OFFSHOREMAN

WORK.ENERGY.POWER

PM Kesayanganku…Pak Lah

Posted by offshoreman on June 20, 2008

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepade Pak Lah kerana menaikkan rege minyak..  
selepas ini apebile rege minyak naik.. rege barang yg lain akan naik..  
Saya akan merubah tabiat saya dari makan ikan kembung yg dah merah mate dan pecah perut kepade ikan
kering sahaja..  
Saya sanggup berkorban untuk UMNO dan BN..  
Anak saye yg seramai 5 org itu boleh bekerje selepas waktu sekolah untuk membantu keluarga dan meneruskan tradisi m enyokong UMNO dan BN.Saya akan merubah bilik bilik yg ade di rumah saya untuk dijadikan tempat menternak
ikan dan menanam sayur secare hidroponik.Saya terpakse tanam dalam bilik kerna saya dok kat umah flat..  
rebet yg diberikan kepade saya memang melebih dari keperluan saya..  
Apebile saya congak.. saya hanya menggunakan 20 sen aje duit minyak moto sehari.. ade untung 21 sen.Saya tak pakai pon kete… sebab bile minyak naik.. saya kene jual datsun kotak mancis saya.. dapat gak duit.. anak anak saya, saya akan soh eksesais setiap hari dengan berjalan kaki atau naik beskal ke sekolah.. sejauh 5 km.Walaupon saye berpendapatan rm 1000.. ia terlebih cukup untuk keluarga saya…  
Buat permulaan untuk merubah kehidupan saya..saya tidak akan menggunakan gula… tak akan menggunakan tepung untuk buat jempot-jempot.Akan menggantikan beras ngan ubi… setiap hari saya dan keluarga akan berpuasa (kecuali pade hari hari yg dilarang ajerk).Saya akan buat minyak masak sendiri.Itu antara care saya merubah hidup..ade banyak lagi care semuanya kerna UMNO dan BN…  
dan saya ingin meminta Pak Lah supaya menaikkan lagi rege minyak yg ade.. bukan tu ajerk.. diminta menaikkan lagi rege tol kerna org sebelah rumah saya nih org pembangkang dia selalu ikut highway, bior padan ngan muke dia.

Mungkin pak lah boleh melawat saya dan bersedekah kepade saya sehelai kain pelikat dekat-dekat pilihanraya nanti.. Insyaallah kain pelikat itu saya akan framekan dan gantung dirumah.. tapi jangan lupa.. Pak Lah tandatangan yerk..!  
Jgn lupe Pak Lah.. naikkan lagi rege minyak..jgn turun kan gaji menteri menteri dan tuan penasihat 25%..  
Saya tetap akan menyokong pak lah..  

Akhir kata bior pak lah senang, janji kami susah.. hidup UMNO, hidup BN..  

Sekian terima kasih..  

ps/ sampaikan salam saye pade KJ dan Patrik badawi.. dan tak lupe gak tuan punya syarikat Scomi  

Posted in 1 | Leave a Comment »

Kronologi ADUN melompat parti (Siri 1)

Posted by offshoreman on May 16, 2008

Umno pernah beli Adun PAS, tumbangkan kerajaan di Terengganu

PENGKALAN CHEPA, 15 Mei – Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) merupakan parti politik pertama yang menghianati demokrasi dengan mengamalkan sogokan wang.

Katanya, parti tersebut tidak perlu menggelabah sekiranya orang lain (pembangkang) juga cuba melaksanakan perkara yang serupa.

Beliau diminta mengulas kenyataan anggota Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dikatakan ditawarkan dengan harga yang tinggi sehingga boleh menampung tiga generasi sekiranya melompat parti.

Menurut Dahlan, jumlah sebenar yang ditawarkan oleh utusan khas hantar untuk bertemunya sebelum ini hanya akan didedahkan apabila tiba masa yang sesuai.

Sebelum itu Menteri Besar menyampaikan saguhati kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM, STAM dan STPM di Pusat Tarbiah Islamiah (Putik) di sini, petang tadi.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, Umno sebenarnya menjadi guru dalam semua kerja jahat termasuk membeli undi, menyogot wang termasuk membeli wakil rakyat untuk mendapatkan kemenangan.

Inilah bahananya Umno, dia buang najis, lepas tu dia suruh orang lain basuh, mana boleh, padan dengan muka Umno, tak perlu pertikai lagi la (beli Adun), sebab dia selama ni yang mengajar orang lain, ujarnya.

Menurutnya kerajaan Terengganu pernah jatuh ketika di bawah kerajaan PAS yang diterajui Allahyarham Daud Samad kerana Umno menggunakan kaedah itu untuk menawan negeri berkenaan.

Kerajaan Kelantan yang jatuh pada tahun 1978 juga kerana Umno menculik seorang wakil rakyat PAS ketika itu, Haji Omar untuk tujuan menumbangkan kerajaan PAS, katanya.

Selain itu tiga Adun PAS yang menang pada pilihan raya umum 2004 turut ditawarkan dengan harga yang cukup tinggi tujuan untuk melompat parti kepada BN.

