"Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. " Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!" Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya." "Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!" "Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?" Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.Setelah membaca Basmalah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan  Kami jadikan malam dan siang sebagai   dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).
-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika  Khidir menenggelamkan sampan,  membunuh seorang anak kecil dan ketika
  menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan  makhluk.
-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang  tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru  langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu
 di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi  Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali  lipat." (Al-An'am: 160).
-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat  dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah
 daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf
 ditambah dengan ayah dan ibunya.
-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai  menyingsing." (At-Takwir: 18).
-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat  barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu
 kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)
-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).
-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya':69).
-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).
-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah
Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malamhari dan Dua di siang hari.


Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.
Permintaan ini disetujui oleh paderi.Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?" mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak. Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!" Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "
Paderi pun berkata, “Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa
Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. “

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka
dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**

** Kisah nyata ini diambil dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah
 Wallahua'lam.

Posted in Tazkirah | Leave a Comment »