OFFSHOREMAN

WORK.ENERGY.POWER

Archive for December, 2007

2008 Tahun Kejatuhan BN

Posted by offshoreman on December 31, 2007

Oleh saifudin

http://www.tranungkite.net

Dup dap dup dap….. Semakin hari semakin dekat. Degup jantung sentiasa berdebar-debar, adakah Pak Lah bersedia mengetuai pertempuran yang diramalkan akan menjadi medan pertempuran terburuk dalam sejarah. 

Bermula Februari 2007, ramalan demi ramalan tarikh pilihan raya berlangsung, tetapi Pak Lah masih lagi was-was bila parlimen sepatutnya dibubarkan.

Peramal-peramal dalam media internet amat terkehadapan dalam meramalkan tarikh pilihan raya terutamanya melalui ‘The Toyol Code 2006’. Ada yang meramalkan bulan Mac, Mei, Jun, Julai, September November 2007, Mac 2008 dan yang terbaru sebelum Tahun Baru Cina.             

Pak Lah seakan-akan menunggu satu ’suasana yang aman’ bagi menghadapi pilihan raya ini. Tetapi nak tak nak, ia menjadi seperti angan-angan. Satu persatu isu timbul ’secara sengaja dan tidak sengaja’.            

Bermula dengan mengharapkan ’kerahmatan’ bajet 2008 tetapi akhirnya ditenggelami isu Batu Burok. Pelbagai cara untuk mengabui mata rakyat, tetapi ia seakan-akan gagal.            

Pembangkang yang diketuai Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI), sedikit demi sedikit menampakkan kegagahan dan kesediaannya untuk menghadapi pertempuran dalam pilihan raya nanti. ’Mood’ yang cukup memberangsangkan inilah yang membimbangkan Pak Lah untuk mengisytiharkan pilihan raya ini.              

Malah, secara tiba-tiba nama DSAI timbul kembali dalam arena politik tanahair (setelah beberapa kali menyesakkan nafas para penyokong pembangkang mengenai kesediaanya mengetuai barisan pembangkang). AlhamduliLlah bermulanya cabarannya terhadap Dato’ Najib dalam isu Altantuya, dituruti isu kehakiman, isu Hindraf, sehingga yang terbaru isu penyelewengan dalam projek ’Port Klang Free Zone (PKFZ)’.  

Isu Hindraf terutamanya seperti memberi ruang untuk pihak pembangkang mendekati masyarakat India. Remang bulu roma melihat gambar sambutan hebat masyarakat India kepada DSAI ketika beliau mengadakan lawatan Paya Besar, Lunas.
 Lebih hebat lagi apabila pendedahan yang mengaibkan dalam blog antikhairy.blogspot.com. Pendedahan ’aksi SX’ oleh seorang pemimpinan tertinggi dalam pemuda UMNO dengan seorang wanita, pasti merunsing dan meruncingkan persediaan UMNO terutamanya pemuda UMNO yang secara tidak langsung diketuai oleh Khairy Jamaluddin. Para penggemar blogger memang ternanti-nanti pendedahan penuh gambar tersebut.  

Pembongkaran isu tersebut seperti dibuat secara perancangan yang teratur dan menampakkan seakan-akan satu cara untuk melambatkan pengisytiharan pilihan raya oleh Pak Lah. Dikhabarkan ada dua isu besar yang akan dibongkarkan yang boleh menyebabkan Pak Lah menunda tarikh pilihan raya nanti dan membolehkan tarikh pilihan raya melepasi tarikh pembebasan mutlak DSAI pada April 2008. 
 

Tibanya tahun 2008 pastinya lebih ’menyegarkan’ pihak pembangkang yang menanti isu yang boleh ’menelan’ jiwa rakyat iaitu kerakusan kerajaan Pak Lah yang tidak sanggup ’menahan’ kenaikkan harga minyak. Kezaliman kenaikkan harga minyak sebanyak RM0.30 awal 2007 pastinya masih terasa yang telah mengakibatkan kesan kenaikkan harga barang-barang keperluan terutamanya barang dapur.