Beliau mendakwa wakil rakyat terbabit ditawarkan hingga RM5 juta. Siapa yang melakukan semua itu kalau bukan Umno.

Jadi Umno kena faham apa yang berlaku jangan marah sebab mereka sendiri yang mengajar (memulakannya), jadi jangan marahlah, padan muka dia (Umno),tambahnya.

Ditanya pejabat DAP di Perak yang dibom dengan petrol malam semalam katanya tindakan itu dilakukan oleh mereka yang kecewa.

Kalau beriman, mereka akan bertindak mengikut cara Islam, sebaliknya bagi yang tidak berpandukan ajaran Islam akan melalukannya begitu.

Bagi orang yang kecewa tidak boleh berhujah dengan dalil atau kebenaran, dia akan melepaskan geram atau kecewanya dengan bom. Ini semuanya tak betul,ujarnya. – mj

Posted in Politic | Leave a Comment »

Boikot Barangan Belanda

Posted by offshoreman on April 10, 2008

Saya ingin memohon kerjasama semua agar mengedarkan senarai produk ini kepada semua rakyat Malaysia agar semua produk dari Belanda ini diboikot.
Ini adalah berikutan filem pendek FITNA yang dijaja dan diedar ke seluruh dunia oleh Geert Wilders, Ahli Parlimen Belanda yang bersifat perkauman dan suka menghina Islam.
Saya juga ingin memohon bantuan semua bloggers agar menjadikan Boikot ini satu usaha bersama agar lebih ramai umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia khususnya diberi peringatan dan pendedahan.
Pada pendapat saya ini adalah salah satu Jihad Ekonomi yang boleh kita jalankan kepada musuh Islam yang menghina dan mencaci kesucian agama Islam.
Menghina Nabi Muhammad seolah-olah menghina Allah. “Taatlah kepada Allah dan Taatlah kepada Rasul.”

BOIKOT BARANGAN DARI BELANDA
Dutch Lady – Susu
Ferrero Roche – Coklat
Wall’s – Ais Krim
Ing -Insurans
Planta -Magerin
Lady’s Choice -Magerin
Lipton -Teh
Shell -Minyak
Knorr -Perisa Makanan
Dove -Mandian
Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
Radiant -Deodoran
Rexona -Deodoran
Ponds -Produk Kecantikan
Kieldsens -Coklat
Slimfast -Produk Pelangsing
Lego -Kismis
Philips -Barangan Elektrik
Duyvis -Makanan Ringan
Gouda -Keju
Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
Labello -Lip Balm
Pickwick -Teh
Venz -Mentega Coklat
Kinder Bueno -Coklat
Unilever -Syarikat
Dumex -Susu Tepung
Nutricia -Susu Bayi
Sunsilk -Shampoo
Fair & Lovely -Produk Kecantikan
Lux -Mandian
Vaseline -Lip Balm
Cif -Pencuci Lantai
Surf -Pencuci Kain
Wishbone -Pencuci Kain
Doriana – Keju Krim
Bertolli -Minyak Masak
Clear -Shampoo
Breeze -Pencuci Kain
Sun -Pencuci Kain

Posted in 1 | Leave a Comment »

Go To Hell “Geert Wilders”.You Are Son Of Bitch.

Posted by offshoreman on April 10, 2008

Assalamualaikum…

Umat Islam memandang serius filem FITNA yang dihasilkan oleh Geert Wilders, seorang ahli parlimen Belanda, yang kini ditayangkan di dalam internet di seluruh dunia melalui you tube.

Filem Fitna itu, yang disiarkan selama 15 minit dalam sebuah laman web pada 27 Mac, mengkritik Islam, dan ayat Qur’an digunakan dengan sewenang-wenangnya dan tidak mengikut konteks.

Ahli majlis perundangan Belanda Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan daripada paderi yang radikal dan menyebut surah Al-Quran dengan diselitkan imej serangan 11 Sept terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengeluar filem Belanda Theo van Gogh di Amsterdam street pada akhir tahun itu

Sedikit tentang sibangsat Geert Wilder. Beragama Roman Katholik dan pernah berjuang bersama tentera Israel. Si Bangsat ini pernah menyaran umat Islam negaranya supaya mengoyak Al Quran jika ingin menetap di Belanda. Juga pernah menyatakan bahawa sekiranya Nabi Junjungan kita masih hidup, baginda akan disenaraikan sebagai pengganas. Kenali Musuh anda !!!

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir semalam agar produk Belanda dipulaukan hanya mendapat perlian sinis daripada blog pro-zionis dan anti-Islamis seperti Jihad watch dan sebagainya.
Mereka berkata bahawa negara Belanda akan lebih kaya jikalau produk mereka di pulaukan oleh orang Islam kerana negara Eropah pula yang akan membeli produk mereka. Malah mereka memerli dengan mengatakan ekonomi mereka tidak terjejas dengan pemulauan produk ini kerana negara Islam adalah negara miskin. Denmark pernah mengalami kerugian USD 1.5 juta sehari kerana pemulauan barangan mereka.
Maka, marilah kita sama-sama melaksanakan kewajipan ini agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan yang sewajarnya.

Saya menyeru agar semua pembaca bersama-sama memboikot produk yang dihasilkan oleh Belanda

Posted in 1 | Leave a Comment »

Belanda Minta Hapuskan Al-Quran

Posted by offshoreman on April 10, 2008

Posted in 1 | Leave a Comment »

Raja Nazrin: Iktibar kejatuhan pemimpin

Posted by offshoreman on March 21, 2008

Sumber: Malaysia Kini

Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah meminta pemimpin negara ini supaya mengambil pengajaran dan iktibar daripada punca kejatuhan empayar, kerajaan malahan raja dan pemimpin, antaranya kerana kehilangan pedoman apabila berada dalam kegembiraan dan keasyikan memiliki kuasa.

raja nazrin perak regentBaginda bertitah, melalui sejarah, umum mengetahui ramai telah diberi peluang untuk menjadi pemimpin, namun hanya segelintir sahaja individu yang muncul sebagai pemimpin yang berjaya mencipta sejarah dan membina tamadun bangsa.
    
“Keadaan ini berlaku kerana ramai yang ketika diberi peluang untuk memimpin kehilangan pedoman apabila berada dalam kegembiraan dan keasyikan memiliki kuasa.
    
“Ada antaranya yang terleka, ada yang tersalah haluan, ada yang tersalah diberi nasihat, ada yang tersalah langkah dan ada yang tersalah perkiraan.
    
“Demikian terdapat himpunan sejarah berkaitan kepimpinan dan pemimpin yang sewajibnya dijadikan asas rujukan untuk ummah hari ini mempelajari dari kesalahan dan menjauhi dari mengulangi kesilapan yang sama,” titah baginda di majlis sambutan Maulidur Rasul dan penyampaian hadiah hafazan peringkat negeri Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Darul Ridzuan di Ipoh hari ini.

Menurut Bernama, Raja Dr Nazrin bertitah seorang pemimpin bertanggungjawab dalam menentukan arah haluan pengikutnya dan bertanggungjawab kepada mereka yang berada di bawah pimpinannya.
    
“Memimpin adalah satu tanggungjawab yang perlu disempurnakan secara amanah,” titahnya.
    
Baginda bertitah sebagai pemimpin yang beragama Islam, pemimpin itu perlu menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai sumber rujukan utama dalam mendapatkan panduan dan bimbingan untuk memerintah.

Bukan sekadar ritual

    
“Sebagai pemimpin, Nabi Muhammad S.A W memiliki kelebihan, memiliki keistimewaan, mendapat panduan dan bimbingan secara langsung dari Ilahi.

“Panduan dan bimbingan Ilahi itu terkandung di dalam kitab suci al-Quran. Perilaku dan sabda Baginda pula terkandung dalam himpunan Hadis yang telah berjaya dikumpulkan,” titahnya.
    
Raja Dr Nazrin bertitah Islam menetapkan sebagai pemimpin seseorang itu perlulah memiliki sifat-sifat amanah, merendah diri, jujur, ikhlas, berdisiplin, berkorban dan komited, selain gerun kepada Allah serta menyedari sentiasa dinilai oleh para pengikutnya.
    
“Kepimpinan yang mengutamakan ummah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W telah menarik sokongan ummah kepada Baginda, begitu juga terhadap ajaran yang dirisalahkan oleh Baginda.

“Hasilnya ajaran Islam berkembang pesat dalam tempoh yang begitu singkat menembusi sempadan budaya, menembusi sempadan geografi dan menembusi sempadan politik.

“Islam diterima secara universal dan tidak hanya terbatas menjadi agama kepada bangsa Arab, di bumi Arab sahaja.

“Kepimpinan Baginda juga diterima di alam sejagat dan terus diiktiraf setelah Baginda wafat sekian lamanya,” titahnya.
    
Raja Dr Nazrin turut memperingatkan agar acara-acara sambutan Maulidul Rasul yang dijalankan saban tahun tidak sekadar bercorak ‘ritual’ atau secara rutin sahaja, tetapi sebaliknya perlu memberikan impak kepada masyarakat.
    
“Setiap acara sambutan yang dianjurkan, melibatkan masa, melibatkan usaha, melibatkan tenaga dan melibatkan perbelanjaan.

“Oleh itu acara sambutan yang dianjurkan hendaklah memperlihatkan hasil serta bersifat produktif hendaknya,” titahnya.
    
Sempena sambutan Maulidur Rasul, baginda turut menyeru umat Islam supaya sentiasa bermuhasabah untuk menjadi umat yang terbaik.
    
“Mulakanlah bermuhasabah ke atas diri sendiri dan keluarga kerana disitulah bermulanya asas-asas kecemerlangan.

“Hayatilah kehidupan Rasulullah SAW sebagai panduan untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat,” titahnya.