Tentunya rakyat Malaysia masih ingat, walaupun 2-3 minggu ’tentera retorik BN’ sepertimana yang dilaporkan didalam akhbar-akhbar untuk memerangai serta menangani supaya harga barang tidak naik, tetapi ia tetap retorik.  

Menjelang tahun 2008, Malaysia dihadiahkan sekali lagi oleh Samy Vellu kenaikkan harga tol dibeberapa tempat. Yang pasti tahun 2008 nanti, beberapa barangan keperluan pasti akan naik harga. Gambaran pantun yang dipetik dalam internet dapat memberi gambaran kenaikkan harga barang nanti.

Roti Oh Roti Kenapa Harga Naik ?
Macam Mana Aku Tak Naik, Harga Tepung Naik, Harga Tepung Naik

Ikan Oh Ikan Kenapa Harga Naik ?
Macam Mana Aku Tak Naik, Tambang Lori Naik, Tambang Lori Naik

Lori Oh Lori Kenapa Tambang Naik ?
Macam Mana Aku Tak Naik, Harga Diesel Naik, Harga Diesel Naik?

Minyak Masak Oh Minyak Masak Kenapa Harga Naik ?
Macam Mana Aku Tak Naik, Harga Sawit Naik, Harga Sawit Naik

Tol Oh Tol Kenapa Engkau Naik ?
Macam Mana Aku Tak Naik, Konsesi Agreement Sudah Setuju

Konsesi Agreement Oh Konsesi Agreement Kenapa Tol Naik
Macam Mana Aku Tak Naik, Samy Sudah Setuju, Samy Sudah Setuju 
 

Barang Naik (BN), satu ungkapan yang pasti ’menambat’ hati rakyat, insyaAllah. Isu ini boleh dikatakan isu yang paling besar berbanding isu-isu sebelum ini, kerana ia ’memakan jiwa’ rakyat marhaen.
 Berjaya atau tidak DSAI dan pembangkang memanipulasi isu yang telah tersedia dan yang bakal terhidang pastinya menganggu tarikh-tarikh yang ada dalam pemikiran Pak Lah.

Secara peribadi, jika isu-isu ini dilemparkan secara berperancangan, saya merasakan tarikh pilihan raya akan melepasi bulan april 2008. Mungkin telahan yang timbul, DSAI bukan satu faktor besar, tetapi DSAI mungkin akan lebih ’ganas’ setelah tarikh ’penggarian’ dibuka. 

Yang penting DSAI & pembangkang perlu bersedia dengan pelbagai strategi yang mampan untuk menggagalkan tayangan video klip mengenai kesilapan-kesilapan DSAI ketiada berada di dalam UMNO dulu. Pengedaran CD tersebut dalam pilihan raya umum 2004 dan diulangi secara berleluasa di Pilihan Raya Kecil Ijok, menampakkan perlunya pihak pembangkang lebih bersedia dalam menangani isu ini. 

Semoga tahun 2008 ialah Tahun Kejatuhan BN yang mebolehkan rakyat Malaysia dapat hidup lebih aman dan sejahtera. Insya-Allah

Posted in Politic | Leave a Comment »

Team Najib ” tangan Ajaib ” dibelakang Hindraf cuba jatuhkan Paklah?