Posted in Malaysiaku | Leave a Comment »

Khairy Punca BN Tewas Mengejut?

Posted by offshoreman on March 21, 2008

Sumber: MalaysiaKini

Najib menang dengan 26,000 undi dan jumlah ini lebih banyak daripada 2004 ketika BN sangat, sangat popular. Sebaliknya, Pak Lah – yang mempunyai majoriti 18,000 undi sebelumnya – kini hanya berjaya mendapat 11,000. Kenyataannya, dia telah hilang banyak undi. Dan tidak banyak pemimpin yang berjaya meningkatkan majoriti sejak 2004.Transkrip sidang media Tun Dr Mahathir Mohamad:

Adakah Tun terperanjat dengan keputusan (pilihanraya semalam)?

Mahathir: Saya rasa ia memang menggemparkan. Walaupun saya menjangkakan BN akan kalah tetapi saya tidak fikir mereka boleh tumbang di lima negeri.

Saya minta maaf, saya salah pilih Pak Lah. Saya tidak sangka seseorang Perdana Menteri boleh menukar semua dasar sebuah kerajaan. Jadi saya fikir masyarakat seluruhnya mesti rasa sangat-sangat marah. Ketiga-tiga kaum, Cina, Melayu dan India semuanya memberi reaksi.

Apakah Tun akan menekan Pak Lah agar meletakkan jawatan?

Saya rasa dia patut memikul tanggungjawab (atas kekalahan) ini. Macam tahun 2004, ketika mendapat majoriti besar, kemenangan itu digambarkan kerana dirinya 100 peratus. Sekarang dia harus terima 100 peratus tanggungjawab itu.

Apa maksud Tun mengambil tanggungjawab?

Dia telah memusnahkan Umno, merosakkan BN. Dan dia harus bertanggungjawab atas kekalahan teruk ini.

Jika dia enggan mengambil tanggungjawab, apakah anda fikir Umno akan memastikan dia melepaskan jawatan?

Saya fikir orang Umno di peringkat akar umbi sangat takut pada lelaki ini. Ketika saya (memimpin) dulu, mereka boleh mencabar saya. Tapi kali ini saya sendiri tidak dibenarkan bercakap. Saya diundang berucap di depan ahli-ahli Umno tetapi semuanya terpaksa dibatalkan. Mereka kata, polis meminta mereka membatalkannya.

Apabila anda kata (dia harus) ‘meletakkan jawatan’, apakah anda maksudkan (presiden) Umno atau Perdana Menteri?

Saya fikir dia patut (letak jawatan). Kalau orang Jepun, dia sudah lakukan ‘hara-kiri’. Saya fikir pencapaian Najib (Razak) bagus. Dia telah menang dengan menakjubkan, lebih baik berbanding 2004.Apakah yang anda fikir penyebab kekalahan ini?

Saya fikir menantunya (Khairy Jamaluddin) ada peranan besar.

khairy jamaluddinAnak muda ini yang tidak pernah mencapai apa-apa sebelumnya tetapi jelas Perdana Menteri lebih bersedia mendengar daripadanya berbanding polis, anggota Cawangan Khas dan angkatan tentera, yang lebih dekat dengan masyarakat akar umbi.

Mereka terlalu percaya pada laporan akhbar mereka sendiri sehingga mereka tidak dapat mendengar (sumber-sumber) yang lain. Mereka membuang apa sahaja yang mereka tidak gemar.

Apakah anda fikir masa untuk mengadakan pilihanraya ini (tidak sesuai) salah perhitungan?

Ia bolehlah disebut salah perhitungan tetapi saya ragu-ragu jika mereka menangguhkan tahun depan, keputusannya akan berlainan.

Apakah isu-isu yang mendorong tumbangnya negeri-negeri itu?

Banyak isu yang menyebabkan perasaan orang ramai, walaupun ada pertumbuhan ekonomi, mereka tidak rasa apa-apa (nikmat).

Mereka rasa kenaikan kos sara hidup satu faktor besar. Mereka juga nampak bahawa kerajaan kini ditadbir oleh satu keluarga sahaja. Apabila keutamaan keluarga melebihi kabinet, kerajaan, maka orang akan menentangnya.

Apakah anda fikir kerosakan ini akan kekal bersama BN?

Semuanya boleh diubah jika anda buat sesuatu dengan baik. Mereka menjadi begitu bongkak sehingga mereka menutup semua pandangan lain yang mereka tidak suka dan percaya pada laporan mereka sendiri yang tidak sejajar dengan apa yang sebenarnya terjadi dalam negara.

Dengan kejayaan pembangkang menembusi banyak lagi negeri-negeri, apakah yang akan terjadi?

Akan wujud ketidakstabilan untuk seketika. Jika pembangkang pandai, mereka boleh memperbaiki keadaan itu.

Apakah anda fikir Anwar Ibrahim masih lagi relevan?

anwar ibrahimSaya fikir dia masih lagi relevan tetapi dia tidak akan menjadi perdana menteri di negara ini.