Posted by offshoreman on December 31, 2007

Oleh Reformis Muda

http://www.tranungkite.net

Entah kenapa, hantu mana yang merasuk Najib di keningau Sabah, dia macam dirasuk apabila berucap dan menuduh Pembangkang cuba membawa cara politik ganas Pakistan, Benazir Bhuto yang dibunuh dia pula yang naik angin. seolah olah Benazir ditembak di Kuala Lumpur apabila Najib cuba “spin” apa yang berlaku di Pakistan itu dan cuba mengaitkan Pembangkang. samada Najib melatah kerana pening kepala akibat perang besar yang bakal berlaku antara team dia dan team Paklah ataupun satu petanda ” orang buat tabiat” sebelum karier politiknya nya menemui ajal. Apakah Najib bodoh atau tak reti bahasa apabila cuba mengaitkan Pembangkang. ramai juga yang hairan dengan Najib kenapa dia senyap sunyi dalam kes Hindraf yang jelas berlaku didepan mata, dan membiarkan Paklah bersilat berseorangan melawan Hindraf tetapi dia mengamuk sakan bila Benazir Bhuto dibunuh. kenapa Najib tak mengamuk semasa hangat isu Hindraf diperkatakan . Najib senyap sunyi, dan seolah olah gembira apa yang menimpa kerajaan Paklah. kerana inilah masanya dia melakukan undi tidak percaya menjelang perhimpunan Agung Umno tahun hadapan. saya akan melawan teori Datuk Ron dan Bloger Anti Khairy yang cuba megaitkankan menantu Paklah dalam fenomena Hindraf. sebenarnya Hindraf adalah petanda dan misteri ada “tangan ajaib” kem Najib cuba menjatuhkan kem Paklah. masalah Umno bukan hanya soal parti Gerakan dan Mic tetapi perang sudah marak dari dalam. Kredebiliti Paklah kini cuba digangu gugat samaada dari dalam mahupun luar. caranya , Najib menggunakan bantuan luar Parti untuk menunjukkan kepimpinan Paklah tidak lagi diterima oleh parti komponen dan masyarakat cina dan juga india di Malaysia. Najib tahu orang melayu Umno tak boleh dipercayai ,kerana Khairy telah mencengkam pemuda dan bahagian bahagian Umno. hari inipun petandanya makin jelas, cerita disebelah kem Paklah pula diperkuatkan lagi dengan berita hangat apabila Datuk Radzi Sheikh Ahmad secara terbuka mencadangkan Shahidan Kasim digantikan, kerana Shahidan juga orang Najib! begitu juga sebelum ini melibatkan Khir toyo , Khir Toyo pun membuat pengakuan penggal ini mungkin terakhir dia menjadi MB Selangor.kita juga tahu Khir Toyo juga dalam kem Najib dan bukan lagi rahsia cakap cakap politik Khir mahu merebut jawatan Ketua Pemuda, Khir toyo seolah olah mahu mencabar cita cita Khairy yang mahu menjadi PM sebelum umur 40. dalam Umno kini sudah ada macam ” Najib Team Cleansing” pembersihan kem Najib. dengar dengar cakap Politik Tajol Rosli juga bakal diganti, kerana orang Paklah sudah dapat mengesan Najib mengadakan Mesyuarat tertutup dengan kepimpinan Umno Perak dibagunan Kerajaan negeri, kali terakhir ketika najib merasmikan sukan belia di Stadium Indera Mulia Perak. cuma kem Paklah menunggu sebab besar untuk menggantikan Tajol Rosli. jadi kita usahlah berasa bimbang dengan amukan Najib semalam, masalah sebenar najib bukan soal Benazir Bhuto, bukan soal pembangkang, tetapi dia kepanasan kerana kini kerja kerja pembersihan kem Najib sedang berlangsung. mungkin giliran Najib pula selepas pilihanraya, andai BN kalah teruk Paklah pula bakal dimangsakan Najib dengan undi tidak percaya terhadap Paklah!! namun dalam kem Paklah mereka bukan tidak boleh menjangka perkara tersebut bakal dilakukan Najib, bukanlah bodoh sangat kem Paklah ini, atas sebab itu orang orang Najib akan dipancung dahulu satu persatu sebelum pilihanraya, agar bila BN kalah teruk Najib akan berseorangan andai bercita cita melawan Paklah. Yang untungnya sekarang adalah ANwar, itulah sebabnya Najib sudah naik angin, asalnya isu Hindraf mahu dugunakan sebagai senjata dua serampang iaitu kepada Paklah dan kepada Pembangkang. Najib mahu tuduh ANwar orang kuat Hindraf, mahu bagi orang melayu benci kepada ANwar! apa yang berlaku adalah sebaliknya, Anwar kini mendapat sokongan hebat akar umbi dari seluruh lapisan masyarakat, buktinya lawatan terbaru ANwar ke Kedah Anwar menerima sokongan luar biasa akar umbi dan yang amat luar biasanya sambutan masyarakat India. lebih teruk lagi apabila peluru Najib berpatah balik kepadanya . kini kem Paklah kini bertindak balas melakukan pembersihan kem Najib apabila mengetahui Hindraf dan Gerakan mainan politik kem Najib. itu sebab Najib kini megamuk sakan. Najib ada Rekod tembak dan Bom Perempuan. kematian benazir bhuto dan politik ganas Pakistan tiada kena mengena dengan soal pembangkang. Najib jangan lupa bahawa orang dialah selama ini yang telah menggunakan kaedah pembunuhan Benazir Bhuto.dalam pembunuhan Politik negara lain termasuk kesRafiq Hariri, Jamal Nasir adalah melibatkan ahli politik lelaki. satu satunya orang politik yang menggunakan kaedah pembunuhan Benazir Bhuto dan melibatkan juga wanita adalah Najib. orang Najib telah menembak altantuya sebelum meletupkannya menggunakan C4.sama dengan cara dengan pembunuhan Benazir jadi janganlah najib cuba memutar belit fakta.silap sialp Najib bakal disiasat FBI kerana gaya pembunuhan Benazir sama dengan kaedah yang dugunakan najib, dan pembunuh Benazir mungkin anak didik Najib.jadi kita minta Najib bawa bawa sedarkan diri. Najib meracau mungkin akibat demam panas yang sedang melanda dalam teamnya. Selamat berlawan diucapkan kepada Najib dan Paklah. bagi kita Lawan Tetap Lawan..!!! Reformis muda

Posted in Politic | Leave a Comment »

ADUN Paloh dicadang jalani pemeriksaan kesihatan

Posted by offshoreman on December 31, 2007

 Oleh Dr Rosli Allani Abdul Kadir

aDewan Pemuda PAS Negeri Kelantan memandang serius peristiwa kekecohan yang berlaku di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan beberapa hari yang lepas.
Kekecohan bermula apabila ADUN Barisan Nasional kawasan Paloh, Norzula Mat Diah tidak menghormati Dewan dengan menjerit jerit ke arah EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Haji Zulkifli Mamat semasa beliau cuba menjawab soalan yang dikemukakan.

Ianya kemudian berakhir dengan cubaan serangan fizikal ke atas ADUN Kelaboran, Zaki Ibrahim yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri.Perwatakan yang ditunjukkan oleh beliau seminggu sebelum itu yang seakan tidak dapat mengawal perasaan (emotional outburst), panas baran (irritability) serta perubahan sikap yang agak ketara mungkin berkait dengan kemalangan jalanraya pada 8 Julai 2007 lepas, yang mengakibatkan beliau mengalami kecederaan parah.Dalam kejadian itu, beliau dilaporkan hampir maut apabila Toyota Harrier yang dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam cerun sedalam kira kira 5 meter di Jalan Chengal Perah, Kuala Lipis di kilometer 66 Jalan Kuala Lipis Merapoh.

Beliau dilaporkan menerima 14 jahitan selepas dimasukkan ke Hospital Gua Musang.

Kebarangkalian untuk beliau mengidap Sindrom Gegaran Otak Traumatik amat tinggi berdasarkan kepada kecederaan dan perwatakan yang ditunjukkan. Ia biasanya menyebabkan pesakit hilang tumpuan, mudah kepenatan, pelupa, mudah kecewa, insomnia (masalah tidur), pemarah dan mengalami perubahan sikap yang ketara.

Ianya boleh dialami oleh pesakit sehingga setahun dari tarikh kecederaan, namun bergantung kepada tahap kecederaan boleh berlarutan untuk jangka waktu yang lebih lama.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan akan mengutuskan surat kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk mencadangkan beliau meminta ADUN Paloh agar mendapat pemeriksaan perubatan dari pakar Neurologi dan Neuropsikologi untuk menilai tahap kesihatan beliau serta kemampuan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ahli Dewan Undangan Negeri secara berkesan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan merasakan keperluan ini amat mendesak mengambil kira seriusnya perkara yang berlaku baru baru ini, yang boleh menjejaskan integriti Yang Dipertua dan kemuliaan Dewan Undangan Negeri Kelantan.

——————-
Penulis adalah Pengarah Jabatan Kerajaan Dan Swasta
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Posted in Politic | Leave a Comment »

Keluasan Neraka Yang Amat Dasyat

Posted by offshoreman on December 31, 2007

Untuk dikongsi, betapa kasihnya Rasulullah kepada umatnya….
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang
kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah
mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w. “Mengapa aku melihat kau
berubah muka?”

Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh
supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang
yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu
benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia
merasa aman daripadanya.”

Lalu nabi s. a. w. bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.”

Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan
selama
seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun
sehingga
putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap,
tidak
pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau
dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan
dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah
yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu
digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi
kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur’an
itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar
orang-orang yang di hujung timur kerana
sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,
dan
minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan
api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada
bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.”

Nabi s. a. w. bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu
rumah kami?” Jawabnya: “Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya
di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000
tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.” (nota
kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: “Siapakah penduduk masing-masing pintu?”
Jawab Jibrail: “Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan
orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa
a. s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua
tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat
orang shobi’in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi
bernama
Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.” Kemudian Jibrail
diam
segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: “Mengapa tidak kau
terangkan penduduk pintu ke tujuh?” Jawabnya: “Di dalamnya
orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum
sempat bertaubat.”

Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,
sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya
sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: “Ya
Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada
seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?” Jawabnya:
“Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.” Kemudian nabi s.
a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk
ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang
kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila
sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari
kitab “Peringatan Bagi Yg Lalai”)

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari
Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi
lautan
racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Wallahua’lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

” Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah
Kami
menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu
dilaknat
oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.”

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:”
Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat..

Posted in Tazkirah | Leave a Comment »

Kisah Dari Tanah Suci: Berkat sayang, muliakan kucing

Posted by offshoreman on December 19, 2007

From Harakahdaily
Abdul Wahab Muhammad Nor
Tue | Dec 18, 07 | 10:40:05 am MYT
Sempena wukuf di Arafah hari ini (18 Disember) dan Hari Raya Korban esok (di Arab Saudi), disiarkan Kisah Dari Tanah Suci ini untuk iktibar bersama. Kisah ini mengenai seorang wanita Muslimah Melayu berasal dari Perak yang menunaikan haji kira-kira enam tahun lalu.Wanita ini kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenallah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solihah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin.

Posted in Story | Leave a Comment »

Banjir di Kelantan kerana PAS?

Posted by offshoreman on December 18, 2007

 From Harakahdaily

Mat Zain Mat Isa
Tue | Dec 18, 07 | 2:54:19 pm MYT

Tak nak tulis pun rasa nak mengulas. Isunya bukan lah besar sangat, tapi tak kena rasanya kalau tak disentuh langsung. Apatah lagi perkara itu melibatkan kepentingan awam dan dikaitkan pula dengan imej politik satu-satunya kerajaan pimpinan PAS.Ada benarnya kata orang, dalam dunia politik tidak ada perkara yang terselamat dari dimanipulasi atau diputarbelit demi kepentingan politik. Manusia sebagai makhluk politik akan sentiasa mengintai peluang dan mengambil kesempatan atas apa jua yang berlaku untuk mengaitkannya dengan kelemahan musuh. Harap-harap dengan menghentam musuh, mereka akan mendapat mileage politik. Begitulah lumrah dalam dunia politik.

Apa yang dikesalkan, kekadang ahli politik kita sampai bercakap dan bertindak di luar rasional. Semata-mata demi mengejar kepentingan politik, ada pemimpin sanggup bercakap sesuatu yang tidak masuk akal, malah boleh menjadi bahan tertawa orang ramai. Kenyataan seorang pemimpin kanan BN Kelantan beberapa hari lalu adalah termasuk di dalam kategori ini.

Dalam kenyataan disiarkan akhbar Berita Harian, Sabtu, 15 Disember, Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Sazmi Miah meletakkan kerajaan PAS Kelantan sebagai punca berlakunya banjir di negeri itu.

Akhbar itu memetik katanya, kegagalan Kerajaan Kelantan pimpinan PAS mewartakan hutan seluas 5,000 hektar di Lojing sebagai kawasan tadahan hujan menyebabkan penduduk negeri itu terus terdedah kepada ancaman banjir besar setiap kali musim tengkujuh.

“Lebih 10,000 penduduk di kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Machang, Tanah Merah dan Kuala Krai, yang tinggal berdekatan dengan Sungai Kelantan dan Sungai Golok terus terdedah kepada banjir jika usaha ke arah itu tidak dilakukan kerajaan negeri dengan segera,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Machang itu, pembalakan secara besar-besaran oleh pihak yang mendapat konsesi membalak di Lojing menyebabkan Sungai Kelantan dan Sungai Golok menjadi cetek disebabkan lumpur yang dibawa arus dari kawasan terbabit.

Sekali imbas saja kenyataan setiausaha parlimen itu mengundang pertikaian. Cuba kita ajukan beberapa persoalan balas kepada kenyataan Sazmi tadi. Pertama, sejak bilakah fenomena banjir di musim tengkujuh berlaku di negara kita, khususnya di Kelantan? Apakah ia hanya mula berlaku sebaik PAS memerintah negeri itu? Apakah ia tidak pernah berlaku sepanjang 12 tahun pemerintahan BN (1978-1990) dulu?

Jawabannya tentu sekali diketahui umum bahawa banjir adalah fenomena alam di Kelantan sejak berzaman. Ia tidak ada kena-mengena dengan pemerintahan PAS.

Kedua, jika soal pewartaan kawasan hutan dikatakan punca banjir, mengapa ketika BN memerintah dulu, parti itu tidak mengambil kesempatan mewartakan kawasan yang dimaksudkan itu? Mengapa tunggu sudah kalah dan jadi pembangkang baru nak bising soal itu?

Ketiga, jika benar dakwaan Sazmi bahawa banjir berlaku di Kelantan akibat mendapan lumpur dari aktiviti pembalakan di Lojing, bagaimana halnya dengan sungai-sungai lain? Contohnya Sungai Kemasin di Bachok, Sungai Semerak di Pasir Puteh, Sungai Besut dan Sungai Jertih di daerah bersebelahan Kelantan. Apakah di sana tidak ada banjir kerana tiada aktiviti pembalakan di hulu sungainya? Setahu kita, setiap tahun ada-ada saja penduduk di daerah-daerah itu yang menjadi mangsa banjir.

Keempat, jika dikatakan kegagalan kerajaan PAS Kelantan mewartakan hutan Lojing sebagai punca banjir, bagaimana pula dengan banjir di Pahang, Johor, Terengganu, Negeri Sembilan dan lain-lain negeri itu?

Dalam keadaan yang berlaku sekarang ini, apakah boleh dikata bahawa kerajaan BN di negeri-negeri itu juga gagal mewartakan kawasan tadahan hujan di hulu sungai masing-masing? Jika ya, mengapa Sazmi tak bising-bising soal banjir di negeri-negeri itu?

Seperti yang dikatakan di awal tadi, isunya bukan lah besar sangat. Tapi, oleh kerana yang bercakap itu seorang Setiausaha Parlimen dan pihak yang dipersalahkan itu pula sebuah kerajaan negeri, maka perkara yang diucapkan itu sepatutnya biarlah lebih bertanggungjawab.

Apatah lagi dalam suasana rakyat sedang menghadapi musibah besar sebegini, adalah tidak wajar mana-mana pihak cuba mengambil kesempatan atas kesusahan mereka.

Tapi itulah apa yang dikata orang bahawa dalam dunia politik tidak ada perkara yang tidak dipolitikkan. Kerapkali kenyataan orang politik yang dirasuk sentimen kepartian akan membelakangi rasionaliti. Dia terdorong melihat hanya keburukan parti lawan, sehingga sanggup mengemukakan hujah yang kadang-kadang tidak masuk akal dan tidak menepati fakta sebenar.

Dalam hal ini, Sazmi tidak terkecuali. Fakta dan persoalan yang diajukan tadi sudah cukup untuk mempertikaikan rasionaliti kenyataan setiausaha parlimen itu. Bagaimanakah seorang terpelajar seperti beliau terlepas pandang fakta-fakta itu?

Kalau nak cari mileage politik pun, biarlah munasabah dan kena pada tempatnya. Lain lah kalau negeri-negeri diperintah BN itu langsung tidak dilanda banjir!

Posted in Politic | Leave a Comment »