Jika anda berada di tempat Pak Lah, apakah anda akan tergesa-gesa untuk menubuhkan kerajaan?

Saya akan mengambil tanggungjawab. Jika orang minta saya meletakkan jawatan, saya akan letak.

Selepas ketewasan teruk ini, apakah anda fikir BN masih mampu memperbaiki keadaan ini?

Masih ada harapan. Tetapi sama ada pemimpin-pemimpin bertekad untuk memperbaiki BN adalah persoalan lain.

Siapakah yang patut menggantikan Pak Lah?

najib tun razak 03Najib menang dengan 26,000 undi dan jumlah ini lebih banyak daripada 2004 ketika BN sangat, sangat popular. Sebaliknya, Pak Lah – yang mempunyai majoriti 18,000 undi sebelumnya – kini hanya berjaya mendapat 11,000.

Kenyataannya, dia telah hilang banyak undi. Dan tidak banyak pemimpin yang berjaya meningkatkan majoriti sejak 2004.

Benar, menantunya menang (di Rembau) tetapi dia hanya menang dengan majoriti kecil, lebih rendah daripada sebelumnya. Dia juga bertanding di kerusi yang selamat.

Bagaimana memperbaiki Umno?

Orang yang bertanggungjawab harus undur.

Jika orang Melayu tidak mengundi pembangkang, kekalahan teruk ini tidak akan terjadi. Kenapa boleh wujud gejala penyokong Umno memilih pembangkang kali ini?

Mereka fikir mereka kini dalam tekanan. Inflasi meningkat. Kehidupan mereka ala kadar. Semua tahu bahawa anda boleh cakap (bahawa) pertumbuhan (ekonomi) kini 6 peratus tetapi di mana 6 peratus ini di badan mereka? Mereka terpaksa membayar lagi.

Saya telah cakapkan perkara ini kepada Malaysiakini. Apabila anda berkata 6 peratus, ia hanya ukuran purata. Ia boleh dicapai apabila seseorang memiliki peratusan yang tinggi tetapi orang lain tidak mendapat apa-apa. Anda tidak boleh menunjukkan perangkaan jenis ini dan kemudian berharap orang ramai akan mengundi anda.

Seseorang yang cerdik akan tahu bahawa ia (statistik) tidak betul. Mereka yang tidak faham semua perangkaan ini, akan berpandukan apa yang sebenarnya dialami mereka. Apa yang mereka hadapi ialah kos sara hidup yang semakin tinggi dan tingkat kehidupan mereka makin rendah.

Jika kita tengok (sejarah) pilihanraya umum 1969, selepas Perikatan (kini BN) tewas, anda termasuk dalam golongan yang mendesak Perdana Menter (Tunku Abdul Rahman) melepaskan jawatannya kepada timbalannya (Tun Abdul Razak Hussein)

Saya dalam keadaan dilema kerana saya masih lagi ahli Umno.

Apakah anda akan menjadi pendesak lagi?

Saya akan terus bercakap. Jika orang tanya, saya akan berikan pendapat saya. Dan pandangan saya dalam perkara ini ialah orang yang bertanggungjawab harus berundur.

Melihat barisan pemimpin BN sekarang, apakah anda fikir kerajaan BN boleh mengurus ekonomi?

Tidak, saya tidak fikir mereka boleh mengurusnya. Walaupun mereka mempunyai ramai orang dan banyak wang, mereka tidak dapat berbuat apa-apa.

Kenapa?

Anda kena tanya pemimpin-pemimpin di negeri.

Pulau Pinang telah jatuh ke tangan DAP, bagaimanakah keadaan ini memberi kesan kepada Melayu?

Ia bukan hanya di Pulau Pinang. Jika kita hendak membaikinya, kita mesti mempunyai pemimpin-pemimpin Melayu, kita memang ada kerajaan Melayu dan warga Melayu mestilah tahu bagaimana mengatasi masalah mereka.

tengku razaleigh 02Apakah yang pemimpin veteran seperti Tengku Razaleigh (Hamzah) boleh buat untuk membantu Umno, setakat kini?

Mereka boleh memberi idea.

Apakah ia untuk melawan dan memaksa Pak Lah meletakkan jawatan?

Saya tidak bercakap soal pemberontakan tetapi (kita) mesti beri tekanan. Dan jika tekanan itu diabaikan oleh Pak Lah, maka ia akan menjadikan perkara ini suatu ketegangan.

Apakah anda fikir kemenangan besar itu akibat dorongan Anwar?

Saya tidak fikir kerana dia. Saya fikir keinginan (mereka) menentang BN lebih kuat daripada (mereka) menyokong pembangkang.

Mereka (pengundi) tiada pilihan. Jika anda tidak memilih BN, siapa lagi yang anda pilih? Hanya ada dua calon. Jadi anda memangkah calon pembangkang atau anda langsung tidak membuang undi. Kedua-duanya (keadaan ini) menyebabkan BN hilang banyak sokongan.

Orang kata Umno masih takutkan Pak Lah. Jadi bagaimana mereka boleh menekan Pak Lah agar berundur?

Saya yakin akan ada beberapa anggota yang berani di luar sana.

Apakah ada pilihan lain bagi Pak Lah selain melepaskan jawatan?

abdullah ahmad badawi pak lah 110907Saya tidak fikir ada pilihan lain. Seseorang yang bertanggungjawab 100 peratus harus menunjukkan bahawa dia sedia bertanggungjawab.

Ada orang kata jika majoriti dua pertiga BN dinafikan, peristiwa 13 Mei akan berulang. Kenapa ia tidak terjadi sekarang?

Tidak, saya tidak fikir ia akan berulang. Polis juga sangat berhati-hati, melarang orang berdemonstrasi dan jangan berarak.

Pada 1969, polis memberi keizinan kepada pembangkang menganjurkan perarakan kemenangan. Dan mereka bergerak ke Kampung Baru dan mula menghina orang-orang di situ, yang tentunya akan dibalas. Ia berakhir dengan rusuhan.

Jika polis terus bertegas dengan demonstrasi dan perarakan, saya tidak fikir akan wujud apa-apa masalah.

Apakah ini waktunya menghapuskan politik perkauman?

Saya katakan, ini (penolakan pada BN) melibatkan semua kaum. Bukan Cina sahaja tolak BN atau semua India tolak BN. Dalam kes ini, anda lihat Cina, India dan Melayu menolak BN kecuali di Sabah dan Sarawak.

Umno masih mengekalkan banyak kerusi berbanding parti-parti komponen seperti MIC dan MCA. Apakah mereka sanggup mendesak Pak Lah meletakkan jawatan?

Itu terpulang pada mereka sama ada mahu menekan atau tidak tetapi konsep BN masih relevan. Jika tidak ada (presiden MIC) Samy Vellu, maka cari seorang lagi Vellu.

Boleh ulas tentang Zam (Zainuddin Maidin)?

zainuddin maidinDia menang atau kalah? [ada orang jawab "kalah"] Oh, dia kalah. Cara dia berkempen sangat kelakar, memberitahu orang supaya tengok muka dia dan menunjukkan pada mereka bagaimana ia (muka Zam) tidak pernah berubah-ubah. Tetapi saya fikir, muka yang tidak berubah-ubah akan menyebabkan orang jemu. Kadang-kadang anda mesti ketawa, kadang-kadang anda kena menangis.

Dia beritahu semua orang “Ini muka tak bertukar, tak bertukar” [Zainuddin berkempen dengan menyindir politik Anwar yang sering berubah-ubah]. Siapa yang berminat tengok muka dia? Jika dia Britney Spears, lainlah …

Jika anda mengalami ketewasan yang sama, apakah anda juga letak jawatan?

Ya, saya akan undur jika itulah kehendak orang ramai. Saya selalu tunduk pada hasrat orang ramai, sehinggakan ramai yang pernah menentang saya dimasukkan semula sebagai anggota kabinet, dan mereka itu termasuklah Pak Lah, Syed Hamid (Albar), Rais Yatim dan (Abdul) Kadir Sheikh Fadzil. Ini semua (pemimpin) pernah menentang saya.

Tetapi apabila Pak Lah dipilih sebagai naib presiden, saya tidak boleh (melantiknya) seperti yang dikehendaki Umno. Jadi, saya lantiknya kembali dalam kabinet.

Tetapi anda tidak meletakkan jawatan pada 1999?

Saya tidak letak jawatan sebab kita menang dua pertiga. Kita menang dengan sokongan penuh Cina. Ya, kita tewas di Terengganu dan Kelantan tetapi kita selalu kalah di Kelantan, dan (kita tewas) Terengganu kerana sebab-sebab khusus.

Apakah BN tewas kerana ramai pemimpin seperti Samy Vellu yang bergayut pada kuasa terlalu lama?

samy vellu  010307Saya fikir Samy Vellu turut menjadi penyebab utama ketewasan itu. Ketika dia dalam BN, dia tidak benarkan orang MIC sampai ke peringkat setinggi dia. Jika mereka menang sebagai timbalan atau naib presiden, mereka akan disingkirkan dan malah dibuang dari parti.

Dan dia tidak benarkan parti-parti lain kaum India menyertai BN. (MG) Pandithan cuba sertai, merayu pada saya untuk membenarkannya dan saya bersetuju tetapi kita dalam BN ada kata sepakat bahawa jika ada satu parti tidak bersetuju, kita tidak boleh menerimanya.

Apakah anda terkejut dengan kemenangan (tahanan ISA) M Manoharan?

Ia pernah berlaku pada 1959 atau apakah itu tahun 1964, apabila PAS masuk ke kampung-kampung dengan membawa kasut calon dan dia boleh menang.

Apakah pandangan anda tentang peranan media, khususnya media arus perdana, dalam kempen (BN) ini? Apakah anda fikir ia patut diubah?

Memang patut diubah. Mereka patut melaporkan apa yang sebenarnya berlaku dan melakukan analisis yang betul. Dulu, media berupaya memberikan maklum balas kepada saya tentang apa yang berlaku di bawah. Mungkin apabila mereka bercakap tentang isu kaum dan seumpamanya, saya akan menutup (media), seperti saya buat pada 1987.

Patutkah semua ketua atasan akhbar-akhbar ini meletakkan jawatan?

Mereka sendiri ada batasannya. Sebahagiannya kawan saya dan penyokong saya juga dan mereka memohon maaf kerana tidak mampu membantu. “Ini semua angkara Kali. Kali ini,” cerita mereka pada saya.

Apakah Umno makin tidak relevan?

Untuk masa ini, ya. Ia tidak selalunya begitu. Jika Umno memberikan khidmatnya pada negara, dan menjaga semua kaum, maka Umno akan menjadi relevan semula.

Apakah ulasan Tun tentang calon-calon muda BN yang tewas?

khairy jamaluddinMemang ada khabar-khabar angin bahawa sebahagian calon-calon ini (orang) Khairy dan bahawa dia mahu menjadi perdana menteri.

Apakah anda fikir pemimpin-pemimpin komponen BN yang lain patut meletakkan jawatan?

Saya rasa sudah ada seorang pemimpin yang tewas. Untuk kes (presiden MCA) Ong Ka Ting, terpulang kepadanya. Keputusan itu terlalu teruk padanya dan MCA dan ia tidak pernah seburuk ini.

Semua orang kata PAS dan DAP tidak boleh bekerjasama tetapi jika mereka gagal bekerjasama di Selangor dan Perak, mereka tidak boleh membentuk kerajaan negeri. Apakah komen anda?

Jika mereka kerja bersama, mereka boleh membentuk kerajaan negeri. Jika tidak, maka wakil-wakil Umno – jika mereka cukup – boleh membentuk kerajaan minoriti. Tetapi ia akan menjadi kerajaan yang goyang.

Apakah anda sedih melihat keputusan itu?

Ya, walaupun saya sangat berharap satu mesej telah disampaikan kepada kerajaan.

Apakah anda berminat aktif kembali dalam politik?

Saya tidak akan kembali bergiat dalam politik tetapi jika mereka meminta nasihat, saya boleh beri. Bagaimana saya hendak kembali kerana apabila saya melepaskan jawatan, mereka layan saya seperti seorang pariah.

Posted in Malaysiaku | Leave a Comment »

Drama Terkini PRU12 Siri4-RaSHIT Dan Pengundi Hantu

Posted by offshoreman on March 6, 2008

Pembatalan penggunaan dakwat sahkan dakwan PAS wujudnya operasi pengundi hantu
Roy Rasul
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh) – PAS menyifatkan pengumuman Pengerusi Surahanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman semalam, membatalkan penggunaan dakwat semasa pengundian mengesahkan dakwaan PAS wujudnya operasi khas pengundi hantu.

Setiusaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir Dato’ Mohd Shahir berkata pembatalan tersebut juga mengesahkan dakwaan PAS wujudnya konspirasi Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama erat SPR dan agensi kerajaan yang lain untuk memenangkan BN secara tidak demokratik.

Katanya dalam sidang media pilihan raya ke-12 di Pejabat Agung PAS, dekat sini hari ini, sekiranya dilaksanakan, penggunaan dakwat akan menghalang pengundi daripada mengundi lebih dari sekali.

Tambahan pula katanya sekarang ini BN berada dalam keadaan sangat terdesak atas laporan perisikan yang memberi maklumat bahawa sokongan semasa rakyat memihak kepada pembangkang di merata tempat terutamanya di Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Selangor.

“Jadi mereka terpaksa menggunakan apa cara sekalipun untuk memastikan keputusan yang lebih baik untuk mereka,” dakwanya.

Katanya, lebih daripada itu, BN juga sedang berusah keras untuk menawan semula Kelantan dan mempertahankan Terengganu daripada jatuh semula ke tangan PAS.

“Seperti mana didakwa PAS sebelum ini, BN merancang untuk menjalankan satu penipuan besar-besaran dalam pilihan raya ini dengan kerjasama SPR dan ejensi-ejensi kerajaan yang lain.

“secara ringkasnya rancangan tersebut adalah untuk membolehkan kumpulan pengundi tertentu dapat mengundi di atas nama pendaftar pemilih orang lain dengan menggunakan kap pengenalan palsu dan sebahagian pasukan tersebut akan mengundi lebin daripada sekali di beberapa tempat,” katanya.

BN katanya sedar penggunaan dakwat akan menyukarkan pelaksaan operasi tersebut.

Maka katanya, seperti diduga SPR membatalkan pelaksanaan penggunaan dakwat tersebut bagi membantu BN.

Malah katanya, alasan yang diberikan SPR bahawa penggunaannya akan mengganggu ketenteraman dan keselamatan awam amat melucukan dan tidak masuk akal sama sekali.

“Bagaimana mungkin satu sistem pengesahan pengundian yang sangat penting dibatalkan atas alasan risiko penipuan yang terpencil dan belum pernah dibuktikan.

“Sedangkan penipuan-penipuan yang didedahkan pelbagai pihak selama ini yang betul-betul berlaku tidak pernah diambil apa-apa tindakan oleh SPR,” katanya.

Sehubungan itu katanya, keputusan SPR itu merupakan ancaman kepada keadilan sistem pilihan raya di Malaysia dan sangat memalukan negara di mata dunia.

Katanya tindakan tersebut akan dikecam bukan saja parti-parti yang bertanding malah semua badan pejuang demokrasi dan keadilan pilihan raya.

Dalam pada itu, katanya, yang anehnya sesi pengumuman pembatalan penggunaan dakwat tersebut dihadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail.

“PAS melihat tindakan terdesak itu akan menambah kebencian dan hilang keyakinan rakyat terhadap BN.

“PAS percaya rakyat akan melihat dengan lebih jelas betapa rendahkanya kredibiliti kerajaan dalam menjaga keutuhan sistem demokrasi negara dan dalam menjunjung kebebasan rakyat untuk membuat pilihan,” katanya

Posted in Malaysiaku | Leave a Comment »

Drama Terkini PRU12 Siri3-Si Tua Penipu

Posted by offshoreman on March 6, 2008

SPR cipta fitnah bagi halalkan pengundi hantu
Adnan Ibrahim 
KUALA TERENGGANU, 5 Mac (Hrkh) – Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) sangat licik menimbulkan fitnah bagi menghalalkan dan memudahkan tindakan BN membawa masuk pengandi hantu ke Terengganu dan Kelantan, kata Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.

Sehubungan itu beliau mahu Pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman membuat laporan polis dan menjadi tanggungjawab polis dan kastam menangkap penyeludupan terutama mereka yang mahu mengagalkan usaha baik SPR itu.

“Tetapi apa yang kita lihat ia hanya kenyataan licik Rashid yang tidak serik melakukan pembohongan dan fitnah. Rashid di hujung kariernya cukup jahat. Beliau akan meninggalkan jawatan dengan nama yang sangat dikutuk rakyat. Beliau sudah tidak boleh bertindak adil. Membiarkan dirinya diperguna sepenuhnya oleh BN,” ujarnya.

Beliau yang dihubungi di sini berkata demikian mengulas kenyataan Rashid yang sengaja berpakat dengan BN untuk membatalkan penggunaan dakwat pada jari pengundi.

Sementara itu Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata: “Kemungkinan ada tindakan daripada pihak-pihak tertentu yang boleh menimbulkan keributan dan boleh berlakunya kemungkinan orang yang hendak mengundi tak dapat mengundi disebabkan kukunya telah diletakkan dakwat ini.”

Menurut Mohamad Sabu, kalau penyeludupan itu tidak boleh dikawal bagaimana manifesto BN berkata ‘Negara Selamat’

Posted in Malaysiaku | Leave a Comment »

Drama Terkini PRU12 Siri2-Lakonan Baru RaSHIT

Posted by offshoreman on March 6, 2008

SPR jangan bodohkan rakyat dengan alasan tidak logik – Husam
Abdul Halim Mohd Rashid
KOTA BHARU, 5 Mac (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa menyifatkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan penggunaan dakwat kekal pada kuku dan jari dalam pilihan raya umum kali ini boleh dianggap bertujuan memudahkan Barisan Nasional (BN) melaksanakan pengundian bertindih.”SPR membuka jalan kepada BN untuk menang dengan cara yang sangat terdesak – membolehkan BN menggunakan apa jua cara untuk melintasi halangan kebangkitan rakyat,” katanya.Beliau mengingatkan SPR supaya jangan memperbodohkan rakyat dengan alasan “yang sangat tidak logik”.

“Rakyat India boleh faham, takkan rakyat Malaysia di bawah kerajaan cemerlang, gemilang dan terbilang tak reti. Rakyat semakin cerdik, jangan diperbodohkan,” katanya.

Bagi beliau, kalaupun benar dakwaan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman kononnya empat individu yang dikatakan sudah membeli dakwat khas dari luar negara untuk dicalit pada kuku pengundi sebelum hari pengundian, penggunaan dakwat kekal itu tidak sepatutnya dibatalkan.

“Kalau ada sekeping duit palsu, takkan bakar semua duit,” katanya.

Sambil menyifatkan dakwaan kononnya ada pihak yang telah membeli dakwat khas dari luar negara sebagai imaginasi liar, Husam mempersoalkan mengapa SPR tidak memikirkan kemungkinan tersebut sebelum ini.

“Dulu tak fikir. Beli dakwat berjuta-juta, baru fikir. Macam (keputusan) membina jambatan bengkok (ke Singapura),” katanya.

Ketika ditanya apakah kejutan SPR yang seterusnya selepas pembatalan penggunaan dakwat kekal itu, Husam sekadar menjawab: “Mereka memerlukan viagra”.

Posted in Malaysiaku | Leave a Comment